Malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT) telah berlangsung dengan jayanya apabila mengumumkan senarai pemenang bagi semua 11 kategori termasuk Anugerah Pilihan Proton X50 Superstar.
Diacarakan oleh hos Melodi sendiri iaitu gandingan Fikry Ibrahim bersama Ain Edruce berjaya memeriahkan acara ini yang telah berlangsung pada 3 Ogos 2025, jam 9.00 malam siaran langsung di TV3 secara live streaming di Tonton dan Tiktok.
BACA JUGA : Senarai Semua Pemenang Anugerah Juara Lagu TV3
Sebanyak 12 kategori terhangat telah dipertandingkan dan pemenang ditentukan sepenuhnya oleh undian para peminat. Mereka dipilih berdasarkan pengaruh, pencapaian dan momen tular sepanjang tahun.
Selain daripada acara penyampaian anugerah, acara Anugerah Melodir Terhangat 2025 juga turut dimeriahkan dengan persembahan pentas. Hael Husaini, Ella, Marsha Milan, Anuar Zain, Feminin dan Fajar Nor antara yang menghangatkan pentas AMT 2025.

Senarai Pemenang Anugerah Melodi Terhangat 2025
Jadi jom kita lihat senarai penuh pemenang bagi 12 anugerah Melodi Terhangat 2025 termasuk anugerah utama Pilihan Superstar :
Selebriti Couple Goals Terhangat
Bella Astillah & Syed Saddiq
Selebriti Ikon Terhangat
Siti Saleha
Selebriti Feminin Terhangat
Sophia AlBarakbah
Selebriti Drama Sangat Terhangat
Che Puan Sarimah
Pilihan Proton X50 Superstar
Keymi HOTFM
Selebriti Viral Terhangat
Rosyam Nor
Selebriti Maskulin Terhangat
Fattah Amin
Selebriti Trending Terhangat
Cik Epal
Selebriti Newcomer Terhangat
Zarif Ghazzi
Selebriti Stailo Terhangat
Daiyan Trisha
Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat
Khai Bahar
Tonton Original Terhangat
BRU
Anugerah Melodi Terhangat 2025
Daiyan Trisha









