Senarai Harga BYD (EV) Terbaru Di Malaysia: Atto 3, Dolphin, Seal, Varian & Spesifikasi Yang Ditawarkan

By aiman

Published on:

kereta byd

Berbaloi ke beli kereta elekrik, EV jenama BYD ni? Model apa yang dikeluarkan setakat ini? Tapi paling penting, berapa harga BYD yang dijual bagi pasaran Malaysia untuk tahun 2024.

Kini sudah banyak syarikat pengeluar kereta elektrik (dikenali degan electric vehicle, EV) mula memasarkan kereta EV bagi pasaran Malaysia antaranya adalah Builds Your Dream (BYD) yang berasal daripda China dan pengedar rasminya, Sime Darby Motors.

BYD mempunyai tarikannya tersendiri pada varian kereta elektrik yang ditawarkan antaranya adalah berkaitan dengan harganya. Ianya lebih murah berbanding pesaing seperti Tesla.

Setakat 2024, terdapat 3 model telah diperkenalkan secara rasmi di Malaysia iaitu BYD Atto 3 (SUV), BYD Dolphin (hatchback) dan BYD Seal (Sedan). Jadi berikut merupakan senarai harga BYD terbaru di Malaysia

Advertisements

Harga BYD Di Malaysia & Varian

Setiap model EV didatangkan dengan beberapa varian. Berikut merupakan senarai harga BYD untuk Atto 3, Dolphin dan Seal:

a. Harga BYD Atto 3:

  • Standard Range = Harga bermula dari RM149,800 (410km)
  • Extended Range = Harga bermula dari RM167,800 (480km)
  • Facelift 2024 = Harga bermula dari RM149,800

b. Harga BYD Dolphin:

  • Dynamic Standard (340km) = RM100,530
  • Premium Standard (427km) = RM125,730

c. Harga BYD Seal:

  • Premium (650km) = RM179,800
  • Performance (580km) = RM199,800

Pilihan Warna Yang Ditawarkan

ModelPilihan Warna
BYD Atto 3Terdapat 5 pilihan warna; Surf Blue, Forest Green, Parkour Red, Boulder Grey dan Sky White. Facelift ada warna baru, Cosmos.
BYD DolphinDynamic Standar dapat Urban Grey dan Sand White. Manakala Premium Extended dapat Atlantis Grey/Delan Black bersama Surf Blue/Urban Grey dan Ski White/Urban Grey
BYD SealSemua varian diberi warga Cosmos Black, Aurota White dan Atlantis Grey. Hanya varian Performance dapat tambahan warga Arctic Blue

Spesifikasi Untuk Semua Model BYD

a. BYD Atto 3

Dari segi rekaan, BYD Atto 3 didatangkan dengan BYD e-Platform 3.0 yang direka khas untuk kenderaan elektrik. Dari segi saiz, ianya berukuran 4,455 mm panjang, 1,875 lebar dan 2,720 mm jarak antara roda dan berada dalam kelas SUV segmen B..

Varian Standard Range dengan bateri 49.92 kWj mampu bergerak sehingga 410 km. Manakala varian Extended Range dengan bateri kapasiti 60.48 kWj memberikan jarak gerak sehingga 480km.

Kedua-dua varian menghasilkan sehingga 203 HP dan 310 Nm. Atto 3 menyokong pengecasan pantas DC 70 kW (Standard) dan 80kW (Extended) yang hanya memperlukan 29 minit untuk cari dari 30% hingga 80% dan 45 minit untuk cari dari 0% hingga 80%.

BYD Atto 3JarakHorsepower, PSTorque, NmBateri, kWh
Standard Range410 km20331049.92
Extended Range480 km20331060.48

b. BYD Dolphin

BYD Dolphin juga menggunakan BYD e-Platform 3.0 serba baru. Mempunyai saiz dimensi 5,150 mm panjang, 1,700 mm lebar, 1,570 mm tinggi dan 2,700 mm jarak roda. Sekali gus berada dalam kelas hatchback segmen B.

Varian Dynamic Standard mempunyai kapasiti bateri sebesar 44.9 kWj yang menghasilkan 95 Hp dan 189 Nm dan mampu bergerak sehingga 340 km. Manakala Premium Extended dikuasakan dengan bateri berkapasiti 60.48 kWj mampu menghasilkan 201 HP dan 310 Nm dengan jarak gerak sehingga 427 km.

Dari segi pengecasan, ianya menyokong pengecasan pantas DC 60 kW dan DC 80 kW masing-masing untuk Dynamic Standard dan Premium Extendedn.

BYD DolphinJarak, kmHorsepower, PSTorque, NmBateri, kWh
Dynamic Standard3409518944.9
Premium Extended42720131060.48

c. BYD Seal

BYD Seal didatangkan dengan dimensi kereta berukuran 4,800 mm panjang, 1,875 mm lebar, 1,460 tinggi dan jarak antara roda 2,920 mm. Diletakan dalam kelas sedan segmen B.

Advertisements

Untuk varian premium, ianya dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 82.5 kWh yang mampu bergerak sehingga 650 km. Varian ini juga mampu menghasilkan kuara output sehingga 308 HP dan 360 Nm.

Manakala varian teratas iaitu Performance, ianya menggunakan bateri kapasiti yang sama seperti varian premium, tapi mampu bergerak kurang sedikit dari premium iaitu 580 km. Mempunyai kuasa output sehingga 523 HP dan 670 Nm.

Bateri BYD Seal boleh dicas menggunakan pengecasan pantas DC 150kW yang mampu mengecas dari 30-80% dalam masa 18 minit.

BYD SealJarak, kmHorsepower, PSTorque, NmBateri, kWh
Premium65030836082.5
Performance58052367082.5

Menarik untuk dapatkan mana-mana model EV daripada BYD ini? Sekarang anda dah tahu harga BYD yang dijual di pasaran Malaysia beserta spesifikasi yang ditawarkan. Untuk info lanjut, boleh layari https://www.byd.com/my

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment