Senarai Tapak Dan Lokasi Pasar Malam Nilai, Negeri Sembilan

By aiman

Published On:

Follow Us
pasar malam nilai negeri sembilan

Kalau sebut saja tentang pasar malam Nilai, mesti ramai yang terbayang suasana meriah dengan pelbagai pilihan makanan, pakaian, barangan harian dan suasana yang penuh warna-warni.

Pasar malam Nilai memang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan juga pelajar universiti berdekatan kerana harganya yang berpatutan serta pilihan yang banyak. Selain tempat untuk membeli-belah, ia juga menjadi lokasi lepak santai keluarga dan kawan-kawan selepas waktu kerja atau kuliah.

Bila tiba waktu senja, wujudnya suasana malam yang nyaman ditambah pula dengan bau harum sate, ayam goreng berempah dan apam balik panas memang buat sesiapa pun rasa tak sabar nak singgah.

Apa yang menarik, pasar malam di Nilai bukan terletak di satu tempat sahaja. Setiap hari ada pasar malam berbeza di lokasi yang berbeza, jadi memang sesuai sangat untuk mereka yang suka pusing cari makanan sedap atau barangan murah. Ada yang terletak di kawasan perumahan, ada juga di sekitar kawasan komersial.

Senarai Tapak Dan Lokasi Pasar Malam Nilai Di Negeri Sembilan

Jadi kalau anda tinggal di Nilai atau datang berkunjung, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan jadual dan lokasi pasar malam yang ada. Jom kita tengok senarai lengkap lokasi pasar malam di sekitar Nilai, Negeri Sembilan yang wajib anda lawati!

Waktu operasi adalah dari 5.30 petang hingga 9.30 malam bagi setiap lokasi yang terpilih di sekitar Nilai.

BilLokasi TapakHari Beroperasi
1Ulu BeranangIsnin
2Broga
3Taman Seremban Jaya
4Desa Cempaka
5Ulu BeranangSelasa
6Broga
7Taman Seremban Jaya
8Desa Cempaka
9Bandar Seremban SelatanRabu
10Labu Batu 10
11Kolej Lagenda
12Mantin
13Kuaters KLIA
14Taman Bukit Mutiara
15Taman Desa Permai / Sikamat II
16Taman Panchor Jaya Kampung Baru Rahang
17Pinggiran SenawangKhamis
18Nilai Perdana
19Taman Seremban JayaJumaat
20Pajam
21Cempakapuri
22Flat Taman Semarak 2Sabtu
23Bandar Baru Nilai
24MantinAhad
25Rantau
26Desaria

Senarai ini dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Seremban untuk bandar Nilai. – LIHAT SINI

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now