Sampaikan ucapan Maulidur Rasul merupakan salah satu perkara yang anda boleh lakukan sempena memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam yang jatuh dalam bulan Rabiulawal.
Hari Keputeraan Baginda yang juga dipanggil Maulidur Rasul adalah pada 12 Rabiulawal dan ketika ini, kebiasaanya di Malaysia diadakan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk umat Islam bagi memperingati nabi kita.
Kita amat beruntung dan sewajarnya bersyukur kerana terpilih menjadi umat Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam. Oleh itu, seorang muslim mestilah mengikut sunnah yang ditinggalkan oleh Baginda.
Hari Maulidur Rasul 1446H/2024 Di Malaysia
Untuk tahun 2024, di Malaysia, 12 Rabiulawal 1446H iaitu hari kelahiran Baginda yang juga merupakan hari Maulidur Rasul jatuh pada 16 September 2024 iaitu pada hari Isnin. Dengan itu juga, hari tersebut merupakan cuti umum untuk semua negeri.
Tahun ini juga kerajaan telah menetapkan tema Maulidur Rasul tahun 1446H/2024 adalah ‘Al-Falah Pemacu Malaysia Madani’. Ianya merupakan sambutan bagi memperingat hari kelahiran Rasulullah yang juga merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam.
Contoh Ucapan Maulidur Rasul Tahun 2024 Bersamaan Dengan 1446 Hijrah
Berikut merupakan antara contoh-contoh ucapan Maulidur Rasul yang anda boleh gunakan untuk kongsi rasa kecintaan kepada baginda. Boleh share bersama keluarga dan rakan serta dimana-mana platform media sosial.
Contoh Ucapan Maulidur Rasul 1
Salam Maulidur Rasul 1446H/2024M kepada umat Islam.
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda. Sesungguhnya akhlak dan keperibadian terpuji Rasulullah yang tiada tolok bandingnya merupakan contoh ikutan terbaik sepanjang zaman.
Contoh Ucapan Maulidur Rasul 2
Salam Maulidur Rasul
12 Rabiul Awal lahirnya seorang pahlawan sejati Islam Baginda Nabi Muhammad SAW seiring tarikh penting bagi seluruh umat Islam dimana ia dapat menghasilkan keinsafan, kecintaan dan kasih kepada Baginda SAW
Contoh Ucapan Maulidur Rasul 3
“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku” – Hadis Riwayat Tarmizi
Pada hari yang penuh barokah ini, saya menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam
Contoh Ucapan Maulidur Rasul 4
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat atas Nabi (Muhammad. Wahai orang yang beriman, berselawatklah kalian kepadanya (Nabi Muhammad SAW) dan berilah salam kesejahteraan dengan penghormatan sepenuhnya.” – Surah al-Ahzab, ayat 56
Salam Maulidur Rasul 1446H
Contoh Ucapan Maulidur Rasul 5
Saya mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1446H/2024M kepada seluruh umat Islam.
‘Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda’
Contoh Ucapan Maulidur Rasul 6
Mari melangkah dan bersama mengingat perjuangan Nabi SAW dengan sentiasa berselawat keatasnya. Salam Maulidur Rasul 2024 untuk semua umat Islam
Contoh Ucapan Maulidur Rasul 7
Maulidur Rasul adalah hari yang penting buat umat islam sempena memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.
Di kesempatan ini, saya merakamkan ucapan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Contoh Ucapan Maulidur Rasul 8
elamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiuawal 1446H
Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Contoh Ucapan Maulidur Rasul 9
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1446H/2024. Ucapan salam Maulidur Rasul buat semua umat islam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita, Muhammad SAW
“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”
Contoh Ucapan Maulidur Rasul 10
Salam Maulidur Rasul 1446H/2024 diucapan buat semua umat Islam.
Teruskan untuk memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Semoga kita memperoleh syafaat agung Baginda di akhir kelak.
Contoh Ucapan Maulidur Rasul 11
Salam Maulidur Rasul
Assalamualaikum. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad Salallahualaihi Wassalm. Pengorbanan dan kasihnya pada kita tidak akan lekang sepanjang zaman.
Contoh Ucapan Maulidur Rasul 12
Ucapan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan suri teladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW menjadi pedoman buat kita semua. Salam Maulidur Rasul 1446 Hijrah
Contoh Ucapan Maulidur Rasul 13
Salam Maulidur Rasul. Junjungan kasih kita Rasullah. Moga ia tidak terhad kepada ucapan semata tetapi kita mencontohi perilaku Baginda SAW yang mencintai kedamaian, keadilan dan perkara baik buat semua.
Contoh Ucapan Maulidur Rasul 14
Ucapan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Semoga dengan suri tauladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW menjadi pedoman buat kita semua.
SALAM MAULIDUR RASUL 1446 HIJRAH
Contoh Ucapan Maulidur Rasul 15
Salam Maulidur Rasul kepada semua Muslimin dan Muslimat.
Bersempena hari yang cukup bermakna ini, marilah kita hayati peribadi junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW dan cuba praktikkan sunnah-sunnah Baginda dalam kehidupan harian kita.
Maulidur Rasul Greetings
- Wishing all muslims a blessed Maulidur Rasul. May peace be upon our beloved Prophet Muhammad S.A.W and may his blessing be with us always.
- May the teachings of Prophet guide you at each and every moment of your life and show you the right path to follow… Wishing you a very blessed Mawlid al-Nabi.
- Wishing our Muslim brothers and sisters a wonderful Maulidur Rasul. Let us strengthen our commitment to trustworthiness, integrity, fairness and justice, as lived by our beloved Prophet Muhammad SAW
- Wishing all Muslims a happy celebration of Maulidur Rasul. May peace and blessing be upon you, by the great Prophet Muhammad S.A.W
- Salam Maulidur Rasul, 12 Rabiulawal 1446H. Peace Be Upon Nabi Muhammad S.A.W
Tapi ingat, tiada ucapan yang lebih bermakna selain daripada berselawat ke atas Nabi SAW.