Puasa Hari Asyura 2025 : Tarikh Puasa & Niat Serta Kelebihan

By aiman

Updated On:

Follow Us
puasa hari asyura

Di dalam bulan Muharram terdapat satu hari istimewa iaitu Hari Asyura. Pada hari tersebut Rasulullah mengajar kita untuk Puasa Hari Asyura sebagai tanda syukur kepada Allah SWT.

Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram selain bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Rejab. Istimewanya bulan-bulan ini dimana amalan kebaikan dan ketaatan dilipatgandakan pahala oleh Allah SWT.

BACA JUGA : Contoh Ucapan Hari Asyura Yang Anda Boleh Gunakan Untuk Keluarga Dan Kenalan

Tarikh Hari Asyura Peristiwa Penting Berlaku Pada Hari Tersebut

Hari Asyura adalah jatuh pada 10 Muharram dan sambutan pada hari tersebut adalah melambangkan kemenangan bagi kebenaran dalam mengatasi cabaran. Pada hari tersebut, pelbagai peristiwa yang berlaku:

  • Pada Hari Asyura, Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada kekejaman Firaun dan bala tenteranya.
  • Penerimaan taubat Nabi Adam dan diturunkan ke bumi
  • Pendaratan kapal Nabi Nuh yang diselamatkan daripada banji besar yang melanda mereka
  • Dikeluarkan Nabi Yunus daripada perut ikan

Kesemua peristiwa ini dalam menggambarkan kemenangan dan kemuliaan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka.

Tarikh Puasa Hari Asyura

Rasulullah SAW sangat menggalakkan umatnya puasa hari Asyura iaitu pada 10 Muharram. Beliau juga mengajar kita untuk berpausa pada hari Asyura beserta hari sebelum atau selepasnya sebagai tanda syukur kepada Allah.

Daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. [Riwayat Ibn Majah (1738)]

Walaupun kit digalakkan untuk berpuasa pada 10 Muharram, akan tetapi sunat untuk kita berpuasa pada hari sebelum ataupun hari selepasnya. Ini adalah bertujuan untuk menyelisihi golongan yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal.

Jadi untuk tahun 1447 Hijrah atau tahun 2025 ini, hari Asyura bersamaan dengan 10 Muharram jatuh pada 6 Julai 2025 iaitu pada hari Ahad. Manakala 9 Muharram iaitu sehari sebelum Hari Asyura yang dipanggil Hari Tasu’a jatuh pada 5 Julai 2025 (Sabtu).

  • Puasa Tasu’a (9 Muharram 1447 H) : 5 Julai 2025 (Sabtu)
  • Puasa Asyura (10 Muharram 1447 H) : 6 Julai 2025 (Ahad)
  • Puasa Hadusya = (11 Muharram 1447 H) = 7 Julai 2025 (Isnin)
  • Puasa sunat hari Isnin dan Khamis

Niat Puasa Hari Asyura Dan Puasa Hari Tasu’a

Berikut merupakan niat puasa Hari Asyura dan niat puasa Hari Tasu’a

Kelebihan Bulan Muharram

Bulan Muharram adalah salah satu bulan haram yang didalamnya dianjurkan oleh Rasullah SAW untuk memperbanyakkan puasa sunat.

Daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa – Rasulullah S.A.W bersabda: “Seafdal-afdal puasa setelah bulan Ramadan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdal setelah solat fardu adalah solat malam (Qiyamullail).

Selain itu juga, kita turut dituntut untuk memperbanyakkan dan memperingkatkan amalan kita dalam bulan Muharram seperti solat sunat, puasa sunat, bersedekah dan lain-lain lagi.

Jadi marilah kita beramai-ramai untuk berpuasa hari Hari Asyura iaitu pada 10 Muharram beserta puasa Hari Tasu’a iaitu sehari sebelumnya, pada 9 Muharram 1447H.

Sumber : facebook JAKIM

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Puasa Hari Asyura 2025 : Tarikh Puasa & Niat Serta Kelebihan”

Leave a Comment