Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah Berserta Maksud

By aiman

Published On:

Follow Us
doa akhir tahun doa awal tahun

Tidak lama lagi, kita akan memasuki tahun baru Hijrah dan menjadi kebiasaan umat Islam untuk baca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun menandakan penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam.

Jika pada hujung tahun, kita biasanya menyambut Tahun Baru atau New Year, tapi umat Islam juga ada Tahun Baru nya sendiri iaitu dengan mengikut kalendar Hijrah dimana bulan pertama adalah Muharram.

Sempena Awal Muharram ini, kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan sunat seperti bacaan doa Akhir Tahun dan doa Awal Tahun. Ianya boleh dibaca pada sebelum waktu Maghrib dan selepasnya.

Tahun Baru Hijrah Di Malaysia

Untuk di Malaysia, tarikh tahun baru hijrah bagi 1 Muharram 1447H adalah jatuh pada 27 Jun 2025 iaitu pada hari Jumaat. Tapi berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri adalah ketika masuk waktu maghrib.

BACA JUGA : Contoh Ucapan Tahun Baru Maal Hijrah 1447 H / 2025

Tema Maal Hijrah Tahun 1447H adalah “Membangun Ummah Madani”. Sambutan peringkat kebangsaan pada tahun ini dibuat di Pusat Pameran Dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Di Malaysia juga, pada awal Muharram ianya merupakan cuti umum untuk seluruh negeri. Jadi manfaatkan waktu terluang untuk diisi dengan perkara faedah dan luangkan lebih bersama keluarga.

Hukum Membaca Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah

Jabatan Mufti Negeri Perak setelah meneliti pelbagai pendapat, maka berpandangan bahawa kendatipun amalan seumpama ini tidak diamalkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat mahupun golongan Tabi‘in, namun ia merupakan amalan yang mempunyai tujuan kebaikan serta mendatangkan maslahah terhadap umat Islam.

Bagi menjelaskan pandangan ini, terdapat kaedah fiqh yang menyebutkan:

الترك لا ينتج حكم

Bermaksud: “Al-Tark tidak menatijahkan hukum (sama ada makruh atau haram).”

الترك لا يقتضي تحريمه

Bermaksud: “Al-Tark tidak semestinya menunjukkan keharamannya.” Oleh itu, dapat difahami bahawa mana-mana amalan sama ada yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW atau yang tidak pernah diamalkan oleh Baginda SAW secara mutlak selama mana tiada qarinah pengharamannya, maka tidak diertikan sebagai perkara yang haram atau makruh serta termasuk dalam amalan bid‘ah yang sesat. Sekiranya sesuatu amalan itu memberikan maksud kebaikan atau manfaat yang boleh diambil oleh umat Islam, maka ia termasuk dalam nas umum al-Quran yang menggalakkan berbuat kebaikan. Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 77:

وَٱفْعَلُوا۟ ٱلْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Bermaksud: “Serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Waktu Baca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah

Untuk anda yang tertanya-tanya bila sebenarnya boleh mula baca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Ini jawapannya.

Doa Akhir Tahun Hijrah (1446H) boleh dibaca sebelum masa waktu Maghrib, akhir waktu Asar atau selepas solat Asar pada 29 Zulhijjah 1446H bersamaan pada 26 Jun 2025 (Khamis).

Manakala untuk Doa Awal Tahun Hijrah (1447H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 26 Jun 2025 (Khamis). Ianya adalah berdasarkan pertukaran tarikh hijrah bermula selepas masuk waktu Maghrib.

Tapi dalam kalendar, masih 1 Muharram 1447H adalah pada 27 Jun 2024 iaitu pada hari Jumaat.

Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah

Berikut merupakan bacaan untuk doa akhir tahun dan doa awal tahun bagi Tahun 1446 Hijrah.

a. Doa Akhir Tahun

Tahun 2025, doa akhir tahun dibaca selepas solat Asar sehingga sebelum masuk waktu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1446H iaitu pada 26 Jun 2025, hari Khamis.

b. Doa Awal Tahun

Tahun 2025, doa awal tahun dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada hari yang sama, 26 Jun 2025, Khamis yang menandakan masuknya tahun baru 1 Muharram 1447H.

Diharapkan ianya bermanfaat untuk kita semua.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah Berserta Maksud”

Comments are closed.