Senarai Contoh Pantun Hari Jadi Terbaik

By aiman

Published On:

Follow Us
contoh pantun hari jadi

Inilah keindahan bahasa Melayu, nak bagi ucapan Hari Jadi pun boleh dalam pelbagai cara. Paling best pastinya ucapan Pantun Hari Jadi. Ucapan yang indah, penuh makna dan ada iramanya yang tersendiri.

Mungkin sebelum ini, jika ada sambutan Birthday atau Hari Lahir, kita hanya berikan ucapan dalam bentuk formaliti sahaja. Nak nampak lebih menarik dan kreatif, lepas ni bagi pula ucapan dalam bentuk pantun hari lahir.

Pantun Birthday boleh disesuaikan mengikut penerima, sama ada untuk pasangan, kawan-kawan atau ahli keluarga. Pantun hari lahir juga boleh dalam bentuk formal, lawak dan sebagainya.

Setiap pantun yang disampaikan membawa mesej yang tersendiri dimana mampu untuk menguatkan hubungan dan menambahkan kegembiraan dalam suasana sambutan. Kalau ada kawan, boleh bagi pantun hari jadi untuk sahabat anda.

Senarai Contoh Ucapan Pantun Hari Jadi

Berikut merupakan antara koleksi dan contoh ucapan Pantun Hari Jadi terbaru tahun 2024 yang anda boleh gunakan. Nanti boleh share pada kawan-kawan, atau share di media sosial atau boleh buat dalam bentuk poster dan video.

Contoh Pantun 1

Buah peria ulam pegaga,
Dimakan bersama gulai nangka,
Semakin hari semakin berusia,
Tingkatkan amalan menuju ke syurga.

Contoh Pantun 2

Terasa lapar selepas solat,
Makan roti disapu coklat,
Selat Hari lahir my sweetheart,
Sayang awak dunia akhirat.

Contoh Pantun 3

Indah pagi kerana mentari,
Terang malam cahaya rembulan,
Happy Birthday insan yang aku cintai,
Moga bahagia kita berkekalan.

Contoh Pantun 4

Pergi Kuantan, singgah di Maran,
Membeli bekalan untuk santapan,
Selamat Hari Jadi saya ucapkan,
Ada jamuan nanti jangan dilupakan.

Contoh Pantun 5

Indah pagi kerana mentari,
Terang malam cahaya rembulan,
Happy Birthday ucapan bersemi,
Moga bahagia kita berkekalan.

Contoh Pantun 6

Anak dara duduk berangan,
Mendengar lagu menggoda jiwa,
Selamat Hari Jadi aku ucapkan,
Buat kamu yang istimewa.

Contoh Pantun 7

Bunga mawar dipetik jangan,
Nanti duri tercucuk tangan,
Selamat Ulang Tahun Kelahiran saya ucapkan,
Sudah bertambah usianya badan.

Contoh Pantun 8

Burung kedidi berkaki panjang,
Singgah makan di tepi sawah,
Ku doakanmu umur yang panjang,
Dengan ucapan Sanah Helwah

Contoh Pantun 9

Bagi tidur di waktu pagi,
Pergi kerja di ibu kota,
Ku ucapkan Selamat Hari Jadi,
Buat kamu insan yang aku cinta

Contoh Pantun 10

Sungguh cantik burung kenyalang,
Terbang hinggap di ranting mati,
Sanah Helwah insan yang aku sayang,
Moga hidup sentiasa dirahmati.

Contoh Pantun 11

Usia kita bertambah lagi,
Itu menandakan umur meningkat,
Panjang umur murah rezeki,
Ceria selalu mendapat rahmat

Contoh Pantun 12

Petang hari menangkap ikan,
Sambil bermain lelah di taman,
Selamat Hari Jadi saya ucapkan,
Kepada tuan hamba yang budiman.

Contoh Pantun 13

Kalu pergi mencari sumur,
Dapatkan kita menumpang mandi,
Moga awak dipanjangkan umur,
Agar hidup sentiasa diberkati.

Contoh Pantun 14

Tanam betik di pinggir laman,
Buahnya lebat enak dimakan,
Semoga rezeki sentiasa dimurahkan,
Umur pula dipanjangkan tuhan.

Contoh Pantun 15

Ikan bukan sebarang ikan,
Ikan kelah di tasik merah,
Buatmu doa kami lantunkan,
Semoga rahmat terus melimpah.

Contoh Pantun 16

Anak ketitir mencari makan,
Berkicau ceria pulangnya petang,
Selaamt hari lahir daku ucapkan,
Seiring usia bertambah matang.

Contoh Pantun 17

Sarang tergantung di pohor ara,
Hinggap tempua di sawah padi,
Kek dipotong penyeri acara,
Seiring doa di hari jadi.

Contoh Pantun 18

Anak kecil main layang-layang,
Sama tinggi dengan kapal terbang,
Happy Birthday wahai sayang,
Jantung hati cinta abang.

Contoh Pantun 19

Menari terbenam di ufuk barat,
Tanda malam sudah dekat,
Selamat Hari Lahir buat sahabat,
Moga dilindungi dunia akhirat.

Contoh Pantun 20

Senyuman manis sungguh memikat,
Barulah cinta mekar bersemi,
Usia kita semakin meningkat
Matangkan diri kukuhkan ekonomi

Contoh Pantun 21

Kura-kura dan arnab bermain lumba,
Meragut rumput di kambing biri-biri,
6 September hari lahir hambar,
Apakah hadiah yang hendak diberi?

Sumber : aimanabdullah.com

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment