Senarai Contoh Ucapan Hari Merdeka Ke-67 Bagi Tahun 2024 (Hari Kebangsaan)

By aiman

Published on:

contoh ucapan hari merdeka

Dalam artikel ini, kami kongsikan senarai dengan contoh ucapan Hari Merdeka ke-67 yang penuh makna dan berinspirasi pada tahun 2024 bagi membolehkan anda menggunakan untuk menyemarakkan lagi aura Kemerdekaan kali ini.

Perkongsian ucapan Hari Merdeka merupakan salah satu cara untuk kita menzahirkan rasa cinta dan semangat patriostme kepada negara. Tidak kira siapa pun kita, tapi merupakan anak Malaysia, ucapan yang disampaikan ini pasti dapat menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan.

BACA JUGA :

Jom kita tengok beberapa contoh ucapan Merdeka ke-67 yang menarik dan bermakna untuk anda gunakan sempena bulan Kemerdekaan ini.

Hari Merdeka Di Malaysia

Hari Merdeka, atau Hari Kebangsaan, yang mana ianya disambut setiap tahun pada 31 Ogos untuk memperingati hari kemerdekaan Malaysia bebas daripada penjajahan British pada tahun 1957.

Ia adalah satu hari yang dipenuhi dengan semangat patriotik dalam diri setiap rakyat Malaysia, tidak kira dari pelbagai latar belakang dan budaya berkumpul untuk meraikan hari yang bersejarah ini.

Hari Kemerdekaan Ke-67 Tahun 2024 & Tema

Untuk tahun 2024, kita rakyat malaysia bakal menyambut Hari Merdeka yang ke-67 iaitu pada 31 Ogos 2024, bersamaan pada hari Sabtu. Oleh itu, ambang Merdeka jatuh pada 30 Ogos, malam sebelumnya iaitu hari Jumaat.

Tahun ini, kerajaan telah menetapkan tema Hari Kebangsaa Ke-67 iaitu ‘Malaysia Madani Jiwa Merdeka’ yang mana turut digunakan pada 16 September nanti sempena Hari Malaysia Ke-61. Logo Merdeka adalah seperti dibawah:

Contoh Ucapan Hari Merdeka Ke-67 Tahun 2024 Dan Pantun Merdeka

Ucapan Hari Merdeka bukan sekadar ucapan biasa. Ia adalah satu platform untuk berkongsikan rasa cinta kepada negara. Dengan itu juga, anda boleh kongsikan di laman media sosial anda seperti facebook, twitter, tiktok dan instagram juga.

Ucapan Hari Merdeka 1

Selamat menyambut Hari Merdeka yang ke-67 buat negaraku Malaysia tercinta. Semoga negara kita terus aman, makmur dan bersatu padu.

Advertisements

Ucapan Hari Merdeka 2

Selamat Hari Kebangsaa Ke-67

Hayatilah erti kemerdekaan. Eratkan perpaduan di antara ita dalam bentuk Malaysia yang aman dan harmoni.

Ucapan Hari Merdeka 3

ada hari istimewa ini, marilah kita semua bersama-sama meraikan semangat perpaduan, kepelbagaian dan kemajuan yang telah dicapai oleh negara yang kita cintai.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67. Malaysia Madani Jiwa Merdeka.

Ucapan Hari Merdeka 4

Salam Kemerdekaan buat seluruh rakyat malaysia.

Genap 67 tahun tanah air kita mengecapi kemerdekaan. Semoga semangat kemerdekaan terus tertanam dan berkobar di dalam jiwa seluruh anak bangsa.

Ucapan Hari Merdeka 5

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Ucapan Hari Merdeka 6

Hari ini kita boleh menikmati kebebasan dan kemerdekaan, menikmati keselesaan dan hak yang diberikan kepada kita sebagai warganegara… Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67.

Ucapan Hari Merdeka 7

Dalam perpaduan, kita wujudkan keamanan. Dalam keamanan, kita wujudkan keharmonian. Dalam keharmonian, kita wujudkan sebuah kesejahteraan. Selamat Hari Kebangsaan.

Ucapan Hari Merdeka 8

Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah kita kecapai selama ini. Selamat Hari Merdeka Ke-67.

Ucapan Hari Merdeka 9

Hari ini kita berpeluang lagi untuk menikmati kebebasan, ketenteraman dan hidup secara harmoni. Bangun pagi dan dapat menghirup udara segar dengan damai adalah sesuatu yang perlu kita hargai.

Ucapan Hari Merdeka 10

Bebaskan diri daripada penjajahan yang bersifat negatif baik dari segi mental dan fizikal. Majukan diri dan keluarga ke atas yang yang lebih baik. Salam Kemerdekaan Ke-67.

Ucapan Hari Merdeka 11

Perbezaan agam dan bangsa tidak menghalang kesatuan hati rakyat Malaysia. Tanamkan sikap perpaduan dan kecintaan kepada tanah air yang Merdeka. Selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-67 kepada semua.

Ucapan Hari Merdeka 12

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 67

Hayatilah pengorbanan dan pupuklah semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing- masing agar kita tetap kenang pengorbanan nenek moyang dalam membebaskan tanah air daripada penjajah.

Ucapan Hari Merdeka 13

Marilah kita sama-sama mengingati jasa dan semangat para pejuang yang telah berkorban demi kebebebasan negara kita. Selamat Hari Merdeka!

Ucapan Hari Merdeka 14

Selamat Hari Merdeka! Sebagai generasi muda, kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa semangat kemerdekaan ini terus mekar dalam sanubari kita semua

Ucapan Hari Merdeka 15

Marilah kita bersama-sama menghargai kemerdekaan ini dengan terus mendidik anak bangsa untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan cinta akan negara.

Ucapan Hari Merdeka 16

Kenanglah kembali perjuangan nenek moyang kita yang telah berkorban jiwa dan raga demi kemerdekaan tanah air. Selamat Hari Kebangsaan Ke-67.

Ucapan Hari Merdeka 17

Marilah kita terus berusaha untuk memelihara keamanan, keharmonian dan perpaduan yang telah kita kecapi. Semoga Hari Merdeka ini menjadi titik permulaan untuk kita semua melangkah ke hadapan dengan semangat yang lebih jitu demi Malaysia yang lebih gemilang

Ucapan Hari Merdeka 18

Selagi kita Keluarga Malaysia dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan negara, kita semua adalah hero. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-67

Advertisements

Ucapan Hari Merdeka 19

Selamat menyambut Hari Merdeka ke-67! Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

Ucapan Hari Merdeka 20

Selamat menyambut Hari Merdeka ke-67 kepada semua rakyat Malaysia. Pada hari ini, marilah kita bersyukur atas nikmat kemerdekaan dan berusaha untuk memelihara perpaduan dan keharmonian negara kita. Semoga Malaysia terus maju dan makmur. Selamat Hari Merdeka!

Best Merdeka Wishes And Greetings

  1. Today, we have the freedom and independence we desire, as well as the conveniences and rights that come with being a citizen. My dear, I wish you a very happy Independence Day.
  2. It’s a day to cheer as the 31th of August is finally here. All of us may be different, in many regards, but we all stand on the same ground, same nation, same freedom, same dreams wished upon.
  3. Today we can enjoy freedom and independence, enjoy the comforts and rights we are given as a citizen…. Wishing you a very Happy Malaysia Independence Day my dear
  4. Let’s pay tribute to the brave heroes who have made us the mightiest nation and the proudest of all humans. I hope the splendor of today serves as your motivation for tomorrow.
  5. Let’s band together to advance the cause of our wonderful country. Happy 2024 National Day of Malaysia, Hari Merdeka!
  6. Let us all unite in heart and voice to maintain the peace and prosperity of our country. May the spirit of Merdeka continue to burn brightly in the hearts of every Malaysian. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
  7. Happy 67th Independence Day to all Malaysians. Today, let us be grateful for the blessing of independence and strive to uphold the unity and harmony of our nation. May Malaysia continue to prosper and thrive. Happy Independence Day!
  8. Happy Independence Day to everyone! May our country always be blessed with peace and prosperity. Merdeka!
  9. Happy Independence Day, Malaysia! Let’s keep the spirit of unity and harmony alive. Merdeka!
  10. Sending my best wishes to all Malaysians on this special day. May the spirit of Merdeka always be with us. Happy Independence Day!

Contoh Pantun Merdeka Tahun 2024

Pantun Hari Merdeka 1

Dalam sejarah Malaysia tercinta,
Banyak nyawa telah terkorban,
Kemerdekaan ini amat bermakna,
Lagu merdeka menjadi kebangaan.

Pantun Hari Merdeka 2

Di desa mahupun di kota,
Bersatu hati semua bangsa,
Kerana cinta akan negara,
Kembali merdeka dikibar bersama.

Pantun Hari Merdeka 3

Dalam Malaysia seiring bersama,
Berbilang bangsa juga agama,
Kekalkan perpaduan, buat selama-lama,
Lantaran Malaysia dipandang dunia

Pantun Hari Merdeka 4

Dari Kedah ke Kota Melaka,
Singgah di Taiping Menjamu Laksa,
Tidakkan luntur semangat merdeka,
Perjuangan pahlawan kekal sentiasa.

Pantun Hari Merdeka 5

Aman dan harmoni tuhan kurniakan,
Masyarakat majmuk hidup berjiran,
Jalur gemilang kita kibarkan,
Semarakkan bersama bulan kemerdekaan.

Pantun Hari Merdeka 6

Beribu batu orang berkelana,
Jangan pula dirunding keperitan,
31 Ogos peristiwa bermakna,
Laungan merdeka jadi kebangaan,

Pantun Hari Merdeka 7

Di Malaysia berbilang bangsa,
Bukan satu, bukan dua,
Kibarkan jalur gemilang bersama,
Lambang sepakat aman sentosa.

Pantun Hari Merdeka 8

Daun ketumbar, penyedap rasa,
Buat santapan si anak jelitan,
Kaum Malaysia berbudi bahasa,
Lambang perpaduan, negara tercinta.

Pantun Hari Merdeka 9

Dari Seremban pergi ke Melaka,
Singgah sekejab ke warung Pak Musa,
Sudah 67 tahun Malaysia merdeka,
Hidup aman damat sentiasa.

Pantun Hari Merdeka 10

Jalur Gemilang bendera Malaysia,
Megah berkibar setiap hari,
Selalunya kita berdoa kepadaNya,
Supaya Malaysia terus aman harmoni.

SELAMAT HARI MERDEKA KE-67! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment