Disini kami kongsikan ringkasan dan 25 kisah pendek Nabi dan Rasul untuk bacaan anda dan mengetahui kisah para nabi dan kisah siran nabi.
Percaya dengan nabi dan rasul adalan salah satu rukun iman. Tidak boleh tidak, kita sebagai umat Islam perlu mengiyakan kehadiran pesuruh-pesuruh Allah.
Kita wajib ketahui senarai 25 rasul termasuk nabi kita sendiri Nabi Muhammad SAW. Dalam masa yang sama, tahu juga tentang kisah dan sirah nabi terpilih ini.
Jadi disini, kami kongsikan kisah pendek Nabi dan Rasul beserta cerita ringkas tentang 25 Rasul pilihan ini untuk anda mengambil sebagai ilmu agama.
Senarai 25 Kisah Pendek Nabi Dan Rasul
Senarai 25 rasul pilihan
Kisah-kisah Pendek 25 Nabi Dan Rasul
1. Nabi Adam as
Nabi Adam Alahaissalam merupakan keturuna semua manusia. Isterinya bernama Hawa yang dicipta daripada tulang rusuk baginda. Mulanya tinggal di syurga, kemudian Allah swt turunkan mereka ke dunia.
2. Nabi Idris as
Penduduk Babil Iraq terima 30 suhuf untuk umatnya keturunan Qabil. Orang pertama pandai menulis, membaca, dan mengetahui ilmu falaq dan pandai menjahit.
3. Nabi Nuh as
Baginda juga digelar Najiyullah. Kisah pendek nabi Nuh Allah mengutus baginda ke negeri Arminia untuk berdakwah. Allah juga telah menurunkan bala iaitu banjir besar kepada kaumnya yang ingkat.
4. Nabi Hud as
Baginda merupakan keturunah Sam bin Nuh. Diutuskan kepada kaum ‘Ad di utara Hadhra Maut, Yaman. Allah telah membinasakan kaumnya yang ingkat dengan angin kencang yang sangat sejuk selama 8 hari 7 malam.
5. Nabi Soleh as
Berketurunan Sam bin Nuh daripada generasi ke 6. Diutuskan kepada kaum Thamut iaitu berada di antara Hijaz dan Syam. Allah memusnahkan kaumnya yang ingkat dengan pekikan suara yang kuat dari langit.
6. Nabi Ibrahim as
Baginda juga berketurunan Sam bin Nuh. Dilahirkan di Musol, Iraq ketika pemerintahan Raja Namrud. Di gelar dengan ‘Khailullah’ iaitu seorang yang bijak dan berfikir. Kisah pendek Nabi Ibrahim tidak hangus terbakar dalam api yang marak dengan bantuan Allah.
7. Nabi Luth as
Anak saudara Nabi Ibrahim as. Diutuskan kepada penduduk negeri Sadum (Laut Mati, Jordan). Allah swt menurunkan bala kepada penduduk yang derhaka dengan hujan batu yang membinasakan mereka.
8. Nabi Ismail as
Puter nabi Hrahim as dengan Siti Hajar. Baginda dan ibunya orang pertama yang mendiami Mekah. Baginda membantu ibunya membina kaabah dan juga digelar sebagai ‘Zabhihullah’.
9. Nabi Ishak as
Putera Nabi Ibrahim as dengan Siti Sarah. Daripadanya lahir keturunan Bani Israel. Dimakamkan di Hibrun, Palestin.
10. Nabi Ya’kub as
Baginda merupakan putera Nabi Ishak. Juga dikenali dengan nama Israil (hamba Allah). Kisah pendek Nabi Ishak dimana baginda diutuskan kepada penduduk negeri Kan’an. Dikurniakan 12 orang anak lelaki, antaranya ialah Nabi Yusof as. Dimakamkan di Hibrun bersebelahan bapanya.
11. Nabi Yusuf as
Merupakan putera Nabi Ya’kub yang paling disayangi. Seorang yang sabar, tabah, pemaaf, penyayang dan sangat menghormati orang tuanya. Keistimewaannya ialah sangat kacak, pandai mentafsri mimpi dan bijaksana.
12. Nabi Ayub as
Keturunan nabi Ishak Alaihissalam. Dikurniakan harta yang banyak dan anak yang ramai. Seorang yang bertaqwa dan suka membantu orang lain. Diuji dengan kemusnahan harta, kematian anak dan mengidap penyakit yang berat bertahun-tahun. Baginda sabar dan mempunyai iman yang teguh.
