Kalau datang ke Kelantan, memang tak sah kalau tak singgah ke pasar malam di Kota Bharu. Suasana meriah, bau makanan sedap dan bunyi orang berniaga memang buat hati tenang. Setiap pasar malam di sini ada keunikan tersendiri yang buat orang nak datang lagi.
Pasar malam di Kota Bharu bukan sekadar tempat beli makanan. Ia juga tempat orang berkumpul, berbual dan hilangkan penat selepas seharian bekerja. Dari makanan tradisional sampai ke kudapan moden, semuanya ada di satu tempat.
Kalau anda jenis suka mencuba makanan tempatan, pasar malam Kota Bharu memang syurga. Bau ikan bakar, sate, dan nasi kerabu pasti buat perut berkeroncong. Malah, minuman seperti air tebu dan coconut shake yang cukup menyegarkan.
Selain makanan, banyak juga peniaga jual barangan harian, pakaian dan aksesori. Ada yang datang semata-mata nak cari tudung, beg, atau permainan untuk anak. Harga pun berpatutan dan kadang-kadang boleh tawar menawar ikut nasib.
Yang menariknya, setiap pasar malam di Kota Bharu ada suasana berbeza. Ada yang dekat kawasan bandar, ada juga yang di tepi sungai. Masing-masing ada daya tarikan sendiri dan penuh dengan warna kehidupan masyarakat tempatan.
Pelancong luar pun ramai suka singgah sebab nak rasai budaya tempatan. Mereka suka tengok cara orang berniaga, cara pelanggan berinteraksi dan suasana santai yang jarang jumpa di tempat lain.
Tahun 2025 dijangka lebih meriah dengan lebih banyak lokasi pasar malam baru dibuka. Jadi, kalau anda bercadang datang ke Kelantan, pastikan anda tahu di mana pasar malam popular di Kota Bharu.
Senarai Lokasi Pasar Malam Di Kota Bharu Tahun 2025
Senarai lokasi ini boleh bantu anda rancang masa dan tempat terbaik untuk menikmati suasana malam yang penuh cerita. Beroperasi dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam.
Ahad
- Berek 12, Kota Bharu
- Kota Jembal (Kedai Lalat), Kota Bharu
Isnin
- Baharu Kubang Kerian (Jalan Tok Kenali), Kota Bharu
- Padang Tembak, Kota Bharu
- Kok Lanas, Kota Bharu
Selasa
- Kota Jembal (Kedai Lalat), Kota Bharu
- Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu
- Kg. Tanjung Mas, Kota Bharu (18:00 – 22:00)
- Pasir Tumboh Bandar Satelit Islam, Kota Bharu
Rabu
- Flat Kg. Sireh, Kota Bharu
- Padang Tembak, Kota Bharu
- Kg. Kubor Maras (Langgar), Kota Bharu
- Kg. Tapang, Kota Bharu
- Kg. Teluk (Panji), Kota Bharu
- Kg. Mulong, Kota Bharu
- Pantai Cahaya Bulan (Jalan Taman Buaya), Kota Bharu
- Jalan Tanjung Baharu (PCB), Kota Bharu
- Pekan Peringat, Kota Bharu
Khamis
- Kawasan Perindustrian Lundang, Kota Bharu
- Kg. Jambu Merah (berdekatan Jambatan Kada Resort, Melor), Kota Bharu
Jumaat
- Taman Sri, Pengkalan Chepa, Kota Bharu
- Bandar Baharu Kubang Kerian (kawasan Pasar Raya Nirwana Mas), Kota Bharu
- Pekan Melor, Kota Bharu
Sabtu
- Pekan Pengkalan Chepa (Taman Bendahara), Kota Bharu
- Pasir Tumboh Bandar Satelit Islam, Kota Bharu
- Kg. Guchil Bayam, Kota Bharu
Untuk info, pasar malam Buluh Kubu, Bazar Larut Malam Kota Bharu dan Pasar Larut Malam Wakaf Che Yah dibuka setiap hari.
Kalau terlepas di lokasi pasar malam yang lain, susah sangat pergi je Pasar Siti Khadijah. Semua barang ada disana. Beroperasi setiap hari
Sumber : MPKB