Barisan pemain skuad Malaysia kini sudah secara rasmi diumumkan bagi mengharungi edisi sulung kejohanan FIFA ASEAN Cup 2026. Perlawanan yang bakal menentukan pasukan mana yang terhebat di Asia Tenggara.
Seramai 23 pemain telah dipanggil oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe bagi berhadapan dengan 3 pasukan di peringkat kumpulan iaitu Indonesia, Singapura dan Bangladesh apabila telah diundi dalam Kumpulan A bagi aksi Divisyen 1.
Skuad Harimau Malaya yang terkini telah berlaku sedikit perubahan. Pada awalnya, 3 pemain iaitu Sergio Aguero, Romel Morales dan Faris Danish Asrul berada dalam skuad utama, akan tetapi terpaksa disisihkan akibat kecederaan.
Disebabkan itulah, FAM telah mengeluarkan senarai rasmi skuad Malaysia yang mana pemain-pemain tersebut diganti oleh Harith Haiqal bersama Syahir Bashah dan Paulo Josue.
Senarai Pemain Skuad Malaysia Di Kejohanan FIFA ASEAN Cup 2026
Berikut merupakan 23 pemain untuk skuad Malaysia bagi mengharungi kejohanan FIFA ASEAN Cup 2026 yang berlangsung dari 21 September hingga 6 Oktober 2026.
Penjaga Gol
- Syihan Hazmi
- Azri Ghani
- Haziq Nadzli
Pertahanan
- Brad Tapp
- Corbin-Ong
- Daniel Ting
- Dion Cools
- Harith Haiqal
- Quentin Cheng
- Syahmi Safari
- Ubaidullah Shamsul
Pemain Tengah
- Hong Wan
- Manuel Hidalgo
- Nazmi Faiz
- Nooa Laine
- Stuart Wilkin
- Syahir Bashah
Penyerang
- Arif Aiman
- Bergson Da Silva
- Faisal Halim
- Fergus Tierney
- G. Pavithran
- Paulo Jusue
Jadual Perlawanan Malaysia Sepanjang Kejohanan
Malaysia yang bermain untuk aksi Divisyen 1 dalam kejohanan FIFA ASEAN Cup 2026 akan mengharungi 3 perlawanan di peringkat kumpulan yang mana ianya akan berlangsung di Indonesia selaku tuan rumah.
Skuad Harimau Malaya akan bertemu Bangladesh di perlawanan pembukaan pada 25 September 2026 (Jumaat) dengan waktu sepak mula adalah pada pukul 5.00 petang waktu Malaysia.
Manakala perlawanan kedua, Malaysia akan bertemu dengan pasukan tuan rumah, Indonesia yang bakal berlangsung pada 28 September 2026 (Isnin) pada jam 8.30 malam (MY).
Singapura menjadi pasukan terakhir untuk pasukan negara beraksi dalam peringkat kumpulan. Berlangsung pada 1 Oktober 2026 (Khamis), pukul 8.30 malam.
Juara bagi Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertemu di final pada 5 Oktober 2026, jam 9.00 malam. Manakala naib juara bagi setiap kumpulan akan berebut tempat ketiga dalam perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada hari yang sama pada waktu petang.












