Nombor Perdana – Maksud Dan Contoh

By aiman

Published on:

nombor perdana matematik

Nombor perdana merupakan salah satu konsep asas dalam ilmu matematik yang penting untuk difahami, terutama bagi pelajar sekolah.

Biasanya murid-murid atau pelajar sekolah akan belajar dalam tahun 5 dan tahun 6 tentang ilmu nombor perdana. Ada dalam buku teks nombor perdana tahun 6. Nombor Perdana juga dikenali dengan Prime Number in english.

Jadi disini akan menjelaskan maksud nombor perdana, contoh nombor perdana, dan bagaimana kita boleh mengenal pasti nombor tersebut

Apa Itu Nombor Perdana?

Nombor perdana (Prime Number) ialah nombor yang hanya boleh dibahagi dengan 1 dan dirinya sendiri tanpa meninggalkan baki. Ini bermaksud, nombor perdana mempunyai tepat dua faktor (atau dua nombor) sahaja. Erti kata lain, nombor perdana adalah ganjil.

Advertisements

Sebagai contoh, nombor 2 ialah nombor perdana kerana: Faktor 2 ialah 1 dan 2 sahaja. (2 hanya boleh dibahagi dengan 2 atau 1 dan tiada baki – perpuluhan)

Berbeza pula dengan nombor 4. Faktor 4 ialah 1, 2, dan 4 (4 boleh dibahagi dengan 1 atau 2 atau 4 dan tiada baki) .Oleh kerana 4 mempunyai lebih daripada dua faktor, ia bukan nombor perdana.

Contoh Nombor Perdana

Berikut adalah beberapa contoh nombor perdana dari 1 hingga 50:

  • 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23, 29, 31,37, 41, 43 dan 47

Perhatikan bahawa nombor 2 ialah satu-satunya nombor perdana genap. Semua nombor perdana lain adalah ganjil.

Berikut merupakan contoh nombor perdana 1 hingga 100:

Dalam rajah dibawah disenaraikan nombor 1 hingga 100. Akan tetapi hanya nombor dalam kotak biru sahaja merupakan nombor perdana. Anda boleh simpan dan buat rujukan

Nombor Bukan Perdana

Nombor bukan perdana ialah nombor yang mempunyai lebih daripada dua faktor atau ianya nombor genap. Contoh nombor bukan perdana:

  • 4 (faktor: 1, 2, 4)
  • 6 (faktor: 1, 2, 3, 6)
  • 8 (faktor: 1, 2, 4, 8)
  • 10 (faktor: 1, 2, 5, 10)

Selain itu, nombor 1 BUKAN NOMBOR PERDANA kerana ia hanya mempunyai satu faktor, iaitu dirinya sendiri.

Advertisements

Cara Mengenal Pasti Nombor Perdana

Untuk menentukan sama ada sesuatu nombor ialah nombor perdana, anda boleh menggunakan langkah mudah ini:

  1. Periksa pembahagian: Cuba bahagikan nombor tersebut dengan nombor yang lebih kecil daripadanya (selain 1).
  2. Hasil pembahagian: Jika tiada nombor yang boleh membahagikannya tanpa baki, ia adalah nombor perdana.

Sebagai contoh:

  • Adakah 11 nombor perdana?
    • Bahagi 11 dengan nombor 2, 3, 4, dan seterusnya. Tiada hasil yang sempurna tanpa baki kecuali 1 dan 11. (11 ÷ 1 = 11 atau 11 ÷ 11 = 1)
    • Maka, 11 ialah nombor perdana.

Kenapa Penting Belajar Nombor Perdana?

Nombor perdana memainkan peranan besar dalam pelbagai bidang seperti:

  • Matematik asas: Untuk memahami konsep pembahagian dan faktor.
  • Penyulitan data: Dalam bidang teknologi, nombor perdana digunakan untuk memastikan data kita selamat.

Jadi diharapkan kepada semua pelajar sekolah khususnya memahami apa itu Nombor Perdana dan boleh kenal pasti contoh nombor perdana dengan baik terutamanya dari 1 – 100

Memahami nombor perdana bukan sahaja memudahkan pelajaran matematik, tetapi juga membantu kita memahami bagaimana nombor berfungsi dalam kehidupan seharian.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment