Pernah tak tengah scroll media sosial, baca perkongsian menarik pasal parenting atau lifestyle, tiba-tiba nampak orang guna perkataan “SAHM”? Atau tengah tengok Facebook, ada orang share pengalaman jadi SAHM tapi kita pula yang terpinga-pinga. Apa itu SAHM?
Rupanya, bukan kita je yang blur. Ramai juga orang lain yang sebenarnya tertanya-tanya benda sama. Tapi sebab tak nak nampak “ketinggalan zaman”, ramai ambil langkah senyap, yang mana baca je sampai habis tanpa faham betul-betul maksud SAHM tu.
Jadi, jom kita bongkar secara ringkas dan senang faham.
Apa Maksud SAHM? Singkatan Untuk Apa Tu?
SAHM ialah Stay-At-Home Mom (in english).
Dalam bahasa mudahnya: ibu yang tidak bekerja di luar rumah dan uruskan anak-anak serta hal rumah tangga sepenuh masa di rumah. Itu saja maksud dia. Tak ada maksud tersirat, tak ada istilah pelik-pelik.
BACA JUGA : Apa Maksud LUSM
Jadi kalau ada ayat macam ni:
“Lepas anak ketiga, saya decide untuk jadi SAHM sepenuh masa.”
Itu maksudnya: Dia berhenti kerja luar dan sekarang jaga anak serta urus rumah secara full time.
Kenapa Ramai Confused?
Sebab SAHM ni bukan istilah yang biasa digunakan dalam Bahasa Melayu seharian. Tambah pula, ia datang dalam bentuk singkatan huruf besar, jadi orang mudah anggap ia mungkin nama program ke, kerja khas ke, atau istilah pelik yang orang ‘orang parenting’ je guna.
Lagi-lagi bila jumpa ayat macam:
“Sebagai SAHM, saya suka buat meal prep seminggu sekali.”
Atau:
“Saya SAHM, apa pekerjaan yang saya boleh buat sambil-sambil untuk tambah pendpatan keluarga?
Kalau tak tahu, memang kita akan tertanya-tanya: SAHM tu kerja ke? Jawatan ke? Nama kumpulan ke?
Banyak Muncul Kat Mana?
Sekarang ni SAHM dah jadi istilah biasa dalam komuniti online, terutamanya:
- Di X (Twitter) – banyak thread pasal kehidupan ibu, tips jaga anak, dan lifestyle SAHM
- Di Facebook – group parenting, group masakan, dan page motivasi untuk ibu-ibu
- Di Instagram & TikTok – ramai buat content harian sebagai SAHM, termasuk video morning routine, tips jaga anak kecil, dan sebagainya.
Lepas tahu maksud SAHM, baru rasa “ohhh patutlah banyak sangat orang sebut”.

Ada Versi Lain Tak?
Ya. Selain SAHM, ada juga:
- SAHD – Stay-At-Home Dad (kalau ayah pula yang duduk rumah jaga anak)
- WAHM – Work-At-Home Mom (ibu yang kerja dari rumah)
- WFH Dad – Work From Home Dad
Tapi SAHM ni antara yang paling biasa kita jumpa. Kebiasaanya semua digunakan dalam bahasa Inggeris.
Jadi lepas ni, kalau ternampak lagi orang share tentang SAHM, dah tak blur lagi. Kadang-kadang satu istilah singkatan je boleh buat kita rasa ketinggalan, padahal maksudnya ringkas sangat.
Harap lepas ni lebih ramai yang tahu, dan bolehlah explain dekat kawan-kawan lain yang mungkin masih tertanya-tanya juga.
Nak share artikel ni kat group WhatsApp pun boleh. Manalah tahu ada yang diam-diam google juga sebelum ni!