Koleksi Contoh Ucapan Hari Malaysia Tahun 2024 & Pantun Menarik

By aiman

Published on:

ucapan hari malaysia

Sampaikan Ucapan Hari Malaysia antara perkara yang anda boleh lakukan pada Hari Malaysia Ke-61 bagi tahun 2024 ini untuk menyemarakkan lagi rasa cinta akan tanah air sepanjang bulan yang bersejarah ini.

Selain daripada Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan yang disambut pada 31 Ogos, Hari Malaysia, yang disambut pada 16 September setiap tahun ini juga, merupakan satu tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah negara kita.

BACA JUGA : Contoh Ucapan Hari Merdeka Ke-67 Tahun 2024

Hari ini bukan sahaja memperingati pembentukan Malaysia pada tahun 1963, apabila Sabah, Sarawak, dan Singapura (sebelum pemisahan) bersatu dengan Persekutuan Tanah Melayu, tetapi juga menonjolkan semangat perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum.

Ia melambangkan usaha keras serta kerjasama erat antara pemimpin dan rakyat yang berjuang untuk mencapai perpaduan dan kemakmuran bersama selepas meraih kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang juga satu peristiwa penting negara.

Dalam era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini, Hari Malaysia mengingatkan kita betapa pentingnya mengekalkan kestabilan, keharmonian, dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Meskipun kita berbeza dari segi agama, bangsa, budaya, dan bahasa, semangat ‘Muhibbah’ yang ditanam sejak zaman nenek moyang kita telah berjaya membentuk sebuah negara yang kuat dan makmur.

Setiap rakyat memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan negara yang harmoni, dan Hari Malaysia adalah detik terbaik untuk kita menyemarakkan semangat tersebut.

Hari Malaysia Ke-61 Tahun 2024

Pada tahun 2024, kita menyambut Hari Malaysia yang ke-61 iaitu pada 16 September bersamaan pada hari Isnin. Tahun ini, kerajaan telah menetapkan logo dan tema sama seperti pada Hari Kebangsaan iaitu ‘Malaysia Madani, Jiwa Merdeka’.

Advertisements

Pada hari tersebut juga merupakan cuti umum bagi seluruh negeri di Malaysia. Dalam masa yang sama juga, sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan akan berlangsung di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.

BACA JUGA : Download Logo Hari Malaysia Tahun 2024

Contoh Ucapan Hari Malaysia Tahun 2024

Berikut merupakan antara contoh-contoh ucapan Hari Malaysia yang anda boleh gunakan untuk tahun 2024. Kongsikan rasa semangat kecintaan anda kepada negara di laman-laman sosial media seperti facebook, tiktok, instagram, X (twitter) dan sebagainya.

Ucapan Hari Malaysia 1

Selamat menyambut Hari Malaysia 2024. Semoga negara kita terus maju, aman, dan bersatu padu untuk generasi akan datang.

Ucapan Hari Malaysia 2

“Selamat Hari Malaysia 2024! Semoga semangat perpaduan dan keharmonian antara kita terus utuh demi masa depan yang lebih cerah. Malaysia di hati kita!”

Ucapan Hari Malaysia 3

“Hari Malaysia bukan sekadar peringatan sejarah, tetapi simbol kekuatan perpaduan kita. Mari terus bersatu untuk Malaysia yang lebih gemilang. Selamat Hari Malaysia 2024!”

Ucapan Hari Malaysia 4

Hari Malaysia yang diraikan setiap tahun tanggal 16 September merupakan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Walau di mana kita berapa, ucapan Selamat Hari Malaysia adalah tanda ingatan buat negara yang kita cintai.

Selamat Hari Malaysia 2024

Ucapan Hari Malaysia 5

Setulus ucapan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semoga tanah air kita terus aman, maju dan jaya.
Hidup Malaysia, Merdeka Malaysia!
Dirgahayu Malaysiaku!

Ucapan Hari Malaysia 6

Selamat Hari Malaysia 2024! Semoga kita semua sentiasa bersatu hati, tanpa mengira bangsa dan agama, demi perpaduan, kemajuan dan kemakmuran tanah air tercinta.

Ucapan Hari Malaysia 7

Hari Malaysia membawa kita kembali mengingati betapa berharganya sebuah perpaduan. Ayuh, teruskan semangat ini untuk membina masa depan yang lebih baik.

Selamat Hari Malaysia Ke-61

Ucapan Hari Malaysia 8

Kebanggaan kita pada Malaysia bukan hanya pada keindahan alamnya, tetapi juga pada perpaduan rakyatnya. Selamat menyambut Hari Malaysia Ke-61 dengan penuh bangga!

Ucapan Hari Malaysia 9

Setiap detik kita di Malaysia adalah anugerah. Sempena Hari Malaysia 2024, mari kita berazam untuk terus menyokong keamanan dan kemajuan negara tercinta.

Ucapan Hari Malaysia 10

Malaysia maju kerana rakyatnya bersatu. Pada Hari Malaysia ini, marilah kita semua berusaha bersama-sama untuk masa depan yang lebih cerah. Selamat Hari Malaysia 2024!

Ucapan Hari Malaysia 11

Hari Malaysia yang diraikan setiap 16 September merupakan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Walaupun di mana kita berada, pastinya ucapan Selamat Hari Malaysia sebagai tanda ingatan buat mereka yang cintakan tanah air ini. Selamat Hari Malaysia Ke-61!

Ucapan Hari Malaysia 12

Dari Sabah hingga ke Sarawak, dari Perlis hingga ke Johor, kita semua adalah Malaysia. Selamat Hari Malaysia 2024, semoga perpaduan kita terus kukuh seperti Gunung Kinabalu!

Ucapan Hari Malaysia 13

Malaysia ibarat kain tenunan yang penuh dengan warna-warni yang melambangkan bangsa, budaya, dan agama. Setiap benang menyumbang kepada keindahan negara ini. Selamat Hari Malaysia 2024. Malaysia Madani, Jiwa Merdeka

Ucapan Hari Malaysia 14

“Semangat Malaysia tiada tandingan! Dengan kekuatan rakyatnya, kita mampu mendepani apa jua cabaran. Selamat Hari Malaysia 2024 – hari kita meraikan kekuatan dalam kepelbagaian!”

Advertisements

Ucapan Hari Malaysia 15

“Hari Malaysia adalah hari kita. Bukan sekadar tentang sejarah, tetapi tentang masa depan yang kita bina bersama. Selamat Hari Malaysia 2024, semoga terus maju ke hadapan!”

Ucapan Hari Malaysia 16

“Malaysia bukan sekadar peta di dunia, ia adalah tanah air di hati kita semua. Selamat Hari Malaysia 2024 – marilah kita semua bangga menjadi sebahagian daripada cerita ini!”

Malaysia Day Wishes And Greetings

  • Happy Malaysia Day 2024! Let us celebrate the rich diversity that makes our nation strong. Together, we are the heartbeat of Malaysia!
  • Unity in diversity is our greatest strength. On this Malaysia Day, let’s continue to embrace our differences and move forward as one. Happy Malaysia Day!
  • Malaysia is more than just a country; it’s a family. On this special day, let’s celebrate the love and harmony that binds us together. Happy Malaysia Day 2024!
  • From the highest peaks to the deepest seas, Malaysia stands strong because of the unity of its people. Here’s to a future filled with prosperity and peace. Happy Malaysia Day!
  • Happy Malaysia Day 2024! May we continue to build bridges of understanding and cooperation, ensuring a bright future for generations to come.

Pantun Hari Malaysia Tahun 2024

Rakyat mengimpikan tanah air yang aman,
Yang tentunya sejahtera bebas bahaya,
Jauh perjalanan bertambah pengalaman,
Timbul kesedaran komuniti dan budaya.

Dari utara ke selatan, dari timur ke barat,
Ruang udaranya tiada dinding yang memisah,
Perjalanan membawa dari satu tempat ke satu tempat,
Masyarakat terhubung mencetus seribu kisah.

Negara Malaysia sudah merdeka,
Terkenal megah di seluruh dunia,
16 September Hari Malaysia,
Bersatulah hati kita semua.

Kera tercium bau setanggi,
Harum wangi seluruh belantara,
Bendera tetap dijulang tinggi,
Aman negara hidup sejahtera.

Jalur gemilang tanah airku,
Berkibar megah segenap penjuru,
Merah, putih, kuning dan biru,
Lambang perpadua bersatu padu.

Awan berarak di langit biru,
Gunung tinggi gagah berdiri,
Negara aman, rakyat bersatu,
Bersama melangkah menuju abadi.

Burung merpati terbang ke angkasa,
Hinggap di dahan pokok belimbing;
Enam puluh satu tahun Malaysia merdeka,
Bersatu hati rakyat kita berdinding.

Buah rambutan merah berseri,
Dipetik di kebun waktu pagi,
Berbilang kaum hidup harmoni,
Malaysia indah kita sayangi.

Menara KLCC menjulang tinggi,
Simbol negara maju berdaya;
Enam dekad kita telah lalui,
Terus membangun tiada kendala.

Semoga Hari Malaysia ini membawa lebih banyak kemakmuran dan kebahagiaan kepada kita semua. Semoga perpaduan yang diraih kini akan terus utuh dan bersatu hingga ke akhirnya. Selamat Hari Malaysia Ke-16 tahun 2024

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment