Bersempena dengan kehadiran Ramadan 1447H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengumumkan senarai hotel serta resort yang telah menerima Sijil Halal JAKIM Malaysia sebagai panduan orang ramai.
Ketika azan Maghrib berkumandang dan tirai malam perlahan-lahan mengambil alih suasana, waktu berbuka puasa menjadi detik yang cukup bermakna untuk dikongsi bersama insan tersayang.
Sebahagian memilih untuk memasak sendiri hidangan kegemaran di rumah sebagai tanda kasih dan kebersamaan, sementara yang lain lebih selesa menikmati pengalaman bufet Ramadan di hotel yang menawarkan pelbagai juadah menarik.
Walau apa pun pilihan, keterujaan mencari lokasi berbuka tidak seharusnya membuatkan aspek penting terlepas pandang. Status halal premis wajib diberi perhatian, terutama bagi umat Islam yang ingin memastikan setiap hidangan yang dinikmati mematuhi garis panduan syariah.
Oleh itu, menyemak sama ada hotel atau resort berkenaan memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM Malaysia yang masih sah adalah langkah bijak sebelum membuat tempahan.

Tindakan ini bukan sahaja memberi ketenangan hati, malah memastikan ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan penuh yakin sepanjang bulan Ramadan.
BACA JUGA : Senarai Buffet Ramadan Seluruh Malaysia
Sehubungan itu, kini dibawa kepada anda senarai lengkap hotel serta resort yang telah memperoleh Sijil Halal HAKIM bagi pecahan setiap negeri.
Perkongsian ini diharap dapat memudahkan anda membuat semakan dengan lebih teratur berdasarkan lokasi pilihan masing-masing.
Senarai Hotel & Resort Yang Memegang Sijil Halal JAKIM Di Seluruh Malaysia
Senarai rasmi ini dikeluarkan oleh laman rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM setakat 16 Februari 2026:
Terengganu

Selangor


Sarawak



Perak


Perlis

Pulau Pinang


Sabah


Pahang


Negeri Sembilan

Melaka

Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan)


Johor

Kedah

Kelantan

Dengan adanya rujukan mengikut negeri, proses merancang majlis berbuka puasa, percutian Ramadan atau tempahan bufet menjadi lebih mudah dan tersusun.
Semoga senarai hotel dan resort yang memegang Sijil Halal JAKIM ini dapat membantu anda membuat pilihan yang lebih meyakinkan serta memastikan setiap perancangan sepanjang bulan Ramadan berjalan lancar tanpa sebarang keraguan dari segi status halal.
Sumber : Bahagian Hab Halal, JAKIM










