Malam kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2025 bakal berlangsung tepat jam 9 malam ini dengan pelbagai kategori menarik yang menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, acara yang kini sudah memasuki edisi ke-4 ini menghimpunkan barisan selebriti popular, pencipta kandungan digital serta personaliti media sosial yang paling berpengaruh sepanjang tahun.
Selain daripada 12 anugerah yang dipertandingkan, pastinya ramai yang tertunggu-tunggu figura manakah yang bakal meraih takhta Gempak Most Wanted dan berdiri sebaris dengan Anna Jobling dan Hafiz Mahamad.
BACA JUGA : Anna Jobling Meraih Gelaran Gempak Most Wanted Buat Kali Kedua Berturut-turut
Persaingan tahun ini dilihat sengit dengan kehadiran calon-calon yang mempunyai sokongan peminat yang sangat kuat di media sosial. Masing-masing ada kekuatan masing-masing dan berpeluang untuk meraih trofi.
Pada edisi 2025 kali ini, keputusan pemenang tidak lagi ditentukan sepenuhnya daripada undian peminat secara online, tetapi turut diadili daripada undian juri iaitu format pemarkahan adalah 50-50.
Senarai Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2025/2026
Ini merupakan senarai penuh pemenang bagi setiap kategori dalam Gempak Most Wanted Awards 2025:
BACA JUGA : Senarai Calon TOP 10 Gempak Most Wanted Awards 2025
Gempak Most Wanted 2025 – Meerqeen
Program Digital Tergempak – Sembang Seram (Ep: Jihaa Sham)
Digital Creator Sports Tergempak – Hakim Nanyan
Digital Creator Entertainment Tergempak – Christy Ng
Digital Creator Motivation & Education Tergempak – Sir Badang
Digital Creator Foodie Tergempak – Jason
Digital Creator Beauty & Fashion Tergempak – Nigel Sparks
Digital Creator Lifestyle Tergempak – Wani Faizun
Hos Program Digital Tergempak – Amelia Henderson (Studio Sembang)
Video Muzik Tergempak – P Ramlee Saloma (ALPHA)
Lagu ERA Tergempak – Mona Lisa (Bang Bang) – ALPHA
Drama Tergempak – Thariq Ridzuwan (Astro Ria)
Selebriti Tergempak – Meerqeen










