Anda bercadang untuk ‘hunting’ batu penanda bagi setiap lokasi 0 KM yang ada di Malaysia ini? Anda boleh tengok senarai ini bagi memudahkan urusan nanti.
Biasa jika anda memandu di jalan raya, akan terdapat batu penanda yang menunjukkan kilometer beserta lokasi di tempat atau kawasan tersebut.
Kebiasaanya batu-batu penanda ini ada nombor yang dipaparkan. Tidak kisah la 15km, 75km, 98km dan sebagainya yang mana menunjukkan berapa jauh lagi jarak antara batu penanda tersebut dengan lokasi yang dipaparkan.
Tapi anda pernah jumpa atau nampak batu penanda dengan KM 0 atau 0KM?
Sebenarnya memang ada batu penanda tersebut yang ditulis dengan 0km dan batu penanda tersebut hanya berada di beberapa lokasi sahaja di seluruh Malaysia.
Apa Maksud KM 0 Tersebut?
KM 0 atau 0 KM ini sebenarnya adalah merujuk kepada titik kepada pusat bandar iaitu bermaksud pusat bandar sebenarnya terletak di situ.
Kebiasaanya, batu penandu dengan lokasi 0 KM itu diletakkan dekat dengan pejabat pos. Ini adalah kerana pada waktu dahulu Pejabat Pos menjadi sistem perhubungan utama negara.
Jika waktu dahulu, di pejabat pos la orang akan hantar surat dan lakukan pelbagai urusan yang mana lokasinya adalah berdekatan dengan laluan utama.
Jadi disinilah akan dijadikan sebagai titik kilometer sifar bagi sesebuah bandar.
Akan tetapi zaman terus beredar dan ada pejabat pos yang telah dialih dan ditukar lokasi ke tempata lain.
Meskipun begitu, titik KM 0 ini masih dikekalkan di tapak asal pejabat pos tersebut yang kini mungkin didirikan dengan bangunan yang lain.
Senarai Lokasi 0 KM Yang Ada Di Seluruh Malaysia
Selain daripada anda boleh cari di tapak pejabat pos yang lama di kawasan anda, ada lagi beberapa lokasi lain yang terdapat batu penanda 0 KM ini.
Disebabkan itulah, seorang pengguna facebook Mohammad Rafnie ada kongsikan lokasi 0 KM yang ada di seluruh Malaysia menerusi Google Maps yang dikongsikan dalam Group Pemburu 0 KM & 0 Mile.
Menerusi perkongsian tersebut, beliau telah ‘pin’ kan setiap lokasi 0 KM yang mana memudahkan orang ramai untuk terus ke lokasi tersebut dengan menggunakan Google Maps.
Setakat ini, terdapat 214 lokasi 0 KM yang ada di seluruh negeri di Malaysia. Anda boleh RUJUK SINI untuk melihat lokasi-lokasi tersebut.
Ada di Sg. Buaya, Chemumar, Lunas, Kuala Lumpur, Pdg. Besar, Tanjung Semberong, Tangkak, Kukup, Tg. Piai, Alor Setar, Jasin, Rantau Panjang, Manong, Segamat, Bagan Sena, Kuala Lipis, Temerloh, Kuantan dan banyak lagi.
Disebabkan ini adalah usaha individu, lokasi-lokasi ini sebenarnya dikongsikan oleh orang ramai dan dikumpulkan di pautan ini. Jadi anda juga boleh kemaskini pautan ini sekiranya ada lokasi 0 KM yang anda juga tapi tiada dalam senarai.