Bila tiba Bulan Kemerdekaan, pastinya kita ingin ketahui reka bentuk terbaru Logo Merdeka yang bakal digunakan sepanjang bulan bersejarah ini. Dalam masa yang sama, nak juga download dan gunakan untuk semarakkan lagi semangat kemerdekaan.
Logo dan tema sambutan memainkan peranan yang penting dalam menyuburkan semangat kebersamaan dalam menyambut Hari Kebangsaan termasuk juga Hari Malaysia yang disambut setiap tahun.
Tahun 2024, kita bakal menyambut Hari Merdeka yang ke-67. Sambutan setiap tahun pastinya akan menjadi lebih meriah berbanding pada sebelum-sebelumnya. Sepanjang bulan Ogos ini, sebarkanlah ucapan Merdeka dan kongsikan perkara-perkara patriotik kepada semua.
Logo Dan Tema Hari Merdeka Ke-67 Tahun 2024
Untuk logo Tahun 2024, pihak Kerajaan telah mengumumkan dimana mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya iaitu logo ‘Malaysia Madani’. Logo Merdeka ini juga bakal digunakan untuk Hari Malaysia yang disambut pada 16 September.
Manakala tema pada tahun ini adalah Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka. Secara amnya, ia melambangkan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati diri.
Penjelasan Logo
Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi untuk Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka dan juga Hari malaysia pada tahun ini.
Pemilihan logo Merdeka ini adalah kerana reka bentuk logo ini yang berteraskan Malaysia Madani dan Menghailkan corak simbolik tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikar Rukun Negara.
Logo ini mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.
Penjelasan Tema
Malaysia MADANI merupakan tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan negara Malaysia melalui dukungan enam (6) nilai teras utama.
Jiwa Merdeka adalah penzahiran kepada kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotisme dan cinta negara melalui pelbagai cara meliputi aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk satu kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni dan progresif.
Cara Download Logo Hari Merdeka (High Quality)
Sempena Bulan Kebangsaan ini, anda boleh dapatkan logo Merdeka terbaru yang ke-67 untuk tahun 2024. Anda boleh download secara percuma dengan format High Quality samada .pdf, .png atau .ai
Selain itu, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi bahan promosi seperti video, poster program sepanjang bulan Kemerdekaan ini di www.merdeka360.my, gambar-gambar dan sebagainya. Anda boleh guna dan sebarkan kepada orang ramai.