Sebelum bercuti ke luar negara terutamanya, mesti terfikir sejenak dalam hati macam mana cara untuk dapatkan tiket flight murah supaya poket tak bocor selepas bercuti nanti.
Kos penerbangan sering menjadi salah satu cabaran terbesar bagi mereka yang gemar melancong, terutamanya apabila bajet percutian agak terhad.
Ramai antara kita pasti pernah alami situasi di mana impian untuk bercuti ke luar negara terbantut dek kos tiket flight yang mahal.
Namun, jangan risau! Ada banyak cara yang boleh anda gunakan untuk membeli tiket flight murah dan lebih menjimatkan.
Dalam artikel ini, kita akan kongsikan tips dan cara-cara beli tiket flight murah supaya anda boleh melancong mengikut bajet sendiri tanpa perlu risau tentang kos penerbangan.
Seperti kata pepatah, “Travel is the only thing you buy that makes you richer”. Ini memang benar, namun lebih baik kalau kita boleh dapatkan tiket penerbangan dengan harga berpatutan, bukan?
Cara Beli Tiket Flight Murah Mengikut Bajet Sendiri
Berikut antara tips dan cara-cara untuk anda dapatkan tiket flight murah sebelum melancong ke luar negara:
1. Tempah awal
Biasanya, tempahan tiket lebih awal, sekurang-kurangnya 4-6 bulan sebelum tarikh perjalanan, boleh membantu mendapatkan harga lebih murah.
2. Gunakan mod Inkognito atau private browsing
Laman web penerbangan dan travel boleh menyimpan cookies dan menaikkan harga jika anda kerap mencari tiket ke destinasi yang sama.
3. Bandingkan harga
Gunakan laman web seperti Skyscanner, Google Flights, atau Kayak untuk membandingkan harga tiket daripada pelbagai syarikat penerbangan.
4. Pilih hari perjalanan yang kurang popular
Biasanya, hari Selasa, Rabu, dan Sabtu sering mempunyai harga tiket yang lebih murah berbanding hari Jumaat atau Ahad.
5. Langgan newsletter
Banyak syarikat penerbangan menawarkan diskaun eksklusif kepada pelanggan yang melanggan buletin mereka.
6. Jangan lepaskan promosi
Pantau promosi yang dijalankan oleh syarikat penerbangan, seperti jualan ‘free seat‘ AirAsia atau tawaran akhir tahun Malaysia Airlines.
7. Guna program mata ganjaran
Sertai program ganjaran syarikat penerbangan untuk mengumpul mata yang boleh ditebus untuk diskaun atau tiket percuma pada masa akan datang.
8. Elakkan musim puncak
Tiket biasanya lebih mahal semasa cuti sekolah, perayaan, dan hujung minggu. Pilih masa perjalanan yang kurang sesak.
9. Fleksibel dengan lapangan terbang
Kadangkala, terbang ke lapangan terbang berdekatan destinasi yang dituju boleh lebih murah. Anda boleh mengambil pengangkutan darat dari sana.
10. Perhatikan yuran tersembunyi
Yang terakhit untuk tips dan cara dapatkan tiket fligh murah, anda perlu sentiasa periksa sama ada harga tiket termasuk bagasi, makanan, atau pilihan tempat duduk.
Syarikat penerbangan tambang murah biasanya mengenakan yuran tambahan untuk perkhidmatan ini.
Dengan mengikuti cara beli tiket flight yang betul dan tips beli tiket flight murah yang dikongsikan di atas, anda boleh menjimatkan banyak kos penerbangan, sekali gus menjadikan percutian anda lebih berbaloi.
Jadi, jangan biarkan harga tiket yang mahal menghalang impian anda untuk melancong ke destinasi idaman. Teruskan merancang dan cuba strategi ini dalam pembelian tiket penerbangan anda yang seterusnya!
Selamat melancong dan semoga berjaya mendapatkan tiket flight murah mengikut bajet anda!