Pasti ramai yang inginkan ucapan Hari Ibu yang indah-indah untuk dikongsikan kepada satu insan yang sangat disayangi di dunia ni. Jadi kami disini kongsikan untuk anda beberapa contoh yang anda boleh guna sempena Mother’s Day.
Ibu, emak, mama, mommy dan ummi antara gelaran yang diberi untuk pemaisuri hati. Setiap hari tidak boleh tidak, kita pasti akan memanggil insan ini dengan nada kasih dan sayang. Tak kisah la nak minta tolong, nak cerita sesuatu dan macam-macam lagi.
Penghargaan yang diberi kepada Ibu bukanlah hanya terhad ketika Mother’s Day sahaja. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk taat dan sentiasa doakan kedua ibu bapa seperti doa yang diajar oleh Nabi SAW kepada kita iaitu :
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Maksudnya : “Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil.”
Hari Ibu Atau Mother’s Day
Hari Ibu atau Mother’s Day merupakan perayaan tahunan antarabangsa bertujuan untuk memberi penghargaan kepada si ibu. Ianya disambut setiap tahun pada bulan Mei, minggu kedua pada hari Ahad.
Jadi untuk tahun 2024, di Malaysia bulan Mei, minggu kedua hari Ahad adalah jatuh pada 12 Mei 2024. Ianya bukanlah perayaan rasmi, tetapi hanya sekadar untuk hari penghargaan kepada setiap ibu di dunia ini.
Senarai Contoh Ucapan Hari Ibu Tahun 2024 – Mother’s Day
Sempena Mother’s Day ini, kami disini akan kongsikan beberapa contoh ucapan Hari Ibu yang anda boleh gunakan untuk ditujukan dan disampaikan kepada ibu-ibu di Malaysia. Anda juga boleh share di facebook, tiktok, instagram, twitter dan sebagainya.
Selain contoh ucapan Hari Ibu, disini juga kami ada kongsikan contoh ucapan yang lebih unik dalam bentuk pantun beserta contoh-contoh poster dengan ucapan yang anda boleh edit dengan template yang disediakan.
Contoh Ucapan Hari Ibu
Ucapan 1
Pengorbanan mu tiada penghujung. Kasih sayang yang telah kau curahkan untuk membesarkan anak bukan lah sesuatu yang boleh djual beli. SELAMAT HARI IBU
Ucapan 2
Selamat HARI IBU. Untuk ibu ku yang ku kasihi, semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah.
Ucapan 3
“Saya sayang Mama! Terima Kasih Mama !”
Ucapan 4
Kasihnya Ibu, adalah cinta yang abadi. Sebuah cinta yang luar biasa. Kasihnya ibu tiada galang gantinya.
Selamat Hari Ibu
Ucapan 5
Pengorbanan seorang ibu tiada gantinya. Sentiasa memberi yang terbaik untuk anak-anak. Terima kasih Ibu!

Ucapan 6
Selamat Hari Ibu. Ibu adalah segalanya… dunia dan akhirat
Ucapan 7
Satu satu, saya sayang Ibu. Dua, dua saya sayang Ayah. Tiga tiga sayang adik kakak. Satu dua tiga sayang semuanya. Ibu lah ratu hatiku. SELAMAT HARI IBU
Ucapan 8
Terima kasih telah menjadi ibu yang hebat selamat ini. Aku menyayangimu, aku mencintaimu. Ibuku, kau tiada pengganti. SELAMAT HARI IBU
Ucapan 9
Hari Ibu bukanlah satu-satunya waktu untuk kita ingat ibu kita. Kita mesti dan selalu menyayangi ibu setiap waktu. Semoga Ibu selalu diberikan Allah kesihatan dan kebahagian.
Ucapan 10
Ibu itu hanyalah satu, bila dia sudah pergi, perginya adalah pergi yang selamanya. Selagi dia masih ada, cintailah, sayangilah serta berbaktilah kepadanya hingga akhir hayat. Selamat Hari Ibu!
Ucapan 11
Selamat Hari Ibu 2024
Setiap hari adalah Hari Ibu. Kami doakan agar semua ibu-ibu ini diberikan kekuatan dalam menempuh kehidupan dan semoga sentiasa didalam rahmatNya
Ucapan 12
“Harta boleh dicari, ilmu boleh digali, tetapi kesempatan untuk mengasihi Ibu, takkan terulang kembali, Kasih ibu membawa ke Syurga…”
Ucapan 13
Hargai Ibu kita, bukan sekadar ucapan atau kerana Hari Ibu. Tetapi hargai dengan perbuatan, bicara dan jiwa raga. Kasihi dia selayaknya, mudahkan urusannya, jangan lupa untuk mendoakannya
Ucapan 14
Ibu adalah seseorang yang selalu ada ketika orang lain meninggalkan kita. Kasih sayang tulus ikhlas tanpa mengharap balasan. Selamat Hari Ibu untuk semua para ibu hebat diluar sana.
Ucapan 15
Selamat Hari Ibu
Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan diberi kekuatan untuk hari-hari seterusnya dan sentiasa dibawa lindungan Allah SWT.
Ucapan 16
Selamat Hari Ibu. Semoga ibumu dan ibuku menjadi besan 😀
Mother’s Day Wishes & Greetings
- Mama you are my everything. But i am nothing without you. Love u Mama!
- Happy Mother’s Day Mom! I feel so blessed to have you as my mom. Thanks for always believing in me and doing so much for me. I love you!
- Wishing you a very special mothers day. Thank you for always being there for me!
- Happy Mother’s Day to all the tough, hard-working, patien, loving and all-around amazing moms out there.
- I like the way you smile, I adore the way you care, and I love your every single step as what you are! Happy Mother’s Day!
- Happy Mother’ Day mom! Thank you for being wonder woman for us. Love you!
- Happy Mother’s Day to the woman who taught me what it means to be strong, compassionate, and kind. I’m forever grateful for you, Mom.
- To the queen of our hearts, Happy Mother’s Day! Your strength, wisdom, and unwavering love inspire me every day.
- “Wishing a Happy Mother’s Day to all the amazing moms out there! Your love knows no bounds.”
- “Mom: my first friend, my forever friend. Happy Mother’s Day!”
Contoh Pantun Hari Ibu
Pergi menimba ilmu mencari kejayaan,
Mengharapkan sinar cahaya kebahagian.
Tanpamu ibu hidupku kesepian
SELAMAT HARI IBU anakmu ucapkan.
Serai serumpun sirih sejunjung,
Diambil lalu di kerat-kerat,
Kasih ibu tiada penghujung,
Tetap teguh ke akhir hayat.
Tolak basikal turun bukit,
Penatnya sungguh tidak terkata.
Mamaku tidak pernah sesekali mengungkit,
Sejarah lalu yg membawaku kedunia.
Sungguh ayu sidara sunti,
Gadis Peringgit berkebaya nyonya;
Kasih ibu sukar diganti,
Duit ringgit bukan harganya.
Bermain bola memakai sepatu,
Lapangan rumput hijau warnanya,
Terima kasih padamu ibu,
Telah membesarkanku sepenuh jiwa.
Hari minggu pergi ke kota,
Untuk bertemu sanak saudara,
Semoga ibu selalu bahagia,
Sihat selalu hingga akhir masa.
Mangga jatuh busuk sebelah,
Sebelum dimakan dicuci dahulu,
Ke manapun kakiku melangkah,
Pada ibu selalu ku rindu.
Malam hari makan buah jambu,
Makannya di bawah terangnya bulan,
Sembilan bulan mengandung diriku,
Pengorbananmu tak akan mampu terbalaskan.
Bunga trompet berwarna biru,
Tumbuh subur berdekatan batu,
Hari ini adalah harimu,
Happy Mother’s Day diucapkan untukmu.
Poster Hari Ibu



