4 Lokasi Tapak Warisan Dunia UNESCO Yang Berada Di Malaysia

By aiman

Published On:

Follow Us
senarai tapak warisan dunia unesco

Tahukah anda bahawa Malaysia juga memiliki beberapa lokasi yang mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO? Mari kita lihat 4 tempat istimewa ini bersama-sama.

Sebagai warga Malaysia, kita patut rasa bangga kerana negara kita memiliki aset semula jadi dan budaya yang sangat bernilai serta mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

UNESCO World Heritage Site adalah gelaran yang diberikan kepada kawasan yang mempunyai kepentingan sejarah, budaya atau semula jadi yang luar biasa. Tujuannya adalah untuk melindungi tapak ini daripada kesan pembangunan yang tidak terkawal supaya ia kekal untuk generasi akan datang.

Setiap tahun, lokasi dari pelbagai negara dipilih dan disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia. Sehingga hari ini, lebih daripada 1,000 tapak telah diiktiraf di seluruh dunia termasuk beberapa di Malaysia.

Di negara kita, terdapat 4 lokasi yang telah disenaraikan dalam senarai UNESCO World Heritage, iaitu Gunung Mulu di Sarawak, Taman Kinabalu di Sabah, Lembah Lenggong di Perak dan bandar bersejarah Melaka serta George Town di Pulau Pinang.

Senarai 4 Tapak Warisan Dunia UNESCO Yang Berada Di Malaysia

Berikut merupakan 4 tempat yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai World Heritage :

1) Gunung Mulu, Sarawak

Gunung Mulu Sarawak

Gunung Mulu ini antara lokasi terawal yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia di Malaysia iaitu pada tahun 2020. Ianya terletak di timur Sarawak dimana ketinggiannya sekitar 2376 meter.

Dikatakan Gunung Mulu ini telah berusia lebih 1.5 juta tahun. Fakta menarik berkaitan Gunung Mulu ini adalah ruang dalamnya terkandung Sarawak Chambers yang dikatakan ruang terbesar di dunia yang boleh memuatkan 40 pesawat besar di dalamnya. 

2) Lembah Lenggong, Perak

Lembah Lenggong Perak unesco

Satu-satunya tapak warisan dunia berasaskan semula jadi yang ada di semenanjung Malaysia iaitu di Lembah Lenggong, Perak. Ianya terletak di kawasan Lenggong, Hulu Perak yang mana tempat penemuan penempatan manusia sejak zaman Paleolitik lagi.

Disini berlakunya penemuan arkeologi terkenal iaitu Orang Perak (Perak Man) iaitu rangka peninggalan manusian yang berusia 11,000 tahun yang ditemui sekitar tahun 1990. 

Antara penemuan lain di Lenggong ini adalah peralatan batu berusia 100,000 tahun yang ditemui di Kampung Geluk dan Kampung Temelong.

Kemudian penemuan bukti tapak penghasilan gangsa iaitu di Gua Harimau dan juga penemuan bukti penggalian yang dikatikan dengan zaman pra-sejarah. Ini membuktikan Lembah Lenggong ini terbukti sebagai tapak sejarah tamadun dunia.

3) Taman Kinabalu, Sabah

taman kinabalu sabah

Jika di Sarawak, ada Gunung Mulu di Sabah juga terdapat sebuah tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO iaitu Taman Kinabalu, Sabah. Ianya telah diwartakan pada tahun 1964 dengan melibatkan keluasan sehingga 754 km persegi.

Namanya Taman Kinabalu dan disini juga terdapatnya gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu yang bertinggian 4095 meter.

Selain daripada Gunung Kinabalu sendiri, disini juga terdapatnya lebih 4500 spesies flora dan fauna antaranya hutang gunung tropika, hutan spara alpine, tumbuhan renek dan banyak lagi. Taman Negara ini telah dikelaskan sebagai Pusat Kepelbagaian Tumbuhan Asia Tenggara. Terus pelihara warisan kita ini.

4) Bandar Melaka dan George Town

george town unesco
bandar melaka unesco

Disini satu-satunya tapak warisan dunia di Malaysia yang melibatkan bandaraya. Bandaraya Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2008.

2 bandar ini terbukti telah melalui zaman penjajahan 500 tahun lamanya yang menyebabkan berlakunya asimilasi dan juga akulturasi terhadap budaya hidup dan juga dari segi senibinanya.

Jika anda datang disini, kebanyakkan seni binanya masih dikekalkan dengan seni bina lama sehingga sekarang. Kebanyakkan senibina di 2 bandar ini dipengaruhi oleh senibina Eropah. Mana lagi tempat di dunia ini masih wujud seni bina selain di Malaysia tau. Terus pelihara dan jangan dibiarkan ditelan zaman kemodenan.

Sumber : hellokerja.com

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now