Penyanyi berasal dari Singapura, Iskandar Ismail telah dinobatkan sebagai pemenang atau juara Gegar Vaganza 12 bagi edisi 2025-26. Beliau berjaya mengenepikan 5 finalist yang lain di pentas akhir GV tersebut.
Dengan pengumuman yang dibuat oleh Nabil Ahmad bersama Sherry Al-Hadad sebagai pengacara program, Iskandar Ismail menjadi bintang ketiga daripada Singapura yang berjaya membawa takhta kejuaraan Gegar Vaganza.
Jika sebelum ini, kita sudah saksikan kejuaraan daripada Hady Mirza dalam GV6. Kemudian diikuti pula dengan Aliff Aziz di GV8. Kini satu lagi bintang kelahiran negara jiran yang bergelar juara Gegar Vaganza. Sejarah baru tercipta.
Tidak cukup dengan itu, pemenang 4 teratas juga telah melakar sejarah tersendiri apabila dimenangi oleh 4 negara berbeza iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina. Tidak pernah berlaku dalam mana-mana edisi sebelum ini.
Pentas akhir Gegar Vaganza 12 telah berlangsung pada hari Ahad, 18 Januari 2026 yang mana telah menyaksikan 6 finalist berentap dengan membuat 3 persembahan pada malam tersebut.
Sama seperti minggu-minggu sudah, apabila 100% markah yang diperoleh adalah datang daripada 3 panel juri tetap iaitu Dato’ Ramli MS, bunda Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Selain Juara Iskandar Ismail, Ini Senarai Penuh Pemenang Gegar Vaganza 12
Daripada 13 bintang yang menyertai Gegar Vaganza 12 kali ini, hanya 6 yang berjaya layak ke peringkat akhir. Setiap minggu sebelum ini kita telah disajikan dengan pelbagai kejutan dalam siri penyingkiran. Ternyata hanya 6 sahaja yang konsisten dan berjaya mara ke final.
BACA JUGA : Senarai 13 Peserta Bintang Gegar Vaganza 13
Ruri Repvlik merupakan pemenang tempat ke-6, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi. Diikuti oleh Mell Sakura di tempat ke-5. Beliau turun peroleh wang kemenangan sebanyak RM15,000 juga bersama trofi.
Tempat ke-4 dimenangi oleh bintang versatil, Mark Adam. RM20,000 merupakan hadiah wang tunai yang diperoleh bersama trofi pertandingan. Untuk tempat ketiga dimenangi oleh Nubhan yang berjaya membawa pulang RM30,000 bersama trofi.
Satu-satunya trio berkumpulan, Mendua telah dinobatkan sebagai naib juara dan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 juga bersama trofi.

Iskandar Ismail selaku sebagai juara Gegar Vaganza 12 membawa pulang hadiah wang tunai utama iaitu sebanyak RM100,000 bersama trofi.
Tahniah kepada semua pemenang. Selain daripada pertandingan yang disertai, pastinya bintang-bintang ini berjaya menghiburkan setiap peminat dan penonton Gegar Vaganza setiap minggu.
Kini GV12 telah menutup tirai secara rasminya. Adakah akan ada lagi Gegar Vaganza untuk musim ke-13 akan datang? Masih tiada teaser atau pengumuman rasmi daripada pihak Astro berkaitan perkara ini.
Jadi nak tahu ada ke tidak, kena tunggu la. Atau mungkin selepas ini akan ada lagi program hiburan yang lain pula bakal menggantikan slot malam Ahad nanti.









