Senarai Contoh Ucapan Hari Pekerja (2024) & Pantun – Labour Day

By aiman

Updated on:

ucapan hari pekerja

Tak tahu nak tulis ucapan apa sempena Labour Day yang akan datang nanti? Mari sini, kami kongsikan lebih 20 contoh ucapan Hari Pekerja untuk tahun 2024 yang anda boleh gunakan.

Setiap tahun pada 1 Mei, kita menyambut Hari Pekerja yang juga dikenali sebagai Hari Buruh (Labour Day) atau Hari Pekerja Antarabangsa. Ianya bertujuan untuk pengiktirafan kepada golongan pekerja atas sumbangan mereka kepada masyarakat.

Di banyak negara, Hari Pekerja merupakan hari cuti kebangsaan. Di Malaysia juga merupakan hari cuti umum seluruh negara. Jadi dalam tempoh ini, mereka yang bekerja, akan bercuti dan pastinya boleh meluangkan masa bersama keluarga.

Hari Pekerja Di Malaysia Tahun 2024

Di Malaysia, pada tahun ini, tanggal 1 Mei 2024 adalah jatuh pada hari Rabu. Dengan itu juga kerajaan telah menetapkan tema Hari Pekerja 2024 ialah “Pekerja Kesuma Bangsa” beserta Logo Hari Pekerja 2024.

tema dan logo hari pekerja 2024

Tidak kiralah anda sebagai pekerja di sektor awam (kerja kerajaan), sektor swasta mahupun bekerja sendiri. Ianya tetap menjadi faktor penyumbang kepada kemajuan negara.

Senarai Contoh Ucapan Hari Pekerja (2024) – Labour Day

Sempena hari yang istimewa ini, disini kami kongsikan beberapa contoh ucapan Hari Pekerja 2024 dimana anda boleh gunakan untuk instagram, post facebook, ucapan di emel dan sebagainya.

Selain itu juga, ada kami kongsikan poster ringkas Hari Pekerja yang anda boleh gunakan atau edit poster tersebut menggunakan canva beserta ucapan-ucapan yang dikongsikan disini. Pantun pun ada juga tau.

Advertisements

Contoh Ucapan Hari Pekerja

Ucapan 1

Setiap pekerjaan yang kita lakukan, niatkan kerana Allah. Minta ALlah bantu segala kesulitan kita dan bersyukur, kita masih diberi peluang mencari rezeki.

Selamat Hari Pekerja 2024

Ucapan 2

Tetapkan niat, setiap pekerjaan yang kita lakukan di dunia ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Selamat Hari Pekerja.

Ucapan 3

Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua pekerja di Malaysia. Terima kasih diatas usaha kalian dalam memantapkan kestabilan ekonomi negara kita.

Ucapan 4

Cintai pekerjaan anda, Insya Allah anda akan berjaya. Selamat Hari Pekerja 2024

Ucapan 5

Tanpa pekerja yang memberikan komitmen tinggi dalam pekerjaan mereka, mustahil bagi sebuah negara untuk memajukan ekonomi mereka. Maka dengan itu, mari sama-sama ucapkan “Selamat Hari Pekerja” bagi seluruh pekerja!

Ucapan 6

Selamat Hari Pekerja

“Semoga segala usaha kerja kita diterima sebagai amal kebaikan sekali gus membangunkan negara ke arah kesejahteraan”

Ucapan 7

Diucapkan “Selamat Hari Pekerja” kepada semua yang bergelar pekerja tidak kira di sektor kerajaan, swasta ataupun bekerja sendiri jatuh pada tarikh 1 Mei setiap tahun.

Ucapan 8

Selamat Menyambut Hari Pekerja. “Terima kasih atas segala dan pengorbanan anda semua untuk tanah air tercinta”

Ucapan 9

Selamat Hari Pekerja & Selamat Bercuti. Walau apa pun pekerjaa kita, syukurlah kerana masih ada punca rezeki dan kudrat untuk mengerjakannya

Ucapan 10

Hari ini adalah penghormatan kepada mereka yang bekerja. Dibayar atau tidak dibayar, sambilan atau penuh, gembira atau tidak (mudah-mudahan gembira) – anda telah membantu menjadikan dunia terus bergerak. Terima kasih dan Selamat Hari Buruh!

Ucapan 11

Selamat Hari Pekerja semua! Terima kasih atas usaha dan kerja keras anda. Sekarang boleh rehat sebentar dan nikmati hari cuti anda. Anda memang selayaknya!

Ucapan 12

Semoga semua pekerja diiktiraf atas kerja keras dan dedikasi yang diberi. Semoga mereka menerima bayaran yang setimpal atas usaha mereka. Selamat Hari Pekerja!

Advertisements
ucapan hari pekerja

Labour Day Wishes & Greetings

  1. Sending our appreciation and respect to the workers in every field. Happy International Labour Day!
  2. Happy Worker’s Day to you all. I want to thank all the workers who make our everyday life so easy.
  3. Happy Labor Day to the workers of every field! The world runs on your contributions and you all deserve respect, recognition, and a day to relax. We hope you have a great one!
  4. Happy Labor Day everyone! Thank you for your tireless work. Now kick back, relax, and enjoy your day off. You’ve earned it!
  5. Happy Labor Day weekend to our employees, customers, and partners. Take a load off and enjoy one day off!
  6. May all workers enjoy safe and healthy working conditions, free from hazards and risks.
  7. Happy Labour Day! Today, we celebrate the hard work and dedication of workers everywhere.
  8. To all the workers out there: Thank you for your contributions to society, and for making the world a better place.
  9. “Work isn’t to make money; you work to justify life.” – Marc Chagall
  10. Happy Labour Day! Let’s celebrate the hard work and contributions of workers around the world.

Contoh Pantun Hari Pekerja

Bunga kemboja gugur ke tanah.
Mainan kera tepian telaga,
Jadi pekerja jujur amanah,
Negara sejahtera agama terjaga.

Selamat Hari Pekerja,
Tingkatkan prestasi, tingkatkan usaha,
Tak kisahlah apa orang nak kata,
Be at your best year by year.

Sedapnya kuah ikan kelisa,
Tunggu gaji orang belanja,
Badan kuat seperti perkasa,
Saja nak ucap Selamat Hari Pekerja.

Nak berkebun, lupa beli baja,
Balik rumah dimarahi bini,
Hari ini Hari Pekerja,
Semua cuti, buat apa hari ini?

Hari Buruh hari cuti,
Nak bercuti duit tak mencukupi,
Duduk rumah senang hati,
Bersama kelaurga semua happy.

Turun kesawah bekal dibawa,
Dari pagi menjelang petang,
Biar ikhlas membuat kerja,
Rezeki yang halal dibawah pulang.

Sawah bertingkat pad huma,
Kawasan berbukit tidaklah mudah,
Hari Pekerja diraikan bersama,
Ubah perspektif, bekerja itu satu ibadah.

Poster Hari Pekerja

Sumber : [1]

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

1 thought on “Senarai Contoh Ucapan Hari Pekerja (2024) & Pantun – Labour Day”

Leave a Comment