Jika anda perasan, dalam aksi persahabatan bola sepak kebangsaan ada Tier 1 dan Tier 2. Apakah beza perlawanan persahabatan antarabangsa untuk kedua-dua tahap ini? Ada perbezaan atau ianya sekadar nama sahaja?
Dalam dunia bola sepak antarabangsa, perlawanan persahabatan sering dijalankan untuk memberi peluang kepada pasukan kebangsaan mengasah kemampuan mereka sebelum kejohanan besar yang dianjurkan oleh FIFA.
Namun, tidak semua perlawanan persahabatan ini setaraf. Salah satu konsep yang penting untuk difahami ialah perbezaan antara perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 dan Tier 2.
Ini kerana kedua-dua kategori ini memberikan impak yang berbeza kepada pasukan dari segi pengalaman dan ranking FIFA. Jadi, apakah sebenarnya beza perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 dan Tier 2?
Definisi Tier 1 dan Tier 2
Perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 merujuk kepada perlawanan yang melibatkan dua pasukan kebangsaan yang terletak dalam kategori ranking FIFA yang tinggi atau yang sering menyertai kejohanan besar seperti Piala Dunia atau Piala Asia. Dalam erti kata lain, ini adalah perlawanan antara pasukan yang berada di peringkat elit dunia.
Sebaliknya, perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2 melibatkan pasukan yang berada di luar kategori elit, yang biasanya dari ranking FIFA yang lebih rendah atau mungkin pasukan kelab negera tersebut.
Beza Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 Dan Tier 2
Berikut merupakan antara perbezaan perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 dan Tier 2 untuk lebih mudah fahami :
Tier 1:
- Merupakan perlawanan yang diiktiraf oleh FIFA.
- Pasukan yang terlibat biasanya terdiri daripada negara-negara yang tergolong dalam ranking FIFA yang lebih tinggi.
- Hasil perlawanan ini akan mempengaruhi ranking FIFA sesebuah pasukan.
- Berlangsung dalam kalendar FIFA
- Perlawanan diadakan dengan penuh protokol seperti yang ditetapkan oleh FIFA, termasuk kehadiran pengadil FIFA dan laporan rasmi kepada badan induk bola sepak tersebut
Tier 2:
- Merupakan perlawanan yang tidak diiktiraf oleh FIFA atau berstatus lebih rendah.
- Pasukan yang terlibat mungkin dari negara-negara dengan ranking yang lebih rendah atau pasukan B (bukan pasukan utama) sesebuah negara atau pasukan kelab bola sepak
- Berlaku luar daripada kalendar FIFA
- Hasil perlawanan tidak akan mempengaruhi ranking FIFA.
- Biasanya, ia dianggap sebagai platform untuk menguji pemain baru atau meningkatkan kemahiran pasukan tanpa tekanan hasil ranking.
Kesan Terhadap Ranking FIFA
Salah satu perbezaan ketara antara kedua-dua jenis perlawanan ini adalah kesannya terhadap ranking FIFA. Perlawanan persahabatan Tier 1 biasanya memberikan lebih banyak mata kepada pasukan yang menang, kerana ia dianggap lebih kompetitif.
Ini berlaku kerana pasukan yang bertanding berada dalam ranking yang lebih tinggi, dan kemenangan ke atas pasukan yang lebih kuat akan meningkatkan ranking dengan lebih ketara.
Sebaliknya, perlawanan persahabatan Tier 2 memberikan impak yang lebih kecil kepada ranking FIFA atau tidak mempengaruhi langsung. Ini kerana pasukan yang terlibat biasanya berada di kedudukan yang lebih rendah dan kurang kompetitif.
Namun, ia tetap memberi faedah kepada pasukan untuk mengukur kekuatan mereka dan membina keyakinan sebelum menghadapi pasukan yang lebih kuat.
Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 Pastinya Lebih Penting
Untuk skuad Harimau Malaya, pastinya perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 sangat penting. Ini kerana, jika ingin memperbaiki kedudukan rangking FIFA, ianya sangat perlu untuk mengumpul mata tersebut.
Sebagai contoh lawan yang pernah bertemu untuk tahan Tier 1 seperti menentang Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina, Oman, Kygyzstan, Chinese Taipei, Korea Selatan, Tajikistan dan terbaru untuk tahun 2024 menentang New Zealand.
Manakala, untuk perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2 adalah seperti menentang pasukan kelab daripada liga New Zealand atau pasukan daripada Liga Super sendiri. Ianya bertujuan untuk persiapan pasukan dan tiada mara rangking ditawarkan.
Walaupun begitu, kedua-dua jenis perlawanan ini masih memainkan peranan penting dalam perkembangan pasukan kebangsaan dimana bergantung kepada matlamat mereka. Untuk rangking FIFA atau untuk persiapan pasukan.