Cuti umum dan cuti khusus adalah dua jenis cuti yang berbeza. Cuti umum ditetapkan oleh kerajaan persekutuan dan disambut oleh semua negeri di Malaysia, manakala cuti khusus pula ditentukan oleh kerajaan negeri masing-masing dan hanya terpakai di negeri berkenaan.
Negeri Selangor, sebagai salah satu negeri yang paling maju dan padat di Malaysia, mempunyai gabungan kedua-dua jenis cuti ini yang perlu diketahui oleh penduduk setempat dan juga mereka yang bekerja atau menjalankan urusan di Selangor.
BACA JUGA : Kalendar Lengkap 2025 Malaysia Bagi Setiap Negeri Sepanjang Tahun
Mengetahui tarikh-tarikh cuti ini bukan sahaja penting untuk merancang aktiviti bersama keluarga, malah ia juga membantu dalam merancang percutian bersama keluarga, pengurusan kerja serta perancangan operasi bagi sesebuah syarikat.
Jika di Selangor khususnya terdapat sambutan terkenal seperti Hari Keputeraan Sultan Selangor dan Hari Thaipusam yang tersenarai sebagai cuti khusus. Selain itu, cuti umum seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Kebangsaan, dan Tahun Baharu Cina turut diraikan bersama seluruh negara.
Oleh itu, memahami jadual cuti umum dan cuti khusus negeri Selangor untuk tahun 2025 sangatlah berguna untuk setiap rakyat di negeri ini. Dengan perancangan awal, semua pihak dapat memanfaatkan cuti yang ada dengan lebih produktif dan bermakna.
Senarai Cuti Umum Dan Cuti Khusus Untuk Negeri Selangor Sepanjang Tahun 2025
Jadi jom tengok senarai penuh cuti umum dan cuti khusus di Selangor sepanjang tahun 2025. Lepas ni, anda lebih mudah untuk buat perancangan tahunan.
Cuti Umum & Cuti Khusus | Tarikh | Hari |
---|---|---|
Tahun Baharu 2025 | 1 Januari | Rabu |
Tahun Baharu Cina | 29 Januari | Rabu |
Tahun Baharu Cina (Hari Kedua) | 30 Januari | Khamis |
Hari Thaipusam | 11 Februari | Selasa |
Hari Nuzul Al-Quran | 18 Mac | Selasa |
Hari Raya Puasa | 31 Mac | Rabu |
Hari Raya Puasa (Hari Kedua) | 1 April | Selasa |
Hari Pekerja | 1 Mei | Khamis |
Hari Wesak | 12 Mei | Isnin |
Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong | 2 Jun | Isnin |
Hai Raya Qurban | 7 Jun | Sabtu |
Awal Muharram (Maal Hijrah) | 27 Jun | Jumaat |
Hari Kebangsaan | 31 Ogos | Ahad |
Maulidur Rasul | 5 September | Jumaat |
Hari Malaysia | 16 September | Selasa |
Hari Deepavali | 20 Oktober | Isnin |
Hari Keputeraan Sultan Selangor | 11 Disember | Khamis |
Hari Krismas | 25 Disember | Khamis |
Terdapat 4 hari cuti khusus atau kelepasan am untuk negeri Selangor tahun 2025 iaitu Hari Keputeraan Sultan Selangor, Tahun Baru 2025, Hari Thaipusam dan Hari Nuzul Al-Quran.
Secara keseluruhan negeri Selangor mempunyai 18 hari untuk Cuti Umum beserta Cuti Khusus sepanjang tahun 2025. Jadi gunakan waktu cuti ini sebaiknya bagi setiap penduduk Selangor.
Sumber : kabinet.gov.my