Duit Banyak Sangat? Jom Tengok Sini Cara Beli Pulau Persendirian Anda

By aiman

Published On:

Follow Us
pulau persendirian

Pernah tak terfikir nak ada pulau persendirian sendiri? Bayangkan bangun pagi, buka pintu, depan mata cuma laut biru dan angin sepoi-sepoi. Tiada jiran, tiada bising, hanya tenang dan damai.

Dulu masa musim Covid, ramai sedar satu benda penting iaitu tempat paling selamat adalah tempat tiada orang. Kalau masa tu kita ada pulau sendiri, memang selamatlah dari jangkitan apa pun. Tak perlu risau orang datang dekat atau kongsi ruang dengan sesiapa.

Tapi realitinya, nak beli pulau bukan murah. Harga boleh cecah puluhan juta ringgit. Ramai fikir benda ni cuma mampu milik orang kaya luar negara.

cara beli pulau persendirian

Sebenarnya, sesiapa pun boleh tengok dan pilih pulau sendiri sekarang. Ada portal khas disediakan untuk mereka yang betul-betul serius atau sekadar nak berangan.

Di situ, pembeli boleh tengok senarai pulau persendirian seluruh dunia, lengkap dengan harga, lokasi, dan gambar.

Menariknya, semuanya boleh dilakukan secara online. Tak perlu berjumpa ejen atau pergi ke lokasi dulu. Anda boleh semak maklumat lengkap, dari saiz tanah sampai lesen pemilikan.

BACA JUGA : Teknik Dan Cara Simpan RM500 Sebulan. Supaya Simpanan Tak Bocor

Malah, ada juga pilihan untuk sewa dulu sebelum beli. Sesuai untuk yang nak rasa dulu suasana tinggal di pulau sendiri.

Jadi, kalau anda memang ada bajet besar atau sekadar minat nak tahu proses beli pulau, sekarang masa yang sesuai. Dunia semakin digital, dan beli pulau pun dah boleh dibuat dari skrin laptop.

Bayangkan satu hari nanti, anda boleh kata, “Ini pulau aku.” Best kan? Siapa tahu, impian tu boleh jadi kenyataan kalau tahu cara yang betul.

Cara Beli Pulau Persendirian

Sebenarnya pebelian Private Island ini lebih kurang sama apabila anda membeli kediaman komersial di atas darat. Ini bermakna melalui proses pembelian, legal sehinggalah diserahkan kepada pemilik baru.

cara beli pulau persendirian

Jika anda buat carian di internet, terdapat banyak sumber yang anda boleh dapatkan senarai pulau yang dijual ataranya anda boleh semak senarai di Private Island Inc.

Harga Pulau Persendirian bergantung kepada keluasan dan lokasi. Jika dilihat di dalam senarai tersebut, pulau sebesar 2.7 ekar di Nova Scotia berharga USD60,000 (~RM248k). Ada juga pulau yang disenaraikan dijual sehingga USD14.5 Juta (~RM 60 Juta).

Berpandukan senarai di dalam website tersebut, Malaysia tidak mempunyai Pulau Persendirian untuk dijual tetapi di Indonesian dan Thailand banyak yang merupakan antara yang terdekat. Jadi nak beli atau nak sewa, terserah.

cara beli pulau persendirian

Jadi sebelum anda buat keputusan untuk membeli sebuah pulau, anda perlu titik beratkan jarak antara tanah besar dengan pulau tersebut (jauh ke tidak), utiliti yang disediakan, permit, kawasan sesuai dengan keadaan dan pastinya bajet anda.

Kalau anda duit banyak sangat, tak tahu nak beli apa, boleh la fikir untuk dapatkan Private Island sebiji kan.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now