Senarai Cuti Umum & Cuti Khusus Negeri Kelantan Sepanjang Tahun 2025

By aiman

Published On:

Follow Us
cuti umum cuti khusus negeri kelantan

Kalau anda ada plan nak balik kampung, bercuti dengan keluarga, atau sekadar nak tahu bila boleh cuti panjang, ini dia senarai lengkap cuti umum Kelantan sepanjang tahun 2025 termasuk juga untuk cuti khusus.

Sebagai rakyat Kelantan atau sesiapa yang duduk dan kerja di negeri ini, tahu awal-awal tarikh cuti ni memang sangat membantu. Boleh susun jadual kerja, plan aktiviti, atau cari tarikh paling sesuai untuk rehat sekejap dari rutin harian.

BACA JUGA : Senarai Cuti Umum & Khusus Negeri Pahang

Bukan tu je, selain cuti umum yang sama di seluruh Malaysia, Kelantan juga ada cuti khusus untuk negeri ini. Contohnya, Hari Keputeraan Sultan Kelantan. Kalau pandai susun, boleh dapat ‘cuti kejutan’ yang buat weekend jadi panjang sikit. Kan best!

Jadi, kalau anda memang jenis suka plan awal, ataupun nak tahu cuti mana yang sesuai untuk buat booking hotel murah atau tiket flight bajet, senarai cuti umum dan cuti khusus Kelantan ni memang wajib anda tengok.

Senarai Cuti Umum Dan Cuti Khusus Untuk Negeri Kelantan Sepanjang Tahun 2025

Jom semak satu-satu tarikh cuti yang bakal mewarnai kalendar tahun 2025 untuk negeri Kelantan, baik cuti umum atau cuti khusus.

Cuti Umum & Cuti KhususTarikhHari
Tahun Baru Cina29 JanuariRabu
Tahun Baru Cinta (Hari Kedua)30 JanuariKhamis
Hari Nuzul Al-Quran18 MacSelasa
Hari Raya Puasa31 MacIsnin
Hari Raya Puasa (Hari Kedua)1 AprilSelasa
Hari Pekerja1 MeiKhamis
Hari Wesak12 MeiIsnin
Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong2 JunIsnin
Hari Arafah6 JunJumaat
Hari Raya Qurban7 JunSabtu
Hari Raya Qurban (Hari Kedua)8 JunAhad
Awal Muharram (Maal Hijrah)27 JunJumaat
Hari Kebangsaan31 OgosAhad
Maulidur Rasul5 SeptemberJumaat
Hari Malaysia16 SeptemberSelasa
Hari Keputeraan Sultan Kelantan29 SeptemberIsnin
Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Hari Kedua)30 SeptemberSelasa
Hari Deepavali20 OktoberIsnin
Hari Krismas25 DisemberKhamis

Sumber : kabinet.gov.my

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now