Sekarang kalau nak check baki UMobile dah mudah. Anda boleh semak baki kredit atau balance yang ada sama ada menggunakan SMS atau boleh buat secara online menggunakan aplikasi UMobile sendiri.
Kini terbaru, Umobile telah menyediakan pelbagai kaedah yang lebih pantas dan efisien untuk pengguna memeriksa baki kredit terutamanya bagi pengguna prepadi. Dengan teknologi terkini, proses check baki Umobile kini lebih mudah dan boleh dilakukan dalam beberapa langkah sahaja.
Diharapa dengan panduan ini, pengguna boleh memastikan mereka sentiasa cakna dengan baki kredit kredit tanpa perlu menghadapi sebarang kesulitan. Jadi boleh la untuk terus berhubung dengan yang tersayang
Cara Check Baki UMobile Dan Kredit Balance
Terdapat beberapa cara untuk ada semak atau check baki UMobile. Ikuti langkah-langkah mudah dibawah:
1) Cara Check Baki UMobile Melalui *118#
- Pada handphone anda, buka dialpad seperti ingin buat panggilan telefon
- Dial *118# dan tekan Call
- Kamudian akan dipaparkan baki kredit anda pada skrin berama tarikh luput

2) Menggunakan SMS
- Buka aplikasi SMS seperti biasa
- Taip BAL dan hantarkan ke 28118
- Anda akan menerima SMS yang menunjukkan baki kredit dan tarikh tamat tempoh
3) Cara Semak Baki Menggunakan Aplikasi MyUMobile
Cara ketiga adalah secara online iaitu menggunakan aplikasi MyUMobile. Anda boleh download di Play Store atau App Store
- Buka aplikasi MyUMobile di telefon pintar anda
- Pada halaman utama, akan terpapar baki kredit UMobile anda bersama-sama tarikh tamat tempoh

Tapi selain daripada check baki UMobile, aplikasi ini juga menyediakan pelbagai ciri yang memudahkan pengguna seperti pakej langganan, boleh tambah nilai atau topup credit, boleh share krerdit dengan rakan, aktiftkan roaming & idd, rewards dan pelbagai lagi.
Terutamanya kepada pengguna UMobile, diharapakn perkongsian ini bermanfaat untuk anda lagi-lagi yang baru menukar talian kepada telco ini. Jadi urusan anda lebih mudah selepas ini.