Cara Download Dan Cetak Sijil Digital Vaksinasi File PDF Menerusi MySejahtera

By aiman

Published On:

Follow Us
download sijil vaksinasi mysejahtera

Ciri terbaru yang diperkenalkan menerusi MySejahtera adalah orang ramai yang telah lengkap vaksinasi kini boleh muat-turun dan cetak sijil digital vaksinasi dalam file PDF.

Ciri ini juga dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin menerusi laman twitter rasmi beliau apabila ianya dapat maklumbalas daripada pengguna twitter yang lain.

Beliau memberitahu, kemaskini terbaru ini membolehkan orang ramai yang telah lengkap dan mengambil vaksin Covid-19 untuk cetak file PDF sijil vaksinasi untuk tujuan pergerakan dalam dan luar negara kelak.

Jadi selepas ini, jika ada masalah pada telefon anda atau mungkin tertinggal dirumah, anda boleh la tunjukkan sahaja cetakat sijil tersebut apabila diminta.

Cara Download Cetak File PDF Sijil Digital Vaksinasi

Untuk dapatkan ciri kini, anda perlu kemaskini aplikasi MySejahtera anda kepada versi yang terbaru. Walaubagaimanapun, setakat ini ianya hanya ditawarkan menerusi platform iOS sahaja dan Android belum mendapat kemaskini tersebut.

LANGKAH 1

Pastikan sijil digital vaksinasi anda sudah berwarna kuning. Jika sudah pergi ke halaman Profile

LANGKAH 2

Kemudian skroll ke bawah sekali sehingga jumpa ikon Generate. Klik pada ikon tersebut.

LANGKAH 3

Anda akan diberikan file dalam format PDF. Dan dari situ, anda boleh print atau cetak seperti biasa.

sijil vaksinasi mysejahtera

Jadi dengan kemudahan ini, ianya lebih mudah, sekiranya apa-apa berlaku kepada sijil digital vaksinasi kita atau pada telefon bimbit kita kan. Kita sudah ada ‘hard copy pun.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now