Nak ucapan Hari Krismas kepada rakan-rakan? Hari Krismas atau Hari Natal (Merry Christmas) disambut setiap tahun pada 25 Disember oleh penganut agama Kristian di seluruh dunia. Perayaan ini menjadi simbol kasih sayang, kegembiraan, dan perpaduan.
Walaupun tidak semua orang menyambut Krismas, ramai yang mengambil peluang ini untuk mengeratkan hubungan sesama insan dengan mengirimkan ucapan termasuk Selamat Tahun Baru secara kreatif.
BACA JUGA : Senarai Contoh Ucapan Pantung Hari Krismas
Hukum Mengucapkan ‘Merry Christmas’ Untuk Orang Islam
Mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada rakan atau kenalan bukan Islam sering menjadi persoalan bagi umat Islam. Berikut merupakan pendapat dan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan :
- Diharuskan mengucap “Merry Christmas” apabila wujud keperluan. Sekiranya tidak ada keperluan maka hukumnya MAKRUH.
- Ucapan hanya sebagai tanda menjaga hubungan baik dan tidak bertujuan mengagungkan dan memuliakan agama lain.
- Dibolehkan untuk menerima atau memberi hadiah dengan niat itu bukanlah sempena meraikan perayaan mereka.
- Menyertai majlis sambutan hanya pada kadar yang diperlukan seperti jamuan makan atau bergambar. Dilarang memakai pakaian tertentu yang lazim dipakai semasa sambutan Krismas.
Sebagai Muslim, menunjukkan sikap hormat kepada agama lain adalah sebahagian daripada ajaran Islam, selagi mana ia tidak menjejaskan keimanan.
Contoh Ucapan Hari Krismas (Dalam Bahasa Melayu)
Berikut adalah beberapa contoh ucapan Hari Krismas yang anda boleh gunakan untuk kongsikan kepada kenalan dan rakan-rakan and :
“Selamat Hari Krismas yang meraikannya! Semoga hari ini dipenuhi dengan kebahagiaan, kasih sayang, dan kenangan indah bersama keluarga tersayang.”
“Selamat Menyambut Hari Krismas 2024 buat seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya”

“Selamat Hari Krismas! Kalau ada hadiah lebih, jangan lupa poskan ke rumah saya. Janji tak buka dulu!”
“Selamat menyambut perayaan Krismas kepada semua penganut agama Kristian terutamanya di Malaysia.”
“Selamat Hari Krismas! Jangan lupa makan biskut Santa, tapi jangan sampai Santa lapar!”
“Semoga pokok Krismas awak tak tumbang sebab penuh hadiah bawah dia!”
“Selamat menyambut Hari Natal kepada semua yang beragama Kristian. Semoga perayaan ini menyemarakkan lagi semangat perpaduan di bumi tercinta ini.”
“Krismas ni masanya untuk kasih sayang… dan masakan sedap! Jangan lupa jemput saya.”
“Selamat Hari Krismas! Harap awak tak lupa beli hadiah untuk diri sendiri juga.”
“Selamat Hari Krismas! Semoga kehangatan kasih sayang hari ini membawa cahaya harapan untuk tahun yang lebih baik.”
Pergi pasar beli ikan,
Pandu kereta pakai selipar,
Saya disini ingin mengucapkan,
Merry Christmas and Happy New Year.
Ayam belanda atas peti,
Biskut krismas atas dulang,
Esok kita semua bercuti,
Tahun baharu bakal menjelang.
Contoh Ucapan Hari Krismas (Dalam English)
Di bawah ini adalah beberapa ucapan dalam English yang boleh digunakan:
- Merry Christmas and Happy New Year 2025
- Merry Christmas! Wishing you a joyous celebration filled with love, laughter, and cherished moments with your loved ones.
- Merry Christmas! Remember, calories don’t count during the holidays.
- Merry Christmas! May the spirit of the season bring peace, love, and warmth to your heart and home.
- Ho Ho Ho Merry Christmas. Time to deck the halls and break out the matching sweaters. Wishing you all the holiday fun with your family. Much love!
- There are many gifts under the Christmas tree. But the best one is the gift of your friendship. Merry Christmas
Mengirimkan ucapan Hari Krismas adalah cara yang mudah tetapi bermakna untuk menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang kepada rakan-rakan atau kenalan kita.
Semoga panduan ucapan Hari Krismas dan contoh-contoh di atas dapat membantu anda menyampaikan ucapan Krismas yang unik dan menghiburkan!