Senarai Nama 25 Rasul Dalam Bahasa Inggeris. Rasul Terakhir Tak Berubah Pun!

By aiman

Published On:

Follow Us
nama rasul dalam bahasa inggeris

Ramai antara kita sudah biasa menghafal 25 Rasul dan Nabi yang wajib diketahui sejak kecil lagi. Nama seperti Nabi Adam, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad memang tidak asing dalam kehidupan umat Islam di Malaysia khususnya.

Namun bila berdepan dengan buku atau bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris, ada yang tertanya-tanya bagaimana sebenarnya ejaan nama-nama ini dalam English.

BACA JUGA : 25 Kisah Pendek Nabi Dan Rasul

Perkara ini nampak ringkas, tetapi penting terutamanya untuk pelajar, ibu bapa dan mereka yang sering membaca bahan rujukan antarabangsa.

Tambahan pula, banyak kandungan agama dan sejarah Islam kini tersedia dalam Bahasa Inggeris. Jadi mengetahui senarai nama 25 Rasul dan Nabi dalam Bahasa Inggeris boleh membantu kita lebih yakin dan tidak keliru disamping sebagai pengetahuan am.

Senarai Nama 25 Rasul dan Nabi Dalam Bahasa Inggeris

Berikut ialah senarai rasul dalam Islam berserta ejaan dalam Bahasa Inggeris yang biasa digunakan:

  1. Nabi Adam – Adam
  2. Nabi Idris – Enoch
  3. Nabi Nuh – Noah
  4. Nabi Hud – Hud
  5. Nabi Saleh – Salih atau Saleh
  6. Nabi Ibrahim – Abraham
  7. Nabi Lut – Lot
  8. Nabi Ismail – Ishmael
  9. Nabi Ishak – Isaac
  10. Nabi Yaakub – Jacob
  11. Nabi Yusuf – Joseph
  12. Nabi Ayyub – Job
  13. Nabi Syuaib – Jethro
  14. Nabi Musa – Moses
  15. Nabi Harun – Aaron
  16. Nabi Zulkifli – Ezekiel
  17. Nabi Daud – David
  18. Nabi Sulaiman – Solomon
  19. Nabi Ilyas – Elijah
  20. Nabi Ilyasa – Elisha
  21. Nabi Yunus – Jonah
  22. Nabi Zakaria – Zechariah
  23. Nabi Yahya – John
  24. Nabi Isa – Jesus
  25. Nabi Muhammad – Muhammad

Mengetahui senarai nama 25 Rasul dan Nabi dalam Bahasa Inggeris bukan sekadar tambahan ilmu, tetapi membantu kita lebih bersedia dalam dunia yang semakin banyak menggunakan dwibahasa.

Sama ada untuk tujuan pembelajaran, pembacaan atau perbincangan, pengetahuan ini memberi kelebihan kepada kita.

Jika sebelum ini anda hanya biasa dengan sebutan Melayu atau Arab, sekarang anda sudah tahu padanannya dalam English. Ilmu asas seperti ini nampak kecil, tetapi sebenarnya sangat berguna dalam jangka masa panjang.

Cuba semak semula senarai di atas dan lihat berapa banyak yang sudah anda tahu. Kadang-kadang kita sebenarnya sudah hafal, cuma belum biasa dengan ejaan dalam Bahasa Inggeris sahaja.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now