Ungkapkan dengan perkataan dan ucapan-ucapan yang baik sempena Hari Asyura yang merupakan antara hari yang penting dalam bulan Muharram 1447 H untuk tahun 2025.
Hari Asyura adalah hari yang kesepuluh (10 Muharram) dalam bulan Muharram yang mulia, dimana begitu banyak peristiwa-peristiwa agung yang terjadi padanya.
Antaranya adalah peristiwa terselamatnya Nabi Musa a.s dari Firaun dan tenteranya dan juga peristiwa terimanya taubat umat Nabi Yunus a.s
Amalan Puasa Pada Hari Asyura Dan Hari Tasu’a
Jadi pada hari tersebut, kita umat Islam disunatkan bagi mengerjakan ibadah puasa Asyura. Ianya adalah berdasarkan hadis nabi Muhammad SAW
“..وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ “
“..dan berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang sebelumnya.” – [HR Muslim, no. 1162]
Galakan puasa dalam bulan Muharam juga dirakamkan di dalam sabda Rasulullah ﷺ
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ صَلاَةٌ مِنَ اللَّيْلِ.
“Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadan adalah puasa pada bulan Allah (syahrullah) Muharam. Sedangkan solat malam merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardu”. [HR Muslim]
Tarikh Hari Asyura Tahun 2025 / 1447 H Di Malaysia
Berikut merupakan antara tarikh-tarikh penting untuk mengamalkan puasa sunat iaitu Puasa Asyura dan Puasa Tasu’a serta Puasa Hadusya
- Puasa Tasu’a = 9 Muharram 1447 H = 5 Julai 2025 (Sabtu)
- Puasa Asyura = 10 Muharram 1447 H = 6 Julai 2025 (Ahad)
- Puasa Hadusya = 11 Muharram 1447 H = 7 Julai 2025 (Isnin)
Disunatkan bagi umat Islam untuk berpuasa pada 9 Muharram iaitu Puasa Tasu’a adalah berdasarkan hadis:
“Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharram). Berkata Ibn Abbas, “Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah telah wafat.” (HR Muslim 1916)
“Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura dan lakukanlah perbezaan dengan Yahudi. Berpuasalah juga pada hari sebelumnya ataupun hari selepasnya.” (Riwayat Ahmad)
BACA JUGA : Tarikh Puasa Hari Asyura Tahun Ini
Tetapi sekiranya anda tidak berpuasa pada hari Tasu’a iaitu 9 Muharram, anda disunatkan untuk berpuasa pada 11 Muharram 1447 H (7 Julai 2025). Ini bertujuan untuk berbeza dengan puasa golongan yahudi
Ucapan Hari Asyura Untuk Tahun 1447 H / 2025
Selain daripada amalan puasa pada Hari Asyura, anda boleh juga kongsikan ucapan-ucapan yang baik kepada keluarga dan rakan anda seperti dibawah:
Ucapan 1
Selamat Berpuasa Kepada Semua Pada Hari Asyura
Nabi Muhammad SAW bersabda:
وصيام يوم عاشوراء أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله
Maksudnya: “Berpuasa pada Hari Asyura, aku berharap kepada Allah agar Dia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (HR Muslim)
Ucapan 2
Puasa adalah semangatku,
Puasa adalah kekuatanku,
Puasa adalah damaiku,
Puasa sunahku.
Sunah melengkapi ibadah wajibku Barakallah fiikum.
Jadi selamat berpuasa.
Kerana Asyura sekali setahun!
Ucapan 3
Alhamdulillah masih diberi umur sehingga hari ini yang bertepatan dengan tanggal 10 Muharram 1447 H. Diucapkan selamat menjalankan ibadah Puasa Sunat Asyura bagi yang mengerjakannya.
Semoga ibadah puasa kita ini diterima Allah SWT
Ucapan 4
Selamat berpuasa kepada semua yang melaksanakan ibadah puasa Asyura pada 10 Muharram ini. Semoga ianya menjadi kekuatan kepada kita untuk berhadapan dengan hari-hari mendatang
Ucapan 5
Ibadah puasa antara amalan sunnah yang sangat digalakkan dalam bulan Muharram. Puasa Asyura iaitu 10 Muharram 1447 H tahun ini jatuh pada 4 Julai 2025. Selamat berpuasa kepada semua!
Ucapan 6
Selamat berpuasa Hari Asyura kepada semua yang melaksanakan pada tanggal 10 Muharram ini. Semoga ibadah ini diterima olehNya dan akan diampunkan dosa setahun yang telah lalu
Ucapan 7
Jom puasa Sunat Hari Asyura pada 6 Julai 2025 dan Puasa Tasu’a pada 5 Julai 2025.
Semoga Allah memberkati segala usaha baik kita untuk meraih ganjaran.
Ucapan 8
Marilah kita mencari berkah serta rahmahNya dengan berpuasa seraya dapat menyucikan diri dan memohon ampun ke atas dosa-dosa kita yang tela lalu.
Ucapan 9
Selamat berpuasa pada Hari Tasu’a dan Hari Asyura. Semoga Allah SWT menerima amalan kita dan memberi keberkatan dalam kehidupan kita.
Ucapan 10
Antara ibadah puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasullah SAW untuk kita contohi selain puasa pada bulan Ramadan adalah puasa pada hari Asyura (10 Muharram). Jom kita berpuasa
Sumber : JAKIM
1 thought on “Contoh Ucapan Hari Asyura Tahun 2025 / 1447 H”