13. Nabi Zulkifli as
Putera Nabi Ayub as. Seorang nabi dan raja kepada penduduk di Damsyik dan sekitarnya. Asal nama baginda ialah Bashar dan maksud Zulkifli ialah bersanggupan kerana baginda banyak berpuasa di siang hari dan beribadat pada waktu malam.
14. Nabi Syuib as
Nabi Syuib as merupakan keturunan Nabi Luth as. Kisah pendek nabi Syuib apabila baginda diutuskan ke negeri Madyan, Jordan. Kaumnya mengamalkan sikap mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jual beli. Allah binasakan mereka dengan gempa bumi dan petir yang sangat dasyat.
15. Nabi Musa as
Baginda berketurunan Nabi Ya’kub as. Puter Imran, saudara Nabi Harun. Menerima kitab Taurat. Dipelihara oleh Asiah iaitu isteri Firaun. Firaun menentang dakwah Nabi Musa yang akibatnya mati lemas tenggelam dalam Laut Merah.
16. Nabi Harun as
Saudara Nabi Musa Alaihissalam. Seorang yang fasih berbicara dan merupakan teman dakhwah Nabi Musa.
17. Nabi Daud as
Baginda berketurunan Nabi Ishak dan kita Zabur diturunkan kepadanya. Baginda memiliki suara yang merdu dan boleh melembutkan besi dengan tangannya. Seorang yang kuar beribadah, raja yang adil dan bijaksana. Telah membina kota Baitulmadqis bersama-sama puteranya Nabi Sulaiman.
18. Nasi Sulaiman as
Merupakan putera Nabi Daud. Seorang rasul dan raja yang bijaksana. Keistimewaan baginda ialah boleh memahami bahasa binatang dan boleh memerintah angin beserta jin. Berjaya mengislamkan Ratu Balqis dan kemudian berkahwin dengannya.
19. Nabi Ilyas as
Keturunan Nabi Harun. Diutusakan kepada Bani Israel yang ketika itu menyembah berhala bernama Ba’l. Kisah pendek Nabi Ilyas ialah baginda berdakwah kepada mereka, tetapi gagal. Allah menurunkan bla dengan kemarah selama 3 tahun.
20. Nabi Ilyasa’ as
Anak angkat Nabi Ilyas. Diutuskan kepada Bani Israel. Baginda berjaya didalam dakhwahnya. Tetapi setelah baginda meninggal dunia, Bani Israel kembali kufur. Allah menurunkan bala dengan melenyapkan segala kesenangan yang dinikmati.
21. Nabi Yunus as
Diutuskan kepada kaum yang menyembah berhala di Ninawa, Iraq. Apabila mereka enggan menerima dakwahnya, baginda meninggalkan mereka dan menumpang sebuah kapal. Kapal tersebut mengalami masalah dan baginda terpilih untuk dibuang ke dalam laut bagi mengatasi masalah kapal tersebut daripada karam. Nabi Yunus di telah ikan nun selama 40 hari sebelum dikeluarkan oleh Allah.
22. Nabi Zakaria as
Baginda merupakan keturunan Nabi Sulaiman dan juga diutuskan kepada Bani Israel di Palestin. Nabi Zakaria sentiasa berdoa supaya dikurniakan zuriat. Pada usianya 100 tahun dan isterinya mandul, baginda dikurniakan anak yang dinamakan Yahya.
23. Nabi Yahya as
Putera Nabi Zakaria. Dikurniakan kepada baginda ilmu yang luas sejak kecil. Seorang yang bertaqwa, berbudi bahasa, rajin dan tidak sombong. Mati syahid dibunuh oleh raja yang kejam demi mempertahankan hukum Allah.
24. Nabi Isa as
Nabi Isa merupakan putera Maryam. Jibril telah meniupkan roh suci kepada dalam rahim ibunya. Baginda boleh bercakap ketika masih kecil. Diutuskan kepada Bani Israel dan diberikan kitab Injil. Kisah pendek Nabi Isa apabila Bani Israel yang ingkat dengan dakwahnya cuba untuk membunuh baginda. Namun Allah mengangkat baginda ke langit dan aakn turun ke bumi untuk menegakkan kebenaran pada hari kiamat nanti.
25. Nabi Muhammad saw
Baginda berketurunan Bani Ismail. Dilahirkan di kota Mekah dan digelar ‘Al-Amin’. Dilantik sebagai rasul ketika berusia 40 tahun. Merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Menerima mukjizat Al-Quran. Baginda menerima ujian yang dasyat daripada kaum Musyrikin Mekah. Baginda wafat di kota Madinah.
sumber : adneejahmad.blogspot.com & farhanafarah