Senarai Contoh Ucapan Hari Bapa (2024) Dan Pantu Untuk Father’s Day

By aiman

Published on:

selamat hari bapa

Hari Ibu sebelum ni dah bagi ucapan-ucapan sweet untuk mommy kan? Kali ini kami kongsikan pula senarai contoh ucapan Hari Bapa yang anda boleh gunakan untuk Daddy pula sempena Father’s Day.

BACA JUGA : Contoh Ucapan Hari Ibu

Dalam panggilan harian, ada yang panggil ayah, bapak, abah, daddy atau abi sekali pun yang mana semuanya untuk insan yang kita sayang yang juga merupakan seorang ketua keluarga dalam family kita.

Berbeza dengan ibu kita, yang sentiasa menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak berbanding ayah. Tetapi hakikatnya, mereka bekerja keras untuk pastikan semua ahli keluarganya selamat dan cukup semuanya.

Kasih sayang mungkin jarang diluahkan kepada anak-anak, tetapi sifat kasih itu pastinya tidak sedikit pun berkurang kepada kita. Memastikan kita cukup pakai, cukup tidur, selamat adalah kasih yang kita mungkin tak nampak daripada seoran ayah.

Hari Ayah Atau Father’s Day

Jika Hari Ibu, ianya disambut secara global pada setiap tahun bulan Mei iaitu pada minggu kedua, hari Ahad. Manakala untuk Hari Ayah atau Hari Bapa disambut setiap tahun, hari Ahad, minggu ketiga pada bulan Jun.

Jadi untuk tahun 2024, di Malaysia hari Ahad, minggu ketiga untuk bulan Jun adalah jatuh pada 16 Jun 2024. Ianya bukanlah perayaan rasmi, tetapi hanya sekadar untuk hari penghargaan kepada insan bergelar bapa di seluruh dunia.

Advertisements

Senarai Contoh Ucapan Hari Bapa Tahun 2024 – Father’s Day

Jadi sempena Father’s Day yang akan datang ini, kami kongsikan beberapa contoh ucapan Hari Bapa yang anda boleh gunakan. Nanti boleh la wish kepada bapa anda atau share di post media sosial.

Anda boleh dapatkan contoh ucapan dalam bahasa melayu, bahasa inggeris dan juga dalam bentuk pantun. Contoh-contoh ini juga, anda boleh gunakan kalau nak buat poster, video dan sebagainya.

Contoh Ucapan Hari Bapa

Ucapan 1

Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih ayah buat selamanya

Selamat Hari Bapa buat semua bapa di seluruh dunia!

Ucapan 2

Dia orang pertama azankan kita,
Dia orang pertama yang gelisah,
Dia orang pertama senyum pada kita,
Dialah Ayah kita hanya satu di dunia.

Ucapan 3

Selamat Hari Bapa diucapkan kepada semua Bapa. Jasamu tetap dikenang, Semoga dirimu dirahmai Allah selalu

Ucapan 4

Kasihnya ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa

Ucapan 5

Setiap penat lelahmu, setiap titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu tak terhitung. Tak pernah berkira walau sekalipun. Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Ayah!

Ucapan 6

Selamat Hari Bapa. Kepada ayah tersayang yang telah terlebih dahulu pergi, tersenyumlah dikau di syurga. Ayah, kehadiranmu terasa begitu singkat di hidupku. Sesungguhnya tuhan memiliki rencana yang lebih indah untukmu.

Ucapan 7

Selamat Menyambut Hari Bapa. Terima kasih bapa atas jasa, keringat dan pengorbananmu membesarkan kami.

Ucapan 8

Abah, beribu kata telah kau ucapkan, beribu cinta telah kau berikan, beribu kasih telah kau curahkan untuk kami. Terima kasih Abah. Selamat Hari Bapa!

Ucapan 9

Terima Kasih AYAH. Kau tetap gagah melawan ombak kepayahan dan perjuangan hidup demi kebahagiaan keluargamu. Kau tetap terus berusaha untuk isteri dan anak-anakmu.

Ucapan 10

Setiap penat lelahmu, Setiap titik peluhmu, Jasa dan pengorbananmu tak terhitung, Tak pernah berkira walau sekalipun, Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Ayah.

Doa Buat Ayah 11

Ya Allah, kurniakanlah ganjaran syurga FirdausMu untuk ayah kami yang telah banyak berkorban membesarkan kami selama ini. Aamiin.

Doa Buat Ayah 12

Ya Allah gantikan penat lelah buat Ayah yang telah banyak berkorban dan membesarkan kami dengan setinggi-tinggi SyurgaMu di sana. Aamiin.

Doa Buat Ayah 13

Ya Allah… Ampunkan dosaku dan dosa kedua Ibu Bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku masih kecil, berilah mereka balasan Syurga.

Advertisements

Father’s Day Wishes & Greetings

  1. Dad, everything you’ve done for me has not gone unnoticed. Thank you today, and every other day.
  2. What a gift you are in my life. You are one of a kind! Happy Father’s Day.
  3. I love talking to you, hanging out with you, and hearing your advice. Thankful for you every day, but especially today!
  4. I’m grateful for you, Dad, and I’m not sure I’ll ever be able to pay you back for all that you’ve done for me. Happy Father’s Day!
  5. You’ve given me the greatest gift by always being by my side. You are my idol, dad. Happy father’s day.
  6. Happy Father’s Day to my first super hero. You’re the best, dad!
  7. Happy Father’s Day. ‘Anyone can become a Father, but it takes someone special to be a Dad’

Contoh Pantun Hari Bapa

Pergi ke kebun mengait kelapa,
Kelapa muda manis airnya.
Enam belas Jun Hari Bapa,
Mari sama-sama meraikannya.

Angin meniup seluruh wilayah,
Pohon tumbang, akarnya goyah,
Terima kasih untukmu Ayah,
Sudah berjuang bersusah payah

Beralihnya jerebu angin teraju,
Alihnya tanpa dilanda basah,
Kasihnya ibu sedingin salju,
Kasihnya bapa tiada berpisah.

Sirih bertanda sudah diserta,
Lepat dibancuh hendak diniaga,
Kasih ayahanda bernoktah tiada,
Tempat berteduh tunggak keluarga.

Kelapa diperah sebelah saja,
Serawa dimasak lama sehari,
Sungguhpun jarang menutur kata,
Kasihnya ayah kami mengerti.

Tumbuhlah liar petai di kota,
Selasih tiada sebeban pegaga,
Sungguhlah benar bagai dikata,
Kasih ayahanda berkorban tenaga.

Dada bersirat bercerai nyawa,
Masakan cepat memberi mati,
Semangat ayah penguat jiwa,
Manakan dapat ku cari ganti.

Kalau tak ada si buah labu,
Takkan berair batang cendana,
Kalau tak ada ayah dan ibu,
Takkan lahir manusian ke dunia.

Isinya lembut sedap dimakan,
Yang tua mengeluarkan santan,
Hari Bapa sedang diraikan,
Jasanya tetap dalam ingatan.

Poster Hari Bapa

sumber : hellokerja.com

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment