Senarai Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2025 #GMWA2024

By aiman

Published On:

Follow Us
malam kemuncak gempak most wanted awards 2024

Gempak Most Wanted Awards (GMWA) kembali untuk edisi tahun 2025, yang merupakan edisi ketiga sejak ia diperkenalkan. Siapakah yang bakal membawa takhta โ€˜Gempak Most Wanted Awards untuk tahun ini?

Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian para content creators di platform media sosial seperti TikTok, Instagram, YouTube, Facebook serta X (dahulunya Twitter), selain mengangkat selebriti Malaysia yang paling berpengaruh sepanjang tahun 2024.

Sejarah dan Pengiktirafan

GMWA telah menjadi antara acara anugerah tahunan yang dinanti-nantikan oleh, dengan peminat memainkan peranan utama dalam menentukan pemenang menerusi sistem undian dalam online.

Pada edisi sebelum ini, Hafiz Mahamad dan Anna Jobling telah dinobatkan sebagai pemenang utama โ€˜Gempak Most Wanted Awardsโ€™ bagi tahun 2022 dan 2023.

Untuk #GMWA2024, acara ini berlangsung dengan tema โ€˜Flex Your Artโ€™, yang memberi penghormatan kepada kreativiti dan ekspresi seni yang unik dalam dunia digital.

Iklan Disini

Format dan Proses Undian

Sebanyak 12 kategori dipertandingkan dalam edisi kali ini, dengan setiap pemenang ditentukan sepenuhnya atau 100% berdasarkan undian peminat. Undian Top 5 telah dibuka dari 15 Januari hingga 23 Februari 2025.

BACA JUGA : Senarai Calon Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2025

Selain itu, individu yang mendapat undian tertinggi secara keseluruhan akan dinobatkan sebagai penerima anugerah utama iaitu โ€˜Gempak Most Wanted Awardsโ€™ yang diumumkan pada penghujung acara.

Siaran Langsung GMWA 2025

Majlis berprestij ini diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada hari Ahad, 23 Februari 2025 bermula pada pukul 9.00 malam.

Untuk memastikan lebih ramai peminat dapat mengikuti acara ini, ia akan disiarkan secara langsung di Astro Ria 104 serta boleh distrim menerusi Sooka.

Selain itu, peminat juga boleh menonton saluran tambahan secara Live+ di laman youtube rasmi Astro Gempak.

Barisan Pengacara dan Persembahan

Malam anugerah ini dimeriahkan oleh tiga pengacara popular iaitu Amelia Henderson, Sean Lee dan Sherry Alhadad, yang akan mengendalikan acara dengan penuh gaya dan humor.

Iklan Disini

Selain itu, antara artis yang akan menghangatkan pentas dengan persembahan bertenaga termasuklah Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Nadeera, Datoโ€™ Sheila Majid, Hujan, Amir Masdi, Ara Johari dan ramai lagi.

Senarai Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2025

Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:

  1. Gempak Most Wanted Awards โ€“ Anna Jobling
  2. Keluang Man Of The Year (Anugerah Khas) โ€“ Abbe Hae
  3. Digital Creator (Lifestyle) Tergempak 2024 โ€“ Amin Abid
  4. Digital Creator (Entertainment) Tergempak 2024 โ€“ Ryan Bakery
  5. Digital Creator (Foodie) Tergempak 2024 โ€“ Khairul Aming
  6. Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak 2024 โ€“ Fathi Hussein
  7. Digital Creator (e-Sports) Tergempak 2024 โ€“ Pok Ro
  8. Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024 โ€“ Sofea Shra
  9. Program Digital Tergempak 2024 โ€“ PodcaSTERK โ€“ Keputusan SPM 7G (Sterk Production)
  10. Selebriti Tergempak 2024 โ€“ Anna Jobling
  11. Drama Tergempak 2024 โ€“ Syurga Itu Bukan Mudah (Astro Ria)
  12. Video Muzik Tergempak 2024 โ€“ Belum Mulai oleh (Insomniacksย & Nabila Taqiyyah)
  13. Lagu/Audio Tergempak 2024 โ€“ Cinta Tak Pernah Tepat Waktu oleh (Aina Abdulย & Fabio Asher)

Teruskan mengikuti kemas kini dan pengumuman rasmi di notaria.my untuk mengetahui keputusan penuh GMWA 2025!

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment