Senarai Harga Proton X50 2025 (Facelift) Terbaru – Juga Spesifikasi

By aiman

Published On:

Follow Us
proton x50 2025

Proton X50 kembali mencuri perhatian peminat automotif tanah air dengan kemunculan versi terbaru tahun 2025. Model facelift ini bukan sekadar naik taraf kosmetik semata-mata, tetapi turut membawa perubahan besar pada enjin, sistem infotainmen, dan ciri keselamatan.

Dengan rekaan dalaman lebih mewah, teknologi moden, serta penambahbaikan pada prestasi, X50 2025 sudah tentu menjadi rebutan pembeli baru dan peminat sedia ada. Mungkin ramai yang suka lepas ni, sebab Proton dah ada Apple CarPlay dan Android Auto.

BACA JUGA : Harga Kereta BYD EV Termurah Di Malaysia

Sejak diumumkan pada awal Julai yang lalu, sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan. Tapi ada satu soalan yang tertanya-tanya, berapa harga sebenar untuk setiap varian Proton X50 2025?

Harga Proton X50 2025 Mengikut Varian

Untuk tahun 2025, Proton memperkenalkan lima varian utama bagi X50 facelift, dengan harga anggaran (tanpa insurans) seperti dibawah. Juga ditawarkan 5 pilihan warna iaitu Armour Silver, Teal Bayou Green, Jet Grey, Snow White dan Passion Red

1. Proton X50 1.5 T Standard

  • Harga: RM86,300
  • Enjin lama dikekalkan untuk varian asas. Sesuai untuk pembeli yang mahukan X50 pada harga paling rendah.

2. Proton X50 1.5T Executive

  • Harga: RM93,300
  • rim lebih besar, dan beberapa naik taraf kosmetik.

4. Proton X50 Sport Edition

  • Harga: RM98,300
  • Tambahan ciri seperti kamera 360° dan headrest boleh laras

3. Proton X50 Premium

  • Harga: RM101,800
  • Dilengkapi enjin i-GT 1.5L turbo 4-silinder baharu dengan prestasi lebih mantap (181PS, 290Nm), paparan dalaman lebih besar dan canggih.

4. Proton X50 1.5TGDi Flagship

  • Harga: RM113,300
  • Pakej lengkap dengan sistem ADAS Tahap 2, Apple CarPlay, Android Auto, ambient lighting, kamera 360° dengan pandangan bawah, pengecas tanpa wayar dan pelbagai ciri premium.

Nota: Harga adalah anggaran untuk Semenanjung Malaysia dan tertakluk kepada perubahan rasmi oleh Proton. Harga boleh berbeza di Sabah & Sarawak.

Spesifikasi Menarik Proton X50 2025

Proton benar-benar menaik taraf X50 tahun ini dengan beberapa perubahan besar:

  • Enjin Baru 1.5L i-GT Turbo 4-Silinder
    Varian premium dan flagship tidak lagi menggunakan enjin 3-silinder seperti sebelum ini. Enjin baru ini menghasilkan 181PS dan 290Nm, jauh lebih lancar dan bertenaga.
  • Skrin Infotainmen 14.6 inci
    Lebih besar daripada sebelumnya, menyokong Apple CarPlay & Android Auto secara rasmi. Antara skrin terbesar dalam segmennya.
  • Konsol tengah baharu + Gear Shifter atas stereng
    Gaya futuristik dengan reka bentuk minimalis. Memberi lebih ruang dan estetika moden.
  • Sistem ADAS Tahap 2
    Termasuk AEB, adaptive cruise control, lane keep assist dan kini dengan radar belakang. Menjadikan pemanduan lebih selamat.
  • Kamera 360° dengan pandangan bawah
    Ciri unik yang jarang ada pada model dalam kategori harga ini. Memudahkan parking dan memantau persekitaran.
  • Pengecas tanpa wayar + 3 port USB-C
    Kesesuaian dengan gaya hidup moden dan penggunaan peranti pintar.
  • Ambient lighting 72-warna
    Serlahkan kemewahan dan mood dalam kabin.
dalaman proton x50

Siapa Patut Beli Proton X50 2025?

Proton X50 2025 sesuai untuk pelbagai lapisan pengguna iaitu sama ada dari pemandu baru sehinggalah keluarga kecil atau golongan profesional muda:

1. Golongan Bujang & Profesional Muda

Varian Standard atau Executive cukup sesuai. Ia menawarkan reka bentuk sporty dan ciri keselamatan yang baik dengan harga berpatutan.

2. Pasangan Baru Berkahwin atau Keluarga Kecil

Varian Premium memberikan nilai terbaik dengan gabungan enjin baharu dan ciri keselamatan canggih. Sesuai untuk perjalanan jarak jauh dengan anak kecil.

3. Peminat Teknologi & Keselamatan

Varian Flagship adalah pilihan paling lengkap untuk mereka yang ingin segala-galanya dalam satu kenderaan – dari pemanduan autonomi separa hingga kemewahan setaraf kereta segmen C.

4. Pemilik X50 Sedia Ada Yang Mahu Upgrade

Dengan perubahan besar dari segi enjin dan sistem hiburan, X50 2025 adalah alasan yang tepat untuk trade-in model lama anda.

Adakah Anda Berminat Untuk Dapatkan Proton X50 2025 Facelift?

Proton X50 2025 membuktikan bahawa jenama tempatan mampu bersaing dengan jenama antarabangsa dari segi prestasi, teknologi, dan rekaan. Dengan penambahan enjin 4-silinder i-GT, ciri ADAS yang lebih lengkap, serta pengalaman dalam kereta yang jauh lebih premium.

Bagi sesiapa yang sedang mencari SUV kompak dengan nilai hebat untuk wang, Proton X50 2025 patut berada di senarai teratas. Sama ada anda pengguna pertama, pembeli keluarga, atau peminat teknologi, X50 baharu ini ada sesuatu untuk semua.

Info lanjut berkaitan Proton X50 2025, boleh layari laman web rasmi Proton di www.proton.com/en/all-new-protonx50

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now