Senarai Contoh Pantun Hari Krismas (Hari Natal) Tahun 2024

By aiman

Updated on:

pantun hari krismas

Pantun Hari Krismas antara salah satu jenis ucapan kreatif yang anda boleh sampaikan sempena Hari Natal kali ini. Dapat menceriakan suasana dan memberikan sentuhan unik kepada ucapan anda.

Keunikan Malaysia apabila kita ada pelbagai hari perayaan termasuk Hari Natal atau Merry Christmas yang mana disambut oleh penganut agama Kristian. Demi meraikan semangat perpaduan, kita semua rakyat Malaysia mengalu-alukan perayaan ini.

BACA JUGA : Senarai Contoh Ucapan Hari Krismas Dan Selamat Tahun Baru

Jika kita tidak terlibat dan mungkin ada ahli keluarga atau rakan yang menyambutnya, mungkin inilah peluang untuk anda meraikan bersama dengan memberikan ucapan dalam bentuk pantun Hari Krismas secara contoh.

Senarai Contoh Pantun Hari Krismas

Berikut merupakan antara contoh pantun Hari Krismas atau Hari Natal yang menyentuh hati, lucu dan penuh harapan. Sesuai untuk pelbagai situasi, sama ada untuk rakan, keluarga dan majlis rasmi. Boleh juga kongsikan di laman sosial media anda.

Pantun Hari Krismas 1

Lampu berkelip pohon berseri,
Hadiah dibuka dengan senyuman,
Selamat Hari Krismas buat semua di sini,
Semoga bahagia dalam kehidupan.

Advertisements

Pantun Hari Krismas 2

Pergi pasar beli ikan,
Pandu kereta pakai selipar,
Saya disini ingin mengucapkan,
Merry Christmas and Happy New Year.

Pantun Hari Krismas 3

Di malam Krismas salju turun,
Dingin terasa hingga ke hati,
Semoga perayaan ini membawa untung,
Buatmu yang baik hati.

Pantun Hari Krismas 4

Menangguk ikan di tepi sawah,
Cetek benar di pohon gaharu,
Bertukar hadiah, jalinkan hadiah,
Semoga ada sinar di tahun baru.

Pantun Hari Krismas 5

Pakai baju merah nampak ceria,
Tapi kasut sebelah entah ke mana,
Hari Krismas buat kita semua ketawa,
Semoga tahun ini lebih sempurna!

Pantun Hari Krismas 6

Santa datang naik kereta,
Reindeer sibuk cuti di desa,
Hari Krismas tetap ceria,
Hadiah sampai walau lewat tiba.

Pantun Hari Krismas 7

Biskut halia di atas dulang,
Pohon krismas baunya harum,
Tahun Baru bakal menjelang,
Semoga rukun berbilang kaum

Pantun Hari Krismas 8

Ayam belanda atas peti,
Biskut krismas atas dulang,
Esok kita semua bercuti,
Tahun baharu bakal menjelang.

Pantun Hari Krismas 9

Dalam B.I. namanya Papaya,
Dipanggil Betik dalam B.M. pula,
Aidilfitri lepas aku bagi duit raya,
Bila Christmas bagi lah aku ‘present’ pula.

Pantun Hari Krismas 10

Lempeng kelapa sudah tersaji,
Di dalam bekas bersama pengat,
Tidak mengapa tiada salji,
Pokok berhias buat semangat.

Pantun Hari Krismas 11

Si helang sewah burung lagenda,
Terbangnya lurus sanggah pawana,
Tukar hadiah sebagai tanda,
Ingatan tulus paling bermakna.

Pantun Hari Krismas 12

Bunyi loceng meriah bergema,
Salji turun menambah ceria,
Hari Krismas penuh istimewa,
Kasih sayang erat di jiwa.

Pantun Hari Krismas 13

Dulang tembaga terhias kemas,
Hasil tangan Kak Zainuriah,
Tibalah sudah hari Krismas,
Mari disambut dengan meriah

Pantun Hari Krismas 14

Bawa jualan merata-rata,
Di pasar tani dan pasar tamu,
Sanak dan tualan jauh di mata,
Di Natal ini sempat bertemu.

Advertisements

Pantun Hari Krismas 15

Marilah bantu larutkan gula,
Untuk buatkan sirap selasih,
Inilah waktu jalin semula,
Kemas ikatan jalinan kasih.

Pantun Hari Krismas 16

Jemputlah mari diminum serbat,
Kuih pun ada menyambut raya;
Selamat hari natal buat sahabat,
Semoga anda riang ceria.

Pantun Hari Krismas 17

Itik dan angsa jangan dimaki,
Nanti anda dikejar lari,
Terhidang enak ayam turki,
Untuk juadah tengah hari

Pantun Hari Krismas 18

Pokok Krismas indah bersinar,
Lagu Natal merdu di telinga,
Hadiah banyak, hati gembira,
Cuti sekolah, sungguh bahagia.

Pantun Hari Krismas 19

Kainnya tebal, corak bungaan,
Warna lembut songket sehasta,
Hari Natal penuh kegembiraan,
Bahagia disambut dengan tercinta.

Pantun Hari Krismas 20

Pagi-pagi ke klinik,
Kerana badan gatal-gatal,
Semuanya kacak dan cantik,
Selamat merayakan Hari Natal.



aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment