Senarai Cuti Umum & Cuti Khusus Negeri Pahang Tahun 2025

By aiman

Updated On:

Follow Us
CUTI UMUM CUTI KHUSUS NEGERI PAHANG

Cuti umum melibatkan semua negeri di Malaysia dan diraikan secara serentak di seluruh negara, seperti Hari Kebangsaan, Hari Raya Aidilfitri, dan Tahun Baru.

Namun, ada juga cuti khusus yang hanya disambut di sesebuah negeri mengikut ketetapan masing-masing termasuklah di Negeri Pahang. Sebagai contoh, Hari Keputeraan Sultan Pahang adalah antara cuti yang hanya dinikmati oleh rakyat dan penduduk negeri ini sahaja.

BACA JUGA : Dapatkan Kalendar 2025 Lengkap Dengan Tarikh Dan Hari Penting

Bagi anda yang tinggal, bekerja atau belajar di Pahang, mengetahui senarai penuh cuti umum di Pahang untuk tahun 2025 amat penting. Ia bukan sahaja membantu merancang percutian lebih awal, malah memudahkan urusan kerja serta persekolahan anak-anak.

Tambahan pula, dengan perancangan yang baik, anda boleh gabungkan cuti hujung minggu dengan cuti umum untuk dapatkan rehat yang lebih panjang. Cuti juga memberi ruang untuk kita berehat seketika daripada rutin harian yang sibuk, serta peluang untuk luangkan masa berkualiti bersama keluarga atau rakan-rakan.

Senarai Cuti Umum Dan Cuti Khusus Untuk Negeri Pahang Sepanjang Tahun 2025

Jadi, ambil tahu awal-awal semua tarikh cuti umum di Pahang supaya anda tidak terlepas peluang untuk merancang dengan lebih bijak sepanjang tahun 2025.

Cuti Umum & Cuti KhususTarikhHari
Tahun Baharu 20251 JanuariRabu
Tahun Baru Cina29 JanuariRabu
Tahun Baru Cina (Hari Kedua)30 JanuariKhamis
Hari Nuzul Al-Quran18 MacSelasa
Hari Raya Puasa21 MacIsnin
Hari Raya Puasa (Hari Kedua)1 AprilSelasa
Hari Pekerja1 MeiKhamis
Hari Wesak12 MeiIsnin
Hari Hol Pahang22 MeiKhamis
Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong2 JunIsnin
Hari Raya Qurban7 JunSabtu
Awal Muharram (Maal Hijrah)27 JunJumaat
Hari Keputeraan KDPB Sultan Pahang25 JulaiJumaat
Hari Kebangsaan31 OgosAhad
Maulidur Rasul5 SeptemberJumaat
Hari Malaysia16 SeptemberSelasa
Hari Deepavali20 OktoberIsnin
Hari Krismas25 DisemberKhamis

Jadi itulah sahaja senarai semua cuti umum atau public holiday beserta cuti khusus bagi seluruh Negeri Pahang sepanjang tahun 2025. Ini juga melibatkan cuti sekolah iaitu bagi Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.

Sumber : kabinet.gov.my

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment