Selamat Tahun Baru 2025! Sambutan tahun baru sentiasa menjadi momen istimewa untuk meluahkan harapan, doa, dan ucapan kepada keluarga, rakan, serta kenalan.
Dalam suasana penuh kegembiraan ini, ucapan selamat tahun baru sering kali menjadi cara terbaik untuk menyampaikan mesej positif dan membina hubungan yang lebih erat antara satu sama lain.
Artikel ini bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada anda dengan koleksi contoh ucapan Selamat Tahun Baru 2025 yang sesuai untuk pelbagai situasi.
BACA JUGA : Contoh Ucapan Selamat Hari Krismas 2024
Sama ada anda ingin menghantar mesej formal kepada rakan sekerja, ucapan mesra kepada kawan baik, atau nota peribadi kepada ahli keluarga, kami menyediakan pelbagai idea menarik yang boleh digunakan.
Tarikh Tahun Baru 2025 Di Malaysia
Untuk tahun 2025, kita rakyat Malaysia akan menyambutnya pada 1 Januari 2025 iaitu pada hari Rabu. Manakala Selasa adalah hari terakhir untuk tahun 2024 iaitu pada 31 Disember. Pada malamnya juga akan adanya ambang tahun baru.
Contoh Ucapan Selamat Tahun Baru 2025
Berikut merupakan contoh ucapan Selamat Tahun Baru untuk tahun 2025 dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris untuk anda gunakan. Juga terdapat ucapan dalam bentuk pantun.
1) Selamat Tahun Baru 2025! Semoga tahun ini kau dapat capai semua azam… yang sama kau recycle sejak 5 tahun lepas.
2) Tahun Baru 2025 sudah Makin tiba akan Tiba cabaran baru❤️❤️ Semoga dipermudahkn Dan impian tahun baru tercapai seperti didoakan.
3) 2025 adalah peluang baru untuk menjadi versi terbaik dirimu. Semoga tahun ini membawa cinta, kesihatan, dan rezeki yang melimpah ruah.
4) Selamat Tahun Baru 2025! Semoga tahun ini membawa lebih banyak kebahagiaan, kejayaan, dan ketenangan dalam hidupmu. Percayalah, setiap langkah kecil menuju impian adalah sebuah kemenangan.
5) Tahun 2025 kian menjelang tiba, Selamat Tahun Baru buat seluruh rakyat Malaysia tercinta, Semoga negara dan kita semua dilindungi, dirahmati oleh Allah s.w.t.
6) “Selamat melangkah ke 2025! Biarkan kenangan lalu menjadi pelajaran, dan harapan baru menjadi pendorong untuk masa depan yang lebih baik.”
7) Selamat Tahun Baru 2025 buat seluruh rakyat Malaysia, Semoga sentiasa diberi kesejahteraan buat Negara kita Malaysia yang tercinta ❤️
8) Selamat Tahun Baru 2025! Semoga tahun baru ini bakal membawa keceriaan, kebahagiaan, kejayaan, dan pengalaman indah yang mengujakan
9) Selamat Tahun Baru 2025 untuk seluruh rakyat Malaysia. ✨Semoga beroleh kesejahteraan dan kejayaan yang lebih gemilang bersama dengan insan yang tersayang.
10) Tahun baru, impian baru. Semoga kita semua diberkati dengan kejayaan dalam setiap usahan dan langkah yang kita ambil. Selamat Tahun Baru 2025.
11) Goodbye 2024. Terima kasih untuk semua suka duka, pelajaran dan juga ujian yang membuatkan semakin kuat dan mengetahun tentang kehidupan. Hi 2025!
12) Tahun 2025 ini, semoga kau terus diberi kekuatan untuk mengejar apa yang kau impikan, dan kebijaksanaan untuk melepaskan apa yang bukan untukmu.
13) Selamat Tahun Baru! Mulakan langkahmu dengan harapan, teruskan perjalananmu dengan kesungguhan, dan akhiri tahun ini dengan kepuasan.
14) Semoga tahun 2025 menjadi tahun yang penuh berkah, dengan lebih banyak masa bersama keluarga, rakan, dan untuk dirimu sendiri.
15) Selamat melangkah ke tahun baru! Dalam dunia yang serba berubah, satu yang aku pasti: cintaku pada kau tak pernah berganjak
16) Tahun 2025 adalah bab baru dalam hidupmu. Jangan takut untuk menulis cerita yang berbeza. Kadang-kadang, yang tak dirancang itulah yang paling bermakna
17) Selamat Tahun Baru. Jadikan setiap hari tahun ini peluang untuk mencintai diri sendiri lebih dalam, menerima kekurangan dengan ikhlas, dan percaya bahawa kau layak untuk bahagia.
18) Selamat tinggal 2024. Selamat datang 2025. Semoga di tahun yang baru ini kita selalu diberikan kesihatan, kebahagiaan, panjang umur dan cerita selalu.
19) Mulakan tahun 2025 dengan ucapan Alhamdulillah. Semoga kita menjadi hambaNya yang bersyukur dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.
20) Diucapkan kepada semua Selamat Tahun Baru 2025 dan selamat bercuti. Hati-hati di jalan raya ketika pulang ke kampung halaman.
Wishes Happy New Year 2025
- Happy New Year 2025! May this year bring you endless opportunities, cherished memories, and moments that make your heart smile.
- Wishing you a year filled with love, laughter, and the courage to chase your dreams. Here’s to making 2025 unforgettable!
- Happy New Year! May the days ahead be filled with health, happiness, and the kind of peace that stays with you through every challenge.
- As we step into 2025, may you find joy in the little things, strength in tough times, and success in everything you do.
- New Year, new possibilities. May 2025 be the year where your hard work pays off and your aspirations come to life.
- Wishing you a year of growth, gratitude, and grace. May every day of 2025 remind you how capable and loved you are.
- Happy 2025! Let this year be a reminder that it’s never too late to start fresh and pursue the life you’ve always wanted.
- Cheers to a year of new beginnings! May 2025 bring you closer to your goals and surrounded by the people who matter most.
- Happy New Year! May this year bring clarity to your path, kindness to your heart, and endless reasons to celebrate.
- Welcome 2025 with open arms and an open heart. May it be a year of meaningful connections and beautiful moments that last forever.
Pantun Selamat Tahun Baru 2025
Selama Tahun Baru ucapannya,
Semoga semua gembira bersama,
2024 bakal melabuhkan tirainya,
Selamat datang 2025 yang istimewa.
Dari ujung rambut sampai kuku,
Lelaki pandai dalam merayu,
Selamat tahun baru sahabatku,
Semoga kamu bahagia selalu.
Selamat petang, hari Rabu,
Menjamu selera makan buah delima,
Selamat datang Tahun Baru,
Selamat tinggal 2024, Selamat datang 2025.
Segar rasanya minum susu,
Sambil makan pisang cokelat,
Selamat tahun baru sahabatku
Semoga 2025 persahabatan kita makin erat
Langit cerah warna biru,
Cahaya bintang bagai lampu,
Selamat sambut tahun baru,
Aku ucapkan you all ‘I love you’.
Tahun 2025 bakal menjelma,
Membawa harapan yang sangat indah,
Buat rakan sahabat semua,
Azam yang lepas tertunaikah sudah?
Nak tebuk atap,
Tahun ni tak jadi,
Usahlah meratap,
Tahun 2025 cubalah lagi.
Pasang dan surut lautan nan biru,
Ombak di pantai pengubat kesepian,
Selamat menyambut tahun baharu,
Semoga tercapai segala impian.
Semua ucapan ini sesuai untuk dikongsi dengan kawan atau di media sosial, sebab humor adalah cara terbaik mulakan tahun baru dengan senyuman! 🎉