Selepas bertemu Vietnam, pastinya ramai yang ingin menyaksikan sekali lagi aksi pasukan revolusi Harimau Malaya. Kali ini mereka turun dalam perlawanan persahabatan yang mempertemukan Malaysia vs Singapura.
Pertemuan ini merupakan kali yang ke-84 bagi kedua-dua pasukan sejak tahun 1984. Daripada itu, menerusi statistik daripada olasukan, Malaysia telah menang 32 kali, seri 23 kali dan tewas 28 kali.
Jadi selepas ini, adakah statistik ini akan menyebelahi pasukan negara berikutan prestasi semasa pasukan kebangsaan yang sangat luar biasa. Atau Singapura ada kuku yang disimpan dan bakal dikeluarkan nanti?
Dalam tempoh yang sama juga, saingan Liga Malaysia akan berhenti untuk tempoh 2 minggu bagi memberi ruang bagi aksi bola sepak antarabangsa melibatkan pasukan-pasukan kebangsaan.
Malaysia pastinya juga tidak sabar untuk turun beraksi dalam perlawanan ini. Ketua Jurulatih, Peter Cklamovski akan terus mempersiapkan barisan pemain Harimau Malaya yang terbaik bagi aksi Kelayakan Piala Asia seterusnya nanti.
Perlawanan persahabatan ini berlangsung dalam kalendar FIFA. Jadi setiap kemenangan adalah penting bagi pasukan negara untuk memperbaiki ranking dunia. Menang peroleh 3.86 mata, seri tolak 1.14 dan jika tewas tolak 6.14.
Selain daripada perlawanan ini, pasukan Harimau Malaya turut akan menentang Palestin untuk aksi kedua persahabatan. Ianya dijadualkan akan berlangsung pada 8 September (Isnin) depan.

Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Singapura
Seperti yang diumumkan FAM, lebih 10,000 tiket kini terjual untuk perlawanan pertama yang dilangsunkan di Stadium Nasional Bukit Jalil ini. Jangan lepaskan peluang untuk penuhkan stadium. Dapatkan tiket secara online di www.tickethotline.com.my.
Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, jangan risau. Perlawanan antara Malaysia vs Singapura ini turut akan disiarkan secara langsung di kaca tv dan boleh tonton di rumah.
Siaran langsung menerusi saluran Astro Arena 2 (802) dan Arena Bola (803). Turut juga disiarkan secaral live streaming di aplikasi Sooka dan Astro Go khusus untuk pengguna Astro.
Tiada tayangan di RTM, tetapi ianya turut disiarkan di TVSarawak atau TVS. Pengguna Astro dan MYTV boleh saksikan menerusi saluran 122. Untuk tonton online secara percuma, boleh strim di www.mana2.my.
Keputusan Perlawanan
FT : Malaysia (2) – (1) Singapura
- Stuart Wilkin 27′
- Joao Figueiredo 54′
- Ilhan Fandi 72′
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Bukit Jalil
TV : Arena Bola 803 & TVS
Live Streaming : mana2.my & Sooka