Koleksi Contoh Ucapan Israk Mikraj 2025/1446H

By aiman

Published on:

contoh ucapan israk mikraj

Jika anda inginkan contoh ucapan Israk Mikraj sempena 27 Rejab kali ini, anda boleh dapatkan beberapa contoh disini untuk dikongsikan kepada kenalan atau share di halaman media sosial masing-masing.

Israk Mikraj adalah salah satu peristiwa agung dalam sejarah Islam yang mengingatkan kita tentang perjalanan rohani Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, seterusnya ke Sidratul Muntaha.

BACA JUGA : Contoh Ucapan Maulidur Rasul

Pada malam inilah kewajipan solat lima waktu sehari diturunkan oleh Allah SWT sebagai hadiah terindah untuk umat Islam. Menyambut tarikh keramat ini, ucapan Israk Mikraj menjadi salah satu cara untuk menyebarkan mesej kebaikan.

Tarikh Israk Mikraj Di Malaysia Untuk Tahun 2025

Pada tahun 2025, di Malaysia, tarikh Isra’ Mikraj iaitu 27 Rejab 1446 Hijrah adalah jatuh pada 27 Januari 2025, iaitu pada hari Isnin. Sebarkan kepada umat Islam tentang keajaiban dan pengajaran disebalik peristiwa ini.

Advertisements

Artikel ini akan memberikan contoh-contoh ucapan Israk Mikraj yang boleh anda kongsikan untuk menyemarakkan lagi sambutan ini.

Dengan berkongsi ucapan ini, kita dapat mengajak orang lain untuk merenung kembali betapa besarnya nikmat solat yang diwajibkan pada malam tersebut. Selain itu, ucapan ini juga boleh menjadi pengikat silaturahim antara keluarga dan rakan-rakan.

Contoh Ucapan Israk Mikraj Tahun 2025/1446 Hijrah

Di era digital ini, media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Instagram, dan TikTok menjadi platform yang efektif untuk menyebarkan mesej-mesej positif. Dengan menghantar ucapan Israk Mikraj, kita bukan sahaja menyambut hari istimewa ini, malah turut menyumbang kepada dakwah digital.

Berikut merupakan senarai koleksi dan contoh-contoh ucapan Israk Mikraj untuk tahun 2025/1446H yang anda boleh kongsikan :

“Selamat Menyambut Israk Mikraj 1446 Hijrah. Semoga peristiwa agung ini mengingatkan kita akan keajaiban solat lima waktu dan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.”

“Malam Israk Mikraj mengajar kita erti ketaatan dan keimanan. Mari kita pertingkatkan kualiti solat dan amalan kita. Salam Israk Mikraj!”

“Semoga Israk Mikraj tahun ini membawa sinar kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup kita. Jangan lupa, solat adalah tiang agama!”

“Di hari yang penuh barakah ini, marilah kita renungi perjalanan Nabi Muhammad SAW dan mengambil iktibar daripadanya. Selamat Hari Israk Mikraj 2025!”

“Israk Mikraj mengingatkan kita betapa besarnya kasih sayang Allah SWT. Mari kita hargai nikmat solat lima waktu. Selamat menyambut 27 Rejab!”

“Semoga peristiwa Israk Mikraj membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT dan meningkatkan keimanan kita. Selamat menyambut hari yang mulia ini!”

“Malam Israk Mikraj adalah malam penuh keajaiban. Mari kita jadikan solat sebagai penghubung antara kita dan Allah SWT. Selamat Hari Israk Mikraj!”

Advertisements

“Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menjaga solat lima waktu seperti yang diwajibkan pada malam Israk Mikraj. Selamat menyambut 27 Rejab 1446 Hijrah!”

“Israk Mikraj adalah bukti kebesaran Allah SWT. Mari kita sambut hari ini dengan penuh keinsafan dan rasa syukur. Selamat Hari Israk Mikraj!”

“Semoga peristiwa Israk Mikraj menguatkan iman kita dan membawa keberkatan dalam hidup. Selamat menyambut 27 Rejab 1446 Hijrah!”

“Salam Israk Mikraj 2025. Semoga Allah SWT sentiasa menuntun kita sebagai hamba yang tetap dijalan lurus yang diredhai olehNya.”

Pada tahun 2025, marilah kita sama-sama memeriahkan sambutan Israk Mikraj dengan berkongsi ucapan-ucapan penuh doa dan harapan. Semoga peristiwa ini membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT dan meningkatkan kualiti ibadah kita.

Sumber : aimanabdullah.com

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment