Apa Maksud LUSM, Short Form Untuk Apa Ni?

By aiman

Published on:

apa maksud lusm

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa itu LUSM? Apa maksud LUSM? Adakah ianya satu perkataan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris? Atau ia sebenarnya singkatan kepada satu ayat yang lengkap atau apa?

Isi Kandungan

Kalau anda kerap bermain media sosial atau selalu chatting dengan kawan-kawan atau pasangan, mungkin anda pernah terjumpa singkatan “LUSM”. Nampak macam ringkas, tapi apa sebenarnya maksud LUSM ni?

Dalam dunia serba cepat dengan media sosial ni, singkatan seperti ini muncul untuk memendekkan perbualan, tapi tetap bawa maksud yang besar. Untuk yang masih tertanya-tanya, jom kita selidik maksud LUSM dan bagaimana ia digunakan dalam konteks perhubungan.

Advertisements

Apa Maksud LUSM?

LUSM sebenarnya adalah singkatan daripada “Love You So Much”. Ya, mudah dan ringkas. Ia digunakan sebagai cara pantas untuk menyatakan kasih sayang kepada seseorang, terutamanya di platform mesej seperti WhatsApp, Messenger, atau DM di Instagram.

Kalau dulu kita guna “ILY” (I Love You), sekarang LUSM ambil tempat sebagai versi yang lebih ekspresif dan comel. Artis pun ada menggunakannya LUSM untuk mengunggapkan rasa cinta bukan.

Kenapa orang guna singkatan macam ni? Mudah je. Dalam dunia yang serba pantas ni, kita semua nak jimat masa, tapi pada masa sama, tak nak hilang momen-momen manis dengan orang tersayang.

Bila gunakan LUSM, mesej yang kita nak sampaikan tetap kuat, tapi lebih santai dan tidak formal. Kadang-kadang, pasangan yang dah lama bersama pun guna LUSM untuk buat perbualan harian lebih ringan dan mesra.

Advertisements

Tapi sebenarnya singkatan ayat ini tak cukup soul. Tiada jiwa. Rasa cinta tersebut, pastinya akan lebih bermakna jika ianya diungkapkan dengan perkataan penuh “Love You So Much’ berbanding LUSM. Tapi hari-hari ini text, penant juga kan. LUSM sudah kan.

Jadi, sekarang anda dah tahu maksud LUSM – Love You So Much! Walaupun ia hanya singkatan pendek, ia membawa maksud besar dalam perhubungan, terutamanya dalam dunia media sosial yang kita semua hidup sekarang.

Ia cara mudah dan cepat untuk tunjukkan rasa sayang, tapi jangan lupa luahkan perasaan sebenar anda juga. Kadang-kadang, tak kira betapa canggihnya teknologi, kata-kata dan perasaan yang jujur tetap jadi kunci utama dalam mana-mana hubungan!

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment