Terutamanya orang Pahang, mungkin sebelum turun Solat Jumaat, anda ingin dapatkan terlebih dahulu teks Khutbah Jumaat Pahang terbaru untuk tahun 2024 bagi persediaan sebelum sesi khutbah bermula.
Khutbah Jumaat merupakan salah satu syarat sah Solat Jumaat. Tidak boleh tidak, individu muslim lelaki yang datang ke masjid pada hari Jumaat, perlu mendengar khutbah sebelum lakukan solat sunat Jumaat.
Khatib akan sampaikan khutbah dengan mesej-mesej keagamaan yang releven kepada masyarakat setempat ketika ini. Juga tentang isu semasa yang mungkin boleh diambil ikhtibar untuk setiap individu yang hadir.
Jadi ada yang bersungguh-sungguh sebelum datang ke masjid pada waktu Zohor, mereka dapatkan terlebih dahulu teks khutbah Jumaat sebagai persediaan. Jadi bila khatib sampaikan khutbah, akan lebih faham.
Cara Dapatkan Teks Khutbah Jumaat Pahang Tahun 2024
Setiap teks khutbah adalah berbeza-beza mengikut negeri. Untuk negeri Pahang, Jabatan Mufti Negeri Pahang bertanggungjawab untuk menyediakan teks khutbat Jumaat setiap minggu.
Jadi untuk orang-orang Pahang yang ingin dapatkan teks khutbah Jumaat, anda boleh dapatkan di Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Pahang. Anda juga boleh download teks khutbah jumaat negeri Pahang dibawah
Anda boleh dapatkan teks khutbah jumaat Pahang sejak dari awal tahun lagi. Manakala setiap minggu pihak Jabatan Mufti Negeri Pahang akan keluarkan teks khutbah dalam bentuk .pdf untuk khutbah pertama dan khutbah kedua.