Cara Buka Akaun Bank Rakyat – Daftar iRakyat Secara Online (Perbankan Online)

By aiman

Published on:

cara buka akaun bank rakyat

Mencari cara paling mudah untuk membuka akaun Bank Rakyat? Tidak dinafikan, Bank Rakyat merupakan salah satu institusi kewangan yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Dengan perkhidmatan yang mesra pelanggan, pelbagai kemudahan kewangan, dan platform digital seperti iRakyat, proses membuka akaun kini menjadi lebih mudah dan pantas.

Bank Rakyat menyediakan akaun Simpanan- i patuh syarikah yang berlandaskan kontrak Tawarruq dan Qard. Jadi anda boleh keluarkan duit anda pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.

3 Jenis Akaun Simpanan-i

Daripada Akaun Simpanan-i, Bank Rakyat ada 3 jenis akaun yang disediakan iaitu :

1) Dewasa

  • Terbuka kepada semua pelanggan berumur 12 tahun dan ke atas
  • Boleh dibuka dengan atau tanpa buku simpanan
  • Akaun boleh dibuka tanpa deposit dan akan diaktifkan selepas deposit dimasukkan.

2) Remaja

Advertisements
  • Terbuka kepada remaja berumur antara 15 dan 21 tahun

3) Akaun Simpanan-i Nuri Kids

  • Terbuka kepada semua kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah
  • Akaun dikendalikan oleh ibu / bapa / penjaga yang sah atau ahli keluarga terdekat sebagai pemegang amanah
  • Berpeluang menjadi ahli Kelab Nuri
  • Pengeluaran hanya sekali sebulan

4) Akaun Simpanan-i Teens

  • Terbuka kepada semua remaja berumur 12 tahun ke atas hingga 18 tahun
  • Akaun bersama atau Individu
  • Keahlian Kelab Nuri secara automatik

Syarat Buka Akaun Bank Rakyat

Sebelum anda buka akaun Bank Rakyat, terlebih dahulu. Warganegara dan bukan warganegara layak untuk memohon :

1) Dokumen Yang Diperlukan : Warganegara

        • Bagi individu:
          • Kad Pengenalan
          • Jika berumur bawah 18 tahun, perlukan dokumen tambahan:
            • Salinan kad pengenalan ibu / bapa / penjaga
            • Sijil kelahiran
        • Bagi persatuan / pertubuhan / koperasi / syarikat:
          • Resolusi / keputusan / cabutan minit mesyuarat Lembaga Pengarah / Jawatankuasa / Agong Tahunan yang merangkumi perkara berikut:
            • Kebenaran membuka akaun simpanan
            • Nama, nombor kad pengenalan dan jawatan penandatangan berkuasa
            • Nama dan nombor kad pengenalan wakil yang berurusan dengan Bank
            • Sijil pendaftaran
            • Salinan kad pengenalan penandatangan berkuasa dan wakil
            • Kad spesimen yang telah ditandatangani oleh penandatangan berkuasa dan cop persatuan / pertubuhan

        2) Dokumen Yang Diperlukan : Bukan Warganegara

        • Bagi penduduk tetap:
          • Kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara
        • Bagi yang bekerja:
          • Pasport
          • Permit kerja
          • Surat pengesahan syarikat (majikan)
        • Bagi yang belajar:
          • Pasport
          • Pas pelajar
          • Kad matrik
          • Surat pengesahan Institut Pengajian Tinggi (IPT)

        Cara Buka Akaun Bank Rakyat

        Sediakan terlebih dahulu senarai dokumen seperti diatas. Jika sudah lengkap, anda boleh datang ke mana-mana cawangan Bank Rakyat berhampiran dan buat permohonana buka akaun di kaunter.

        Selain itu, anda juga boleh mohon secara online dengan klik pada Mohon Sekarang dan ikuti segala arahan yang diperlukan. Sediakan juga dokumen yang diperlukan sepanjang proses pendaftaran akaun.

        Apakah iRakyat?

        Jika anda sudah berjaya untuk buka Akaun Bank. Langkah seterusnya adalah untuk daftar perbankan online pula yang juga dikenali dengan iRakyat. Tapi apa itu iRakyat?

        iRakyat adalah platform perbankan internet yang disediakan oleh Bank Rakyat untuk memudahkan urusan kewangan secara dalam talian.

        Dengan iRakyat, pengguna boleh mengakses akaun mereka, membuat pemindahan wang, membayar bil, menyemak baki akaun, dan banyak lagi, tanpa perlu ke cawangan dan boleh buat secara online sahaja.

        Cara Daftar iRakyat Dan Aktifkan Perbankan Online

        Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk mendaftar iRakyat, platform perbankan internet Bank Rakyat:

        Advertisements

        1. Pastikan Anda Memiliki Akaun Bank Rakyat

        Sebelum mendaftar iRakyat, pastikan anda sudah memiliki akaun simpanan Bank Rakyat. Selain itu, pastikan nombor telefon anda yang aktif telah didaftarkan di sistem bank untuk menerima TAC (Transaction Authorization Code).

        2. Layari Laman Web iRakyat

        1. Pergi ke laman web rasmi iRakyat di www.irakyat.com.my > klik Log Masuk > Perbankan Peribadi
        2. Klik pada pilihan “Register” untuk memulakan proses pendaftaran
        3. Masukkan Temporary ID

        Untuk dapatkan Temporary ID, anda perlu hubungi Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454. Jika anda sudah dapatkan ID tersebut, anda boleh teruskan proses perdaftara sehingga selesai

        3. Masukkan Maklumat Akaun

        Anda akan diminta untuk mengisi maklumat berikut:

        • Nombor Kad Pengenalan (atau dokumen identiti lain yang digunakan semasa membuka akaun).
        • Nombor Akaun Bank Rakyat.
        • Nombor Kad Debit/Kredit (jika ada).

        4. Pengesahan TAC

        Sistem akan menghantar kod TAC ke nombor telefon yang telah anda daftarkan. Masukkan kod TAC tersebut untuk meneruskan.

        5. Cipta ID Pengguna dan Kata Laluan

        • Pilih ID pengguna unik yang akan digunakan untuk log masuk.
        • Cipta kata laluan yang kukuh dan mudah diingati.
        • Pastikan anda mematuhi syarat keselamatan seperti gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol.

        6. Pengesahan Pendaftaran

        Setelah semua maklumat disahkan, akaun iRakyat anda akan diaktifkan. Anda kini boleh log masuk ke platform untuk mula menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian.

        Tips Keselamatan

        • Jangan kongsi ID pengguna atau kata laluan dengan orang lain.
        • Sentiasa pastikan anda log keluar selepas menggunakan iRakyat, terutamanya jika anda mengaksesnya dari komputer awam.

        Dengan mendaftar iRakyat, anda dapat mengurus kewangan anda dengan lebih mudah dan fleksibel, sama ada untuk membuat transaksi, membayar bil, atau menyemak baki akaun, semuanya di hujung jari anda!

        Maklumat Lanjut

        Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran dan buka akaun Bank Rakyat, anda boleh layari laman web https://www.bankrakyat.com.my/ atau hubungi khidmat pelanggan di talian 1-300-80-5454

        aiman

        Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

        Related Post

        Leave a Comment