Berapa Jumlah Kalori Ayam Gepuk Pak Gembus? Ini Jawapannya

By aiman

Published on:

ayam gepuk pak gembus

Pasti ramai yang tertanya-tanya berapa agaknya jumlah kalori Ayam Gepuk Pak Gembus terutamanya bagi menu asas. Terutamanya bagi yang tengah diet dan jaga pemakanan.

Ayam Gepuk Pak Gembus (AGPG) meruapakan jenama ayam gepuk daripada Jogjakarta, Indonesia. Kini mereka sudah membuka cawangan di Malaysia. Hampir seluruh negeri pun dah ada kedai makan ni.

Banyak cawangan, bermakna Ayam Gepuk Pak Gembus kini sudah mendapat pemintaan daripada orang ramai. Jadi sudah pastinya juga, peminat AGPG ini pun dah ramai seluruh Malaysia.

Manakan tidak, ada yang bagi tahu atau review yang mana mereka suka ayam gepuk ini dan boleh makan setiap hari. Ini menandakan AGPG ini sedap dan disukai ramai.

Advertisements

Tapi dalam ramai-ramai yang meminati ayam gepuk ini, pasti ada yang diet atau jaga makan. Salah satu indikator dalam penjagaan makanan adalah pengambilan kalori harian. Makan banyak nanti boleh gemuk ke?

Jadi agak-agak berapakah jumlah kalori Ayam Gepuk Pak Gembus? Dengan menu seperti ayam goreng, nasi putih, kicap, timun, kobis, kicap dan lain-lain, berapa kalori jumlah keseluruhan?

Jumlah Kalori Ayam Gepuk Pak Gembus

Secara spesifik, pihak Ayam Gepuk Pak Gembus tidak mengeluarkan jumlah kalori sebenar bagi setiap menu masakan yang dijual di premis kedai makan mereka.

Jadi orang ramai mengambil inisiatif sendiri untuk mengira anggaran jumlah kalori Ayam Gepuk Pak Gembus terutamanya seorang pengguna TikTok ini iaitu @Natalie yang merupakan Holistic Nutrition Coach.

Beliau ada kongsikan jumlah kalori bagi set lengkap Ayam Gepuk Pak Gembus iaitu bagi satu mangkuk nasi putih, ayam goreng, sambal cili, tauhu, tempeh, kubis goreng, timun dan kicap manis.

MakananKalori
Kicap Manis1 pum (70 kalori), 2 pam (14 kalori)
Timun5 kalori
Kubis goreng80 kalori
Tempeh50 kalori
Tauhu70 kalori
Nasi putih semangkuk200 kalori
Ayam goreng285 kalori
Sambal cili70 kalori

Dari kesemua nilai tersebut, jumlah keseluruhan kalori bagi Ayam Gepuk Pak Gembus adalah 880 kalori bagi setiap hidangan.

jumlah kalori ayam gepuk pak gembus

Boleh Gemuk Ke Makan Ayam Gepuk Pak Gembus?

Menerusi perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lelaki dewasa memerlukan 2450 kalori setiap hari. Manakala wanita dewasa pula perlukan 2090 kalori setiap hari.

Advertisements

Jadi jika dibuat perbandingan dengan 880 kalori untuk Ayam Gepuk Pak Gembus, tidaklah akan membuat anda gemuk jika makan setiap hari. Pastikan pengambilan makanan tidak melebihi keperluan harian kalori setiap hari sahaja.

Untuk peminat Ayam Gepuk Pak Gembus, lepas ni boleh la makan hari-hari. Tapi kena pantau juga minyak pada ayam goreng. Mungkin adalah masalah kesihatan lain pula lepas ini.

Apa-apa pun bersederhanalah jika ambil apa-apa makanan.

Sumber : aimanabdullah.com

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment