Harga Durian Terkini (2024) – Musang King, D24, IOI, Kampung

By aiman

Published on:

harga durian terkini

Antara musim buah-buahan yang ditunggu-tunggu di Malaysia pastinya buah durian. Jadi sebelum anda nak beli nanti, jom kita tengok dulu harga durian terkini untuk tahun 2024.

Inilah keunikan di Malaysia. Kita tiada 4 musim seperti negara luar, tapi kita ada musim buah-buahan setiap tahun. Dalam tempoh ini, kita boleh lihat pokok mula berbuah dan ramai yang menjual di sana-sini.

Seperti yang diumumkan FAMA Malaysia, kebiasaanya musim buah durian jatuh pada bulan Mei. Kemudian rambutan dalam bulan Jun bersama buah Manggis. Cempedak, Duku, Dokong dan Langsat akan berbuah pada bulan Ogos.

Advertisements

Setiap buah-buahan ada peminatnya. Sudah pastilah yang menjadi antara yang dinanti-nantikan adalah musim raja buah iaitu buah durian. Meskipun bau yang kurang enak, tetapi memberikan isi yang sangat lazat.

Senarai Harga Durian Terkini Tahun 2024

Jadi bila tibanya musim buah durian, pasti ramai yang tercari-cari untuk membeli dan menikmati buah-buahan tersebut. Antara yang dicari pastinya durian Musang King. Selain itu ada juga, jenis D24, IOI, durian Kampung dan pelbagai lagi.

Berikut merupakan harga durian terkini yang dikongsikan oleh FAMA Malaysia untuk buah durian untuk semua varieti.

a. Musang King (D197)

Harga sekitar RM45-55 /kg

b. Durian Klon Pelbagai

Harga sekitar RM15-20 /kg

c. Udang Merak (D175)

Harga sekitar RM25-30 /kg

Advertisements

d. Durian D24

Harga sekitar RM20-25 /kg

e. IOI/Hajjah Hasmah (D168)

Harga sekitar RM25-30 /kg

f. Durian Kampung

Harga lingkungan RM12-18 /kg

harga durian terkini
*harga durian terkini pada minggu ke-17

Harga ini pastinya berubah-ubah secara mingguan. Anda boleh dapatkan harga durian terkini menerusi facebook rasmi FAMA Malaysia.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment