Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah juara atau senarai pemenang dan juara Anugerah Juara Lagu (AJL) sepanjang zaman iaitu bermula sejak tahun 1986 untuk AJL1 hinggalah sekarang yang terbaru.
Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan sebuah acara paling berprestij bagi mempertandingkan lagu-lagu terbaik yang dipilih oleh barisan juri profesional sebagai lagu terbaik tahunan dimana bermula sejak tahun 1986 lagi.
Sehingga kini, acara ini terus kekal releven meskipun sudah banyak anugerah yang dipertandingkan di luar. Dengan adanya Anugerah Juara Lagu, pengiktirafan terus boleh dibuat bagi hasil kerja dalam industri ini seperti untuk penyanyi, komposer dan penulis lirik lagu tersebut.
Pada awal penganjuran diadakan, ianya bertanding mengikut genre bagi sesebuah lagu tersebut. Kini tidak lagi apabila hanya satu sahaja lagu terbaik yang dinobatkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu.
Untuk sejarah, lagu Sekadar Di Pinggiran telah dinobatkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu yang pertama (AJL1) yang dinyanyikan oleh Francissa Peter iaitu hasil ciptaan Manan Ngah dan lirik oleh Lukhman S.
Senarai Semua Pemenang & Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Sepanjang Zaman
Setiap tahun, Anugerah Juara Lagu akan berlangsung dan ditayangkan di saluran TV3 iaitu bermula daripada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik. Jadi anda boleh saksikan acara ini di kaca tv.
Berikut merupakan senarai pemenang dan juara bagi Anugerah Juara Lagu (AJL) sepanjang zaman bermula dari dahulu sehingga sekarang.
Juara Lagu 1986 (AJL1)
Lagu : Sekadar Di Pinggiran
Penyanyi : Francesca Peter
Komposer : Manan Ngah
Lirik : Lukhman S. (Lukhman Abdul Kadir)
Juara Lagu 1987 (AJL2)
Lagu : Menaruh Harapan
Penyanyi : Zaiton Sameon
Komposer : A. Ali
Lirik : Habsah Hassan
Juara Lagu 1988 (AJL3)
Lagu : Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu
Penyanyi : Ramlah Ram
Komposer : Ahmad Nawab
Lirik : Juwie (Abdul Jalil Salleh)
Juara Lagu 1989 (AJL4)
Lagu : Isabella
Penyanyi : Search
Komposer : Amy, Yazit, Kid, Din & Nasir
Lirik : Bob Lokman
Juara Lagu 1990 (AJL5)
Lagu : Janji Manismu
Penyanyi : Aishah
Komposer : Adam Ahmad
Lirik : Wan Aishah (Aishah)
Juara Lagu 1991 (AJL6)
Lagu : Takdir Dan Waktu
Penyanyi : Mega
Komposer : Rahim Othman
Lirik : Juwie (Abdul Jalil Salleh)
Juara Lagu 1992 (AJL7)
Lagu : Pada Syurga Di Wajahmu
Penyanyi : Nash
Komposer : Fauzi Marzuki
Lirik : Bob Lokman
Juara Lagu 1993 (AJL8)
Lagu : Teratai Layu Di Tasik Madu
Penyanyi : Fauziah Latiff
Komposer : Adam Ahmad
Lirik : S. Amin Shahab
Juara Lagu 1994 (AJL9)
Lagu : Tanya Sama Itu Hud Hud
Penyanyi : M. Nasir
Komposer : M. Nasir
Lirik : M. Nasir
Juara Lagu 1995 (AJL10)
Lagu : Cinta Beralih Arah
Penyanyi : Aishah
Komposer : Jari Idris
Lirik : Habsah Hassan
Juara Lagu 1996 (AJL11)
Lagu : Jerat Percintaan
Penyanyi : Siti Nurhaliza
Komposer : Adnan Abu Hassan
Lirik : Hani MJ & Othman Zainuddin
Juara Lagu 1997 (AJL12)
Lagu : Ghazal Untuk Rabiah
Penyanyi : Jamal Abdillah & M. Nasir
Komposer : M. Nasir & Jamal Abdillah
Lirik : Cenderawasih (Rosli Khamis)
Juara Lagu 1998 (AJL13)
Lagu : Cindai
Penyanyi : Siti Nurhaliza
Komposer : Pak Ngah (Suhaimi Mohd Zain)
Lirik : Hairul Anuar Harun
Juara Lagu 1999 (AJL14)
Lagu : Andalusia
Penyanyi : M. Nasir
Komposer : M. Nasir
Lirik : Loloq
Juara Lagu 2000 (AJL15)
Lagu : Balqis
Penyanyi : Siti Nurhaliza
Komposer : Pak Ngah
Lirik : Hairun Anuar Harun
Juara Lagu 2001 (AJL16)
Lagu : Mimpi Laila
Penyanyi : Yasin Sulaiman
Komposer : Yasin Sulaiman
Lirik : Yasin Sulaiman
Juara Lagu 2002 (AJL17)
Lagu : Keliru
Penyanyi : Ajai & Nurul
Komposer : Aidit Alfian
Lirik : Aidit Alfian
Juara Lagu 2003 (AJL18)
Lagu : Bunga-Bunga Cinta
Penyanyi : Misha Omar
Komposer : Adnan Abu Hassan
Lirik : Adnan Abu Hassan
Juara Lagu 2004 (AJL19)
Lagu : Relaku Pujuk
Penyanyi : Spider
Komposer : Tam
Lirik : Keon
Juara Lagu 2005 (AJL20)
Lagu : Gemilang
Penyanyi : Jaclyn Victor
Komposer : Aubrey Suwito
Lirik : Asmin Mudin
Juara Lagu 2006 (AJL21)
Lagu : Terlalu Istimewa
Penyanyi : Adibah Noor
Komposer : Azlan Abu Hassan
Lirik : Adibah Noor
Juara Lagu 2007 (AJL22)
Lagu : Itu Kamu
Penyanyi : Estranged
Komposer : Rich, Din Hormatov, Nor Hanafi, Azwan & Andy Malik
Lirik : Rich
Juara Lagu 2008 (AJL23)
Lagu : Lagu Untukmu
Penyanyi : Meet Uncle Hussain
Komposer : Taja, Tass & Lan
Lirik : Taja & Tass
Juara Lagu 2009 (AJL24)
Lagu : Pergi
Penyanyi : Aizat Amdan
Komposer : Pete Teo
Lirik : Amran Omar
Juara Lagu 2010 (AJL25)
Lagu : Tolong Ingatkan Aku
Penyanyi : Ana Raffali
Komposer : Ana Raffali
Lirik : Ana Raffali
Juara Lagu 2011 (AJL26)
Lagu : Awan Nano
Penyanyi : Hafiz Suip
Komposer : M. Nasir
Lirik : Budi Hekayat
Juara Lagu 2012 (AJL27)
Lagu : Terukir Di Bintang
Penyanyi : Yuna Zarai
Komposer : Yuna Zarai
Lirik : Yuna Zarai
Juara Lagu 2013 (AJL28)
Lagu : Bahagiamu Deritaku
Penyanyi : Hafiz Suip
Komposer : LY
Lirik : Baiduri
Juara Lagu 2014 (AJL29)
Lagu : Apa Khabar
Penyanyi : Joe Flizzow & Sonaone
Komposer : Naim Daniel
Lirik : Joe Flizzow
Juara Lagu 2015 (AJL30)
Lagu : Potret
Penyanyi : Akim & The Majistret
Komposer : Akim Ahmad & Hang Nadim
Lirik : Kamar Empayar
Juara Lagu 2016 (AJL31)
Lagu : Lelaki Teragung
Penyanyi : Dayang Nurfaizah
Komposer : Natasyah Ahmad
Lirik : Iman Imran
Juara Lagu 2017 (AJL32)
Lagu : Jampi
Penyanyi : Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong
Juara Lagu 2018 (AJL33)
Lagu : Haram
Penyanyi : Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong
Juara Lagu 2019 (AJL34)
Lagu : Sumpah
Penyanyi : Naim Daniel
Komposer : Omar Khan & Naim Daniel
Lirik : Naim Daniel
Juara Lagu 2020 (AJL35)
Lagu : Gila
Penyanyi : Kaka Azraff, Noki & Loca B
Komposer : Ezra Kong, Noki & Loca B
Lirik : Ezra Kong, Noki & Loca B
Juara Lagu 2021 (AJL36)
Lagu : Pelukan Angkasa
Penyanyi : SOG & Shila Amzah
Komposer : Raja Nazrin Shah
Lirik : Fazleena Hishamuddin
Juara Lagu 2022 (AJL37)
Lagu : Terus Hidup
Penyanyi : Aina Abdul
Komposer : Aina Abdul
Lirik : Abdul
Juara Lagu 2023 (AJL38)
Lagu : Hasrat
Penyanyi : Amir Jahari
Komposer : Amir Jahari
Lirik : Amir Jahari
Juara Lagu 2024 (AJL39)
Lagu :
Penyanyi :
Komposer :
Lirik :
Siapakah pula yang akan memenang dan merangkul gelaran juara bagi Anugerah Juara Lagu 2024 (AJL39)? Bakal terjawab akan datang.