Disini kami kongsikan untuk anda semua cara menambah kalendar hijrah di iPhone iaitu pada bahagian paparan muka hadapan atau Lock Screen supaya anda lebih mudah nak tahun tarikh islam hari ini.
Jika anda lihat pada lock screen atau muka hadapan iPhone iaitu sebelum anda ‘swipe-to-unlock’, ada paparan jam dan juga kalendar masihi (januari, februari, …, disember) yang dikemaskini setiap masa.
Tetapi tahukah anda, sebenarnya pihak Apple ada juga menyediakan kalendar alternatif iaitu ‘Kalendar Hijrah’ khusus untuk pengguna Islam yang ingin ketahui tarikh-tarikh berkaitan dengan bulan Islam.
Dengan adanya tarikh dan kalendar islam ini, anda mudah la tahu bila berlaku Awal Muharram, bila tarikh Nuzul Quran, bila tarikh untuk awal Ramadan dan paling penting untuk 1 Syawal untuk Hari Raya Aidilfitri.
Lebih mudah lagi, sebenarnya tarikh kalendar Hijrah ini anda boleh tambah pada paparan muka hadapan atau pada skrin kekunci tersebut. Jadi lebih senang anda nak tahu tarikh bulan Islam, tanpa perlu ‘unlock’ iphone anda.
Jadi disini, kami akan kongsikan cara menambah kalendar hijrah di iPhone anda terutamanya pada paparan muka hadapan.
Cara Menambah Kalendar Hijrah Di iPhone
Dengan langkah ini, kami akan tunjuk cara setting kalendar islam dan cara tukar kalendar islam di iphone anda dengan mudah sahaja sekali gus tahu tarikh hijrah hari ini.
- Pergi ke Setting
- Kemudian klik pada Calendar
- Masuk pada bahagian ‘Alternatif Calendars’ dan pilih Hijri
- Selesai
Dengan langkah yang anda buat ini, secara automatik pada bahagian Kalendar anda turut dipaparkan tarikh Hijrah bersama-sama tarikh masihi. Boleh semak di aplikasi Calendar.
Sekaran ikuti langkah mudah pula untuk anda setting dan menambahkan kalendar hijrah pada papara hadapan atau lockscreen iphone anda.
Desclaimer: Panduan ini menggunakan iPhone 15 dengan iOS 17.3.1. Mungkin ada sedikit perbezaan untuk peranti dan versi yang lain atau mungkin sama.
- Lock iPhone anda
- Tekan lama-lama pada paparan hadapan sehingga keluar setting Customise. Klik padanya dan pilih Lock Screen.
- Klik pada pada ruang tarikh masih bahagian atas
- Cari widget Calendar dan pilih ‘Alternatif Date’ yang dipaparkan Calendar Hijrah
- Klik Done
- Selesai
Dengan langkah ini, sekali gus pada aplikasi Calendar anda akan ada 2 jenis kalendar iaitu Kalendar masihi dan Kalendar Hijrah. Kemudian pada paparan Lock Screen anda juga dipaparkan tarikh biasa dan tarikh untuk bulan Islam.