Tahukah anda, sebenarnya ada beberapa jenis makanan dilarang selepas makan durian termasuk juga minuman. Ini kerana akan memberikan kesan yang tidak baik kepada badan kita. Makanan apakah itu?
Biasa kita tengok luar negara ada 4 musim, tetapi di Malaysia sebenarnya pun ada musim juga tau. Antara musim yang paling terkenal mungkin tiada di negara barat adalah musim buah-buahan dan paling ditunggu-tunggu adalah musim durian.
Dalam tempoh ini, anda pergi sahaja mana-mana tempat, pasti anda akan dapat lihat ramai yang menjual buah durian di tepi-tepi jalan. Perkara ini sukar untuk ditolak, jadi ramai juga la pembeli dan hantu durian yang nikmati musim ini.
BACA JUGA : Harga Terkini Durian Di Semenanjung Malaysia
Meskipun digelar raja buah dan ramai yang menyukainya meskipun mempunyai bau yang kuat, tetapi anda perlu berhati-hari ketika makan durian terutamanya jika anda mengambil makanan lain selepas itu.
Sebenarnya ada makanan yang dilarang makan bersama durian. Seperti yang dikongsikan oleh Dr. Samhan di laman twitter (X) nya menerangkan pantang larang selepas makan durian.
Senarai Makanan Dilarang Selepas Makan Durian
Dalam perkongsian tersebut, Dr. Samhan mengingatkan kepada peminat durian semua untuk berhati-hai dengan apa makanan yang digabungkan dengan durian. Bila salah makan, ianya boleh membawa mudarat.
Antara yang disenaraikan bagi makanan dan minuman yang tidak boleh dimakan dengan durian adalah seperti :
- Kopi
- Alkohol
- Minuman berkarbonat
- Makanan berminyak
- Makanan pedas
- Susu dan produk tenusu
- Makanan tinggi protein
Kesan Dan Akibat Ambil Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Dengan Durian
Sekiranya anda mengambil makanan yang dilarang bersama durian ini, ianya akan boleh menyebabkan badan berasa tidak selesa hingga menjadi ‘intoxication’ atau keracunan ringan.
Tambahnya lagi, sekiranya anda ada mengambil makanan tersebut, anda akan berasa macam nak muntah dan kepala pening atau rasa seperti mabuk.
Ini kerana, durian mengandungi sulfur dan tinggi karbohidrat. Sebagai contoh, sekiranya anda mengambil kopi selepas makan durian, ianya akan menghasilkan tindak balas yang tidak baik kepada badan. Kopi ada kafein yang boleh menyebabkan dehidrasi.
Cara Pencegahan Dan Rawatan Mabuk Akibat Durian
Jadi untuk mengelakkan ianya berlaku, anda boleh lakukan dengan cara:
- Jangan gabungkan makanan dan minuman yang boleh beri tekanan berlebihan kepada badan
- Selepas makan durian, tunggu sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam sebelum ambil kopi sebagai contoh
- Pastikan badan sentiasa cukup air, terutama selepas makan makanan berat seperti durian.
Tapi sekiranya, anda mengalami mabuk akibat durian ini, rawatan yang anda boleh buat seperti :
- Rehatkan badan
- Minum banyak air kosong untuk bantu singkirkan toksin dalam badan
- Makan makanan ringan yang mudah hadam
- Jika keadaan tidak bertambah baik, pergi ke hospital untuk rawatan lanjut.
Apa-apa sahaja makanan yang kita ambil, janganlah diambil secara berlebihan. Pastikan makan yang secukupnya sahaja. Selain itu, ketahui kandungan makanan tersebut meskipun ianya adalah buah-buahan.
Diharapkan perkongsiakn makanan dilarang selepas makan durian ini bermanfaat untuk peminat-peminat durian terutamanya. Makanlah berpada-pada. Durian memang sedap, tapi bila salah makan, boleh mudarat.
Sumber : Twitter Drm Samhan