Pantun Merdeka antara salah satu bentuk ucapan yang anda boleh ungkapkan bila tibanya Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan. Sekali gus, dapat meningkatkan kemeriahan bulan yang bersejarah ini.
Inilah kelebihan yang ada di Malaysia, kita kaya dengan seni dan pantun merupakan salah satu seni yang masih digunakan sehingga sekarang. Memberikan keunikan kepada rakyat Malaysia apabila ingin menyampaikan pesanan.
Jadi apa salahnya, sempena Hari Merdeka ke-67 kali ini, selain daripada ucapan dengan ungkapan atau dalam bentuk video dan poster, kita gunakan juga ucapan dalam bentuk pantun. Pastinya nampak lebih meriah kan.
BACA JUGA : Contoh Senarai Ucapan Hari Merdeka Menarik Untuk Anda Gunakan
Sebenarnya, pantun-pantun ini juga anda boleh letakkan dalam poster Merdeka anda dan juga dalam video-video yang anda hasilkan. Bagi ucapan patriotisme dan diselitkan dengan pantun melayu sekali.
Koleksi Dan Contoh Pantun Merdeka Tahun 2024
Jadi disini, kami kongsikan 20 contoh-contoh Pantun Merdeka yang anda boleh gunakan sempena bulan Kemerdekaan ini.
Pantun Merdeka 1
Bunga Raya mekar berseri,
Harumnya semerbak mengihas taman,
Merdeka Malaysia terus dihormati,
Warisan bangsa kita pertahankan.
Pantun Merdeka 2
Bunga melut putih berseri,
Haruman mewangi sepanjang masa,
Bersama kita berusaha lagi,
Mempertahan sejarah, kekal sejahtera.
Pantun Merdeka 3
Keris dihunus pejuang berani,
Semangat juang tiada henti,
Merdeka dicapai dengan gigih sekali,
Malaysia kekal aman abadi.
Pantun Merdeka 4
Pohon kelapa tegak berdiri,
Buahnya lebat jatuh ke bumi,
Merdeka kita aman berseri,
Jalur Gemilang megah menyeri
Pantun Merdeka 5
Gunung Kinabalu tinggi sekali,
Menyentuh awan penuh berani,
Merdeka disambut seluruh negeri,
Malaysia sejahtera kekal Harmoni
Pantun Merdeka 6
Laungan Merdeka suara keramat,
Ribuan hadir pelbagai bangsa,
Malaysia kini negara berdaulat,
Semangat berjuang penuh perkasa.
Pantun Kemerdekaan 7
67 tahun telah berlalu,
Negara kita mencapai Merdeka,
Rakyat Malaysia berganding bahu,
Menjaga keharmonian negara tercinta.
Pantun Kemerdekaan 8
Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai,
67 tahun kita Merdeka,
Rakyat hidup aman damai.
Pantun Kemerdekaan 9
Sungai mengalir di celah batu,
Alirannya deras menuju muara,
Bersatu kita tanpa ragu,
Membangun negara penuh sejahtera.
Pantun Kemerdekaan 10
Setiap tahun menyambut merdeka,
Jalur gemilang berkibat megah,
Sejarah negara jangan di lupa,
Beratus tahun kita di jajah.
Pantun Kemerdekaan 11
Pergi ke kedai membeli cuka,
Cuka dibeli buat masakan,
Malaysia Madani Jiwa Merdeka,
Itulah tema hari Kemerdekaan.
Pantun Kemerdekaan 12
Lagu Negaraku lagu kebangsaan,
Dihafal dan diingati oleh semua,
Tugu Negara lambang pengorbanan,
Pembakar semangat kepada semua
Pantun Kemerdekaan 13
Dari Kelantan ke negeri Melaka,
Singgah berehat di Pekan Kuantan,
Sudah 67 tahun Malaysia Merdeka,
Hidup aman tiada keperitan.
Pantun Kemerdekaan 14
Lukisan seni hati tertambat,
Corak memikat warna pilihan,
Malaysia Madani gagasan hebat,
Membina masyarakat tinggi peradaban.
Pantun Kemerdekaan 15
Manis senyuman melanjut usia,
Bahagia dicipta terpancar di muka,
Kita semua keluarga Malaysia,
Bersama kita sambut Merdeka.
Pantun Kemerdekaan 16
Bunga raya merah di taman,
Indah berseri di pagi raya,
Malaysia madani kita zahirkan,
Jiwa Merdeka teguh berdiri
Pantun Merdeka 17
Aman bahagia rakyat sejahtera,
Rakyat sepakat membawa perpaduan,
Pelbagai kaum mewarnai Malaysia,
Malaysia megah di puncak kejayaan.
Pantun Merdeka 18
Sambutan Merdeka berulang lagi,
Saban tahun ia kembali,
Keranamu Malaysia aku disini,
Menabut bakti, ibu pertiwi.
Pantun Merdeka 19
Anak bangsa dibawah titi,
Burung punai di pokok nangka,
Serumpun bangsa bersatu hati,
Rukun damai jiwa merdeka.
Pantun Merdeka 20
Menyeluk pekasam ke pangkal lengan,
Dibawa berdagang atas bahtera,
Malaysia Madani jadi pegangan,
Jiwa Merdeka, rakyat sejahtera.
Sumber : aimanabdullah.com