Setiap kali selesai perlawanan melibatkan pasukan Malaysia pastinya ramai yang tertunggu-tunggu adakah ranking FIFA bola sepak akan naik jika ada kemenangan yang dicapai dan sebaliknya jika keputusan tidak memihak kepada pasukan Harimau Malaya.
Ramai yang boleh buat kira-kira jika ada keputusan menang, seri mahupun kalah. Tetapi pengumuman rasmi tetap akan diumumkan oleh FIFA dalam tempoh yang telah ditetapkan dan ianya bukan diumumkan setiap kali aksi persahabatan berlangsung.
Harimau Malaya kini tampaknya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jika dilihat daripada persembahan-persembahan sebelum ini, banyak kemajuan yang dicapai sehinggalah yang terbaru adalah layak secara merit ke Piala Asia 2023 yang lalu.
Setiap perlawanan bola sepak kini sangat penting terutamanya persahabatan tier 1 kerana ianya menjanjikan mata. Jika menang menghadapi lawan, sedikit sebanyak akan memperbaiki kedudukan ranking FIFA semasa.
Jika kedudukan lebih tinggi, ini memberikan gambaran awal, pasukan tersebut memiliki skuad yang lebih baik. Dan paling penting, jika ranking tinggi, pasukan Malaysia boleh la buat friendly match dengan pasukan yang lebih kuat selepas ini.

Ranking Dunia FIFA Untuk Pasukan Bola Sepak Malaysia Untuk Tahun 2025
Terbaru adalah menerusi satu perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Cape Verde dan satu lagi adalah perlawanan dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 menentang pasukan Vietnam.
BACA JUGA : Apa Beza Perlawanan Persahabatan Tier 1 Dan Tier 2
Sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Asia, skuad Harimau Malaya berdepan pasukan benua Afrika, Cape Verde untuk perlawanan persahabatan. Dalam perlawanan tersebut, Malaysia berjaya meraih keputusan seri 1-1.
Kemudian pada Jun, barulah perlawanan sebenar berlangsung ketika bermain di Bukit Jalil bertemu Vietnam. Dengan kehadiran sehingga 5 pemain warisan yang baru ketika itu, Malaysia berjaya menang besar ke atas Vietnam dengan keputusan 4 gol tanpa balas.
Dengan perlawanan tersebut, seperti kemaskini terbaru daripada FIFA pada 10 Julai 2025, Malaysia kini menduduki tangga ke-125 dunia iaitu naik 5 anak tangga daripada sebelumnya di tangga ke-131.
| Kedudukan | Negara | Mata | 
|---|---|---|
| 121 | Niger | 1148.22 | 
| 122 | Azerbaijan | 1148 | 
| 123 | The Gambia | 1141.36 | 
| 124 | Sierra Leone | 1140.06 | 
| 125 | Malaysia | 1138.48 | 
| 126 | Estonia | 1131.33 | 
| 127 | Rwanda | 1125.47 | 
| 128 | Cyprus | 1124.36 | 
| 129 | Malawi | 1121.1 | 
Untuk rekod, ranking dunia FIFA terbaik yang pernah dikecapi Malaysia adalah di tangga 78, manakala yang terburuk adalah di tangga 178.
Ranking FIFA Negara-Negara Asia Termasuk Malaysia
Jika dilihat dalam ranking untuk negara-negara Asia (AFC), Malaysia kini berada di tangga ke-23 terbaik.
| FIFA | ASIA | Negara | Mata | 
|---|---|---|---|
| 112 | 19 | Lebanon | 1172.44 | 
| 113 | 20 | Vietnam | 1169.92 | 
| 118 | 21 | Indonesia | 1154.55 | 
| 119 | 22 | Korea Utara | 1151.05 | 
| 125 | 23 | Malaysia | 1138.48 | 
| 133 | 24 | India | 1113.22 | 
| 138 | 25 | Kuwait | 1098.87 | 
| 140 | 26 | Turkmenistan | 1092.4 | 
| 145 | 27 | Filipina | 1066.35 | 
Ranking FIFA Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) Termasuk Malaysia
Jika dilihat dalam ranking untuk negara-negara Asia Tenggara (AFF), Malaysia kini berada di tangga ke-4 terbaik
| FIFA | ASEAN | Negara | Mata | 
|---|---|---|---|
| 102 | 1 | Thailand | 1222.07 | 
| 113 | 2 | Vietnam | 1169.92 | 
| 118 | 3 | Indonesia | 1154.55 | 
| 119 | 4 | Malaysia | 1138.48 | 
| 145 | 5 | Filipina | 1066.35 | 
| 159 | 6 | Singapura | 1017.29 | 
| 160 | 7 | Myanmar | 1004.06 | 
| 180 | 8 | Kemboja | 910.21 | 
| 183 | 9 | Brunei | 900.62 | 
| 185 | 10 | Laos | 890.35 | 
*Semua kedudukan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Sumber : FIFA